20/09/2010

20092010 (Masih Mahu Bercuti...)


20092010
(Masih Mahu Bercuti...)





20092010.. 20.09.2010.. 20 September 2010. Cantik nombor untuk tarikh hari ini. Saya sememangnya seorang yang suka dengan nombor; walaupun bukanlah seorang pelajar yang pintar matematik. Namun, saya bukan penggemar perjudian nombor ya;-)

Alhamdulillah, hari raya tahun ini sudah dilalui dengan bahagia dan menyenangkan. Sejak Ramadan, kehidupan ada perubahan (semoga berkekalan). Semakin popular mengkali (Bahasa Melayu=barangkali..). Hehe ;p

Seorang sepupu sudah dua kali menegur blog ini yang semakin jarang dikemaskini. Saya terus berjanji, seperti sebelum ini, selepas cuti raya ini akan kembali seperti biasa.. Insya Allah, draf untuk pengisian blog ini selepas ini sudah banyak; dalam buku catatan dan yang masih kekal dalam kepala.

Alhamdulillah, setakat hari ini, pesanan buku Reformat Hatimu sudah mula dipos berperingkat-peringkat. Hari ini tadi cuma dapat poskan tiga pesanan. Satu pesanan 5 naskhah. Satu 3 naskhah. Satu 2 naskhah. Dua pesanan dari semenanjung dan satu dari Sabah. Esok akan pos lagi. Lusa sedikit lagi. Tulat lagi. Insya Allah.

Saya merindui Ramadan dan cuti raya yang baru berlalu.
Suasananya, perasaannya dan jamuannya.

Oh, saya masih mahu bercuti... ;-)



Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada saudara yang membaca ini. Semoga kehidupan kita lebih baik selepas ini. Semoga Ramadan yang baru berlalu, membawa perubahan kecil yang besar kesannya dalam kehidupan kita. Amin;-)


10 ulasan:

  1. Salam ustaz cahaya..itulah lama sangat blog ni menyepi. harap lepas ni akan semakin banyak input yang boleh dikongsi;)

    BalasPadam
  2. salam ustaz..
    terima kasih mendahulukan
    penhantaran buku saya..
    selamat hari raya..maaf jika
    ada kesalahan antara kita..

    BalasPadam
  3. salam ustaz,
    rasa tak sabar nak baca buku ustaz tu.

    BalasPadam
  4. Salam...

    Selamat hari raya maaf zahir batin..

    BalasPadam
  5. salam..tak sabar tungu buku ustaz tue ya

    BalasPadam
  6. Afida Anuar:

    Salam Fida.

    Insya Allah, lepas ni tak sepi-sepi lagi Fida;-)

    Terima kasih Afida:-)

    BalasPadam
  7. zulkbo:

    Salam Bang Zul.

    Terima kasih Bang Zul sebab beli buku saya untuk dihadiahkan kepada pembaca blog Bang Zul. Sebab takut para pemenang itu tertunggu, saya dahulukan Bang Zul.

    Dah nak masuk raya haji, baru saya reply komen ini. Maaf ya bang Zul. ;-) Insya Allah lepas ni kembali seperti biasa..

    Terima kasih Bang Zul;-)

    BalasPadam
  8. transformed housewife:

    Salam Kak Nur.

    Fuh, sikit lagi nak sampai sebulan komen ini dijawab. Hehe;-)

    Kak Nur pun dah selamat baca habis buku tu. ;-)

    Terima kasih Kak Nur;-)

    BalasPadam
  9. Abd Razak:

    Salam Bang Abdul Razak.

    Maaf, lambat jawab komen ni. Dah nak datang raya haji dah. Insya Allah, lepas ni blog ni bersiaran macam dulu-dulu kembali.

    Terima kasih Bang Abd Razak;-)

    BalasPadam
  10. sahromnasrudin:

    Salam Sahrom.

    Sikit hari lagi nak sampai sebulan komen Sahrom ini dijawab. Hehe maaf ya;-)

    Sahrom pun dah selamat dapat dan baca buku tu. ;-)

    Terima kasih Sahrom;-)

    BalasPadam