08/04/2010

Jadual saya berubah buat sementara waktu..


Jadual saya berubah buat sementara waktu..


(Image By yadhoz)

Seminggu sudah berlalu dalam bulan April ini. Hah! Saya terkejut. Astaghfirullah.. Betapa cepat masa berlalu tetapi betapa sebagai manusia kita ini selalu lalai dengan peredaran waktu. Mengenangkan April sudah berjumlah seminggu, saya menjadi semakin tidak menentu. Namun saya cuba juga mengawal diri. Kawal, kawal, kawal dan tawakkal.

Ada juga seorang dua pembaca blog ini yang perasaan dengan ketidak-tentuan masa terbit post baru di blog ini sejak semenjak dua menjak ini. Sebelum ini saya masih bertahan konsisten untuk menerbitkan post baru setiap malam, tetapi sekarang ini sudah tidak menentu. Ada saya terbitkan pagi dan ada juga yang semalam punya saya terbitkan hari ini. Hehe, ini pun saya baru siarkan qadak untuk post semalam.

Mujurlah saya tidak ada bos di blog ini, jika tidak tentu bos itu berhak memarahi saya. Walaupun tidak ada bos dan tidak ada orang yang akan memarahi saya kerana post blog ini tidak terbit ikut masa; Namun, apa yang kurang baiknya ialah, trafik menurun kerana masalah itu.

Saya mengambil masa berehat sekejap malam tadi. Sempat membuang waktu di kedai buku POPULAR. Malamnya saya berehat ketika hujan turun dengan lebatnya.

Setelah malam tadi berehat, Alhamdulillah pagi ini saya merasa lebih baik dan lebih bertenaga. Lalu saya mengambil kesempatan untuk memikirkan masalah yang saya sebutkan tadi. Masalah masa post di blog ini. Fikir punya fikir, saya pun membuat satu pilihan. Jika sebelum ini, saya biasa terbitkan post baru pada waktu malam (kebiasaanya selepas Isya). Bermula hari ini saya ingin bertukar angin. Saya akan menerbitkan post baru pada waktu pagi. Jadi pada waktu malam saya boleh tumpukan kepada 'apa yang sedang saya bingungkan':D

Bermakna, jika malam saya perlu fokus kepada projek dan tidak online pun tidak mengapa. Sekurang-kurangnya post baru blog ini sudah diterbitkan pada waktu pagi. Dan kebiasaannya, komen/ mesej / email berkaitan blog ini saya selalu jawab pagi. Yang itu mungkin tidak berubahlah.

Insya Allah, semuanya akan baik-baik sahaja dan dengan izin Allah saya akan melepasinya juga. Saya percaya Allah tidak akan mensia-siakan usaha para hamba-NYA.



Man jada wa jadda.

Act and you will become.  

Betul ke tidak pepatah Arab dan pepatah Inggeris saya itu B-)









12 ulasan:

  1. SALAM USTAZ..
    begitulah bila masa senang kita mula di penuhi
    dengan kesibukan..salah satu dari yang 5..rasanya ustaz lagi tahu..

    BalasPadam
  2. salam ustaz,
    K.Nur pun tengah sibuk dgn urusan2 utk pulang ni.

    BalasPadam
  3. salam,

    kesibukan kita, hendaknya biarlah menjadi kesukaan Allah SWT...

    BalasPadam
  4. Alahai..bertukar waktu pulak kita ustaz..

    saya pulak memang waktu malam je boleh berada di alam maya, nak blogging ke, chatting ke.. waktu siang di opis ..blog, fb,ym dan yang sewaktu dengannya semua kene block..alahaii...

    tapi tidak mengapa, insyaAllah selagi diberi masa dan kesempatan, saya akan luangkan masa sy di sini.

    BalasPadam
  5. Sesekali tukar rutin utk motivasi diri- mempelbagaikan cerita hidup... :-)

    BalasPadam
  6. zulkbo:

    Salam Pagi Jumaat yang berkat Bang Zul.

    Iya rebutlah yang lima sebelum lima;-)

    Terima ksih bang Zul;-)

    BalasPadam
  7. temp. housewife:

    Salam pagi Jumaat yang berkat Kak Nur.

    Hehe, bulan April ni memang bulan sibuk. Selamat kembali pulang ke tanahair dari perantauan;-)

    Terima kasih Kak Nur.

    BalasPadam
  8. merah_s:

    Salam pagi Jumaat yang berkat saudaraku Saiful Merahs.

    Semoga kesibukan kita adalah dalam usaha untuk meraih redha dan suka-NYA. Amin.

    Terima kasih Saiful;-)

    BalasPadam
  9. Afida Anuar:

    Salam pagi Jumaat yang berkat Afida.

    Iya, bertukar gear sekejap. Eh bertukar angin. Lepas bulan April ni kot boleh balik ke jadual asal.

    Terima kasih Afida;-)

    BalasPadam
  10. Ari:

    Salam pagi Jumaat yang berkat Mbah Ari.

    Saya suka ayat kamu itu:

    "Sesekali tukar rutin utk motivasi diri- mempelbagaikan cerita hidup... :-)"

    Iya, salah satu sebab bertukar jadual ini adalah untuk kekal bermotivasi.

    Terima kasih Cikgu;-)

    BalasPadam
  11. banyak projek kitak ya..sik hal polah jak usei2 kata orang...(-:

    BalasPadam
  12. Hida Naza:

    Salam Hida.

    Auk eh. Doa jak semoga semuanya sukses, amin;-)

    Terima kasih Hida;-)

    BalasPadam