Seminggu sudah berlalu dalam bulan April ini. Hah! Saya terkejut. Astaghfirullah.. Betapa cepat masa berlalu tetapi betapa sebagai manusia kita ini selalu lalai dengan peredaran waktu. Mengenangkan April sudah berjumlah seminggu, saya menjadi semakin tidak menentu. Namun saya cuba juga mengawal diri. Kawal, kawal, kawal dan tawakkal.
Ada juga seorang dua pembaca blog ini yang perasaan dengan ketidak-tentuan masa terbit post baru di blog ini sejak semenjak dua menjak ini. Sebelum ini saya masih bertahan konsisten untuk menerbitkan post baru setiap malam, tetapi sekarang ini sudah tidak menentu. Ada saya terbitkan pagi dan ada juga yang semalam punya saya terbitkan hari ini. Hehe, ini pun saya baru siarkan qadak untuk post semalam.
Mujurlah saya tidak ada bos di blog ini, jika tidak tentu bos itu berhak memarahi saya. Walaupun tidak ada bos dan tidak ada orang yang akan memarahi saya kerana post blog ini tidak terbit ikut masa; Namun, apa yang kurang baiknya ialah, trafik menurun kerana masalah itu.
Saya mengambil masa berehat sekejap malam tadi. Sempat membuang waktu di kedai buku POPULAR. Malamnya saya berehat ketika hujan turun dengan lebatnya.
Setelah malam tadi berehat, Alhamdulillah pagi ini saya merasa lebih baik dan lebih bertenaga. Lalu saya mengambil kesempatan untuk memikirkan masalah yang saya sebutkan tadi. Masalah masa post di blog ini. Fikir punya fikir, saya pun membuat satu pilihan. Jika sebelum ini, saya biasa terbitkan post baru pada waktu malam (kebiasaanya selepas Isya). Bermula hari ini saya ingin bertukar angin. Saya akan menerbitkan post baru pada waktu pagi. Jadi pada waktu malam saya boleh tumpukan kepada 'apa yang sedang saya bingungkan':D
Bermakna, jika malam saya perlu fokus kepada projek dan tidak online pun tidak mengapa. Sekurang-kurangnya post baru blog ini sudah diterbitkan pada waktu pagi. Dan kebiasaannya, komen/ mesej / email berkaitan blog ini saya selalu jawab pagi. Yang itu mungkin tidak berubahlah.
Insya Allah, semuanya akan baik-baik sahaja dan dengan izin Allah saya akan melepasinya juga. Saya percaya Allah tidak akan mensia-siakan usaha para hamba-NYA.
Man jada wa jadda.
Act and you will become.
Betul ke tidak pepatah Arab dan pepatah Inggeris saya itu B-)