01/03/2010

Luahan Rasa Kepada Nurhanim Ibu Arwah Syafia


Luahan Rasa Kepada Nurhanim Ibu Arwah Syafia


Semalam saya menulis sedikit tentang kes pembunuhan kejam Arwah Syafia Humaira di blog ini. Rata-rata semua 'kegeraman', 'kepanasan' dan 'kemarahan' oleh kisah tragik ini. Apapun, saya suka dengan apa yang diluahkan oleh Kak Fid kita di blognya dengan tajuk 'Saya Marah Ya'. KLIK SINI untuk baca lanjut. Sampai 3 entry Kak Fid buat khas untuk kes Syafia.




Photobucket
Siti Norhanim Aziz memegang erat buku mewarna yang terakhir digunakan oleh Allahyarham Syafiah Humairah Sahari sambil dipeluk erat anak sulungnya yang juga abang kepada mangsa, Mohd. Syafiq di rumah keluarga mereka di Sungai Plong, Selangor, semalam. – utusan/Mohd. Naim Aziz.


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Benar, saya geram dan kesal dengan kes ini. Namun, saya masih seorang manusia, saya cuba meletakkan diri di tempat Nurhanim. Masya Allah, beratnya musibah itu! Subhanallah, Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Adil. Apapun, saya berdoa semoga ini menjadi pengajaran dan turning point kepada Nurhanim untuk kembali kepada jalan yang lurus, bersih dan lebih baik.

Menurut Hanim, dia nak berpisah dengan suami tapi suami tidak mahu lepaskan. Untuk pengetahuan kita semua, Hanim boleh menuntut cerai. Sepatutnya sudah lama Hanim bawa masalah dia kepada pihak yang lebih arif. Tidaklah sampai ENAM TAHUN bercinta dengan bakal pembunuh anaknya.

Di blog lain saya baca, patut dibuat ujian DNA ke atas Syafia. Sebab umur Syafia 3 tahun. Sedangkan Hanim dan suspek bercinta ENAM TAHUN. Saya setuju dengan itu.




KES PEMBUNUHAN KEJAM SYAFIA HUMAIRA MEMBAWA TRAFIK KE BLOG INI


Photobucket


Photobucket



Maka benarlah, hidup dalam dosa itu memberi tekanan dan mendatangkan bala. Tertekan lah tu sampai budak 3 tahun pun nak dimarah begitu.

Saya tidak menyalahkan jiran tetangga sebab mungkin diorang ingat mereka (Hanim dan suspek) sudah berkahwin, lagipun suami Hanim sedang dalam Penjara. Yang salah itu, keluarga Hanim dan keluarga suspek. Inilah bahana sikap ‘takpa’.. Saya tidak melihat kes ini pada pembunuhan Syafia sahaja. Inilah petunjuk dari Allah, menuntut kita semua bersatu padu dan bekerjasama membanteras salah laku anak bangsa kita.

Kisah ini betul-betul macam kisah penumpang kapal yang selalu kita dengar dalam ceramah di masjid surau. Jika kita tumpang satu kapal, nampak orang tebuk kapal, kita tidak boleh biarkan saja, kena halang. Nanti dek lubang kecik itu, satu kapal tenggelam!




Semalam kita layan lagu merdu Muse- Unintended untuk mengiringi perbincangan kita tentang kes Arwah Syafia.

Bak kata Sahrom Nasrudin, lagu Unintended memang sesuai dituju kepada ibu mangsa. Iyalah, jika budak Hanim tu tau macam tu perangai si Mat tu, takkan la dia nak berkasih dengan Mat, kan? Iya, unintended la si Hanim tu..

Malam ni kita layan lagu Cromok -Farewell pula. Saya dolu-dolu, bila melalui masa-masa yang agak sedih dan mencabar, suka dengar lagu ni.




Aimless soul where were you now
For the angels come by the dawn

I walked the earth don`t tell me how
For a new hope soon to be born

There`s a life and time i know
I said farewell to myself
Before i go

Farewell to my loneliness
Farewell to my happiness
Farewell to our trouble

I`m above me

Here we have to let it go
And leave it all behind
Our suferings will end

Nothing can stop me now
What may come and go

Hope we stay toghether
We can say
Our mind were lost
Somewhere
Searching for the answer of the pray
When will we see ourselves again

Maybe in another world i find you
I`ll take my hand
Each time i see you cry

I said
Farewell to my misery
Farewell to your history
Farewell to our trouble


10 ulasan:

  1. salam Ustaz

    ada yang nasihatkan saya
    jangan mencemuh
    hari muka kita tak tahu
    maka sebab itu cemuhan itu saya rekodkan..biar menjadi tatapan...

    kes hanim bukan satu ada berjuta
    jika setiap kali kita hanya bersimpati...memang akan macam tu saja la..mungkin kes ini membuka akan aib si hanim dan Mat tapi ia juga pengajaran BESAR buat semua...

    jika masih keras hati..ikutlah kata hati..ikutlah nasfsu..salahkan semua jangan kata diri salah...

    statement mereka terlalu susah hendak saya fahami...baik hanim baik aziz...too complicated..sana kata gini sini kata gitu..tunding tunding

    ya ujian DNA....
    ataupun biarkan saja syafiya pergi....lupakan saja..kita buka kembali jika ada kes baru...boleh start tunding semula...

    jarang benar kes membabitkan kanak2 mendapat pembelaan
    kerana mereka masih kecil??
    kerana apa??

    BalasPadam
  2. saya besimpati dengan kes adik Hanim ni..
    tapi rasanya perkara pun dah berlaku..marah yang sebagaimana pun tak dapat nak mengembalikan adik kembali..harap siapa yang bersalah di bawa ke muka pengadilan dan di hukum seadilnya..buat ibu itu takziah dari saya..harap jadi pengajaran dan mula menginsafi diri dan salah silap hanya taubat Allah yang terbaik..moga menjadi insan yang lebih baik di kemudian hari...jazakallah khairan khatira..

    BalasPadam
  3. pembetulan:

    **adik ADIK SYAFIA HUMAIRA (arwah)

    BalasPadam
  4. Fid:

    Salam Kak Fid.

    Saya juga begitu. Hari muka saya tidak tahu lagi. Malah terus terang, dalam keluarga besar saya, di kalangan saudara-mara, ada masalah sosial dan akhlaq.

    Saya setuju dengan Kak Fid. Saya juga begitu. Saya tidak mahu jadi orang yang hanya menulis dan bercakap. Saya mahu jadi orang yang bertanggungjawab terhadap apa yang saya tulis dan saya cakap.

    Memang, Allah buka aib Hanim, tapi itu aib kita bersama sebenarnya. Apa yang sudah kita ikhtiar untuk mengelakkan perkara seperti ini?

    Terima kasih Kak Fid;-)

    BalasPadam
  5. zulkbo:

    Salam Bro Zul.

    Satu pendirian dan pendekatan yang baik dari kamu bro. Saya setuju. Semoga kita semua dapat ibrah dan iktibar.

    Saya juga berdoa yang sama. Amin amin amin ya rabb al-alamin.

    Terima kasih bro Zul;-)

    BalasPadam
  6. salam Ustaz,
    sy juga mengikuti kes ini dr surat2 khabar msia dan blog2 seperti blog Fid. mmg kes ini menunjukkan kepincangan dlm masyarakat kita sendiri. Sama2lah kita mencegah kemungkaran dan menegakkan keadilan sbb rasanya masih ramai hidup
    menurut hawa nafsu.

    BalasPadam
  7. salam ustaz,
    saya ikuti juga cerita ini... cuma tak sanggup baca sampai habis... macam2 macam cerita ya?
    manusia kadang-kadang memang pelik (termasuk saya?) suka ambil mudah...
    pendekkan cerita, smoga kita semua ambil iktibar dari cerita kisah derita anak2 yang tidak berdosa sama sekali..

    BalasPadam
  8. temp. housewife:

    Salam Kak Nuradyani.

    Saya setuju dengan akak. Memang kes ini menunjukkan kepincangan dalam masyarakat kita. Sebenarnya ini aib bangsa kita.

    Semoga Allah memberi kita kemampuan dan kekuatan untuk mencegah kemungkaran, Amin.

    Terima kasih Kak Nuradyani;-)

    BalasPadam
  9. yangbaik:

    Salam Yang Baik.

    Insya Allah orangnya baik, amin;-)

    Apalah daya kita kan. Kita ni manusia ada syaitan sebagai musuh yang nyata tetapi tidak nampak di mata. Satu lagi nafsu yang berada dalam diri sendiri.

    Iya, semoga kita menjadi iktibar daripada kisah ini. Semoga kita lebih peka dan lebih 'mahu' bertanggungjawab kepada apa yang berlaku di sekeliling kita. Amin.

    Terima kasih Yang Baik;-)

    BalasPadam