Semalam saya menulis sedikit tentang kes pembunuhan kejam Arwah Syafia Humaira di blog ini. Rata-rata semua 'kegeraman', 'kepanasan' dan 'kemarahan' oleh kisah tragik ini. Apapun, saya suka dengan apa yang diluahkan oleh Kak Fid kita di blognya dengan tajuk 'Saya Marah Ya'.
KLIK SINI untuk baca lanjut. Sampai 3 entry Kak Fid buat khas untuk kes Syafia.

Siti Norhanim Aziz memegang erat buku mewarna yang terakhir digunakan oleh Allahyarham Syafiah Humairah Sahari sambil dipeluk erat anak sulungnya yang juga abang kepada mangsa, Mohd. Syafiq di rumah keluarga mereka di Sungai Plong, Selangor, semalam. – utusan/Mohd. Naim Aziz.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Benar, saya geram dan kesal dengan kes ini. Namun, saya masih seorang manusia, saya cuba meletakkan diri di tempat Nurhanim. Masya Allah, beratnya musibah itu! Subhanallah, Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Adil. Apapun, saya berdoa semoga ini menjadi pengajaran dan turning point kepada Nurhanim untuk kembali kepada jalan yang lurus, bersih dan lebih baik.
Menurut Hanim, dia nak berpisah dengan suami tapi suami tidak mahu lepaskan. Untuk pengetahuan kita semua, Hanim boleh menuntut cerai. Sepatutnya sudah lama Hanim bawa masalah dia kepada pihak yang lebih arif. Tidaklah sampai ENAM TAHUN bercinta dengan bakal pembunuh anaknya.
Di blog lain saya baca, patut dibuat ujian DNA ke atas Syafia. Sebab umur Syafia 3 tahun. Sedangkan Hanim dan suspek bercinta ENAM TAHUN. Saya setuju dengan itu.
KES PEMBUNUHAN KEJAM SYAFIA HUMAIRA MEMBAWA TRAFIK KE BLOG INI


Maka benarlah, hidup dalam dosa itu memberi tekanan dan mendatangkan bala. Tertekan lah tu sampai budak 3 tahun pun nak dimarah begitu.
Saya tidak menyalahkan jiran tetangga sebab mungkin diorang ingat mereka (Hanim dan suspek) sudah berkahwin, lagipun suami Hanim sedang dalam Penjara. Yang salah itu, keluarga Hanim dan keluarga suspek. Inilah bahana sikap ‘takpa’.. Saya tidak melihat kes ini pada pembunuhan Syafia sahaja. Inilah petunjuk dari Allah, menuntut kita semua bersatu padu dan bekerjasama membanteras salah laku anak bangsa kita.
Kisah ini betul-betul macam kisah penumpang kapal yang selalu kita dengar dalam ceramah di masjid surau. Jika kita tumpang satu kapal, nampak orang tebuk kapal, kita tidak boleh biarkan saja, kena halang. Nanti dek lubang kecik itu, satu kapal tenggelam!
Semalam kita layan lagu merdu Muse- Unintended untuk mengiringi perbincangan kita tentang kes Arwah Syafia.
Bak kata Sahrom Nasrudin, lagu Unintended memang sesuai dituju kepada ibu mangsa. Iyalah, jika budak Hanim tu tau macam tu perangai si Mat tu, takkan la dia nak berkasih dengan Mat, kan? Iya, unintended la si Hanim tu..
Malam ni kita layan lagu Cromok -Farewell pula. Saya dolu-dolu, bila melalui masa-masa yang agak sedih dan mencabar, suka dengar lagu ni.
Aimless soul where were you now
For the angels come by the dawn
I walked the earth don`t tell me how
For a new hope soon to be born
There`s a life and time i know
I said farewell to myself
Before i go
Farewell to my loneliness
Farewell to my happiness
Farewell to our trouble
I`m above me
Here we have to let it go
And leave it all behind
Our suferings will end
Nothing can stop me now
What may come and go
Hope we stay toghether
We can say
Our mind were lost
Somewhere
Searching for the answer of the pray
When will we see ourselves again
Maybe in another world i find you
I`ll take my hand
Each time i see you cry
I said
Farewell to my misery
Farewell to your history
Farewell to our trouble