Ahad, Mei 31, 2015

Pengalaman Bisnes Norudin Draman UstazCahaya


Pengalaman Bisnes
Norudin Draman UstazCahaya


(Al-Quran dengan Panduan Waqaf dan Ibtida'
antara produk yang saya pernah jual atas talian -online-)

Alhamdulillah. Saya minat bisnes sejak saya kanak-kanak lagi. Minat ini berkembang kerana ibu  saya sendiri adalah peniaga kuih muih dari rumah. Ibu buat kuih dan penjual ambil dari rumah kami. Penjual yang jual dengan ambil komisyen.

Sejak kanak-kanak saya bantu ibu dan ayah dalam bisnes kuih mereka. Sebenarnya ayah juga dikira sebagai pembantu dalam bisnes ibu sama seperti saya. Ayah saya merupakan kakitangan rendah dalam kerajaan. Kemudian sejak saya tingkatan satu, saya selit bisnes sendiri dalam bisnes mak. Saya buat sosej goreng dan roti sosej.

Selepas SPM, sambil jadi Guru Agama Rakyat (GAR) dan guru KAFA, saya juga ada gerai burger berhampiran madrasah tempat saya mengajar. Saya upah kawan-kawan yang 'adik' daripada saya yang mahu cari duit tambah lepas balik sekolah. Kami jual burger, kuih muih ibu saya, minuman dan makanan ringan. Balik dari Kuching selepas menuntut di IKMAS, saya sekali lagi buka gerai jualan di tepi jalan.

Kemudian saya dapat kepercayaan untuk bersama dalam tim pengurusan Pusat Tusyen Prestine Perdana, yang terletak di Bangunan MARTABAT, Bintulu, Sarawak. Waktu itu juga Alhamdulillah, saya juga bekerjasama dengan pusat jagaan kanak-kanak SEDIDIK. Kami buat pakej tambahan 'belajar mengaji' untuk anak-anak yang dihantar ke SEDIDIK.

Namun Pusat Tusyen Prestine Perdana ini hanya beroperasi dari tahun 2006 hingga tahun 2008 kerana masalah pengurusan 'pihak yang lebih di atas'. Rebah Pusat Tusyen Prestine Perdana, saya cuba buka kelas mengaji saya sendiri namun tidak berjaya kerana faktor perlesenan dan modal.

Selain itu, saya juga pernah menjadi penjual online di laman Lelong.com.my dan Ebay. Pernah juga menjadi agen jualan dropship. Pernah juga mengambil upah di internet untuk kerja berkaitan penulisan dan penerbitan ebook, membuat minisite, website dan blog. Juga pernah menjadi juru-reformat komputer dan laptop.

1 ulasan: