10/05/2015

Janda, Anak Yatim dan Orang Jahat



Janda, Anak Yatim dan Orang Jahat




"Saya kalau mau membantu orang lain, ada tiga orang yang pertama saya bantu;
Satu, janda. Dua, anak yatim. Tiga, orang jahat",
Haji M menyambung bicara.

"Kamu jangan senyum-senyum saja",
Tuan Haji M menegur saya yang banyak
'senyum-senyum sahaja' mendengar
'tazkirah bertukar khutbah' dari beliau.

"Kamu tau apa? (Brunei - kamu mahu tahu kenapa?)",
Haji M menyoal saya.

"Janda, anak yatim dan orang jahat. 
Itulah golongan yang banyak dibantu Nabi kitani.
Ia macam ani kamu....",
Tuan Haji M mengambil kertas dan pen.

Kemudiannya, selepas beliau mengambil pen dan kertas, baru perbualan itu kembali menjadi 'perbualan dua hala' antara saya dengan beliau. Di kertas itu Tuan Haji M menconteng begini:


Berikut adalah antara perbualan kami hari itu selepas Tuan Haji M menconteng empat soalan matematik itu.
Haji M: Kanak-kanak KG (Brunei - tadika). Kitani ajar 1+1=2. Bila sudah besar lagi naik soalannya jadi '1+_?_= 2'.  
Saya: Ya, Tuan Haji. 
Haji M; Makin besar lagi kitani ajar '_?_ + _?_ = 2'
Saya: Ya, Tuan Haji. 
Haji M: Tapi sudah besar macam kamu ani. Saya tanya '_?_ + _?_ = 2'
Saya: Jawabnya satu campur satu, Tuan Haji. 
Haji M: Atu biasa. Lagi cuba fikir. Yang simpel simpel jua saja ni. 
Saya: Erm. 1.5 + 0.5 = 2 boleh jua barangkali, Tuan Haji? (Saya tulis di kertas) 
Haji: Haa, Ya tah nyangku! (Brunei - Kan dah cakap). (Kata Tuan Haji M dengan semangat sekali sampai menepuk meja).
Kemudiannya Tuan Haji M menyambung 'khutbah nikah'. Hee. Saya yang berangan masa tu dengar khubat nikah. /(~_~)/

"Kamu kelambatan (Brunei - lambat) baa...",
Haji M berhenti pada ayat hujung tu.

"Lambat kamu kenal saya",
kata Tuan Haji M.

"Kenapa, Tuan Haji?",
Haji M memetik suis rasa ingin tahu dalam hati saya.

"Anak bungsu saya yang baru jadi doktor tu, baru saja menikah tahun lepas.
Aturan keluarga suka sama suka..",
kata Tuan Haji M.

"Anak kita (kita=kamu, anda) kah, Tuan Haji?",
saya inginkan kepastian kerana dalam bahasa Brunei,
'bungsu' adalah panggilan untuk bapa atau ibu saudara
yang merupakan anak bongsu.

"Anak saya yang bongsu...",
jawab Haji M faham maksud soalan saya.

'Oh, kalau keawalan dulu, apakah saya sekarang ini jadi menantu Tuan Haji?', soal saya, sekadar dalam hati. Hee. Heee. /(^_<)\

"Saya cabar kamu ini.
Kamu buat tulis cerita pasal tiga orang yang saya mahu bantu
dan cuba kamu panjangkan lagi cerita kira-kira kitani tadi",
cabaran Tuan Haji M mengembalikan saya ke alam nyata.

Alhamdulillah. Pertemuan dan perkenalan dengan Tuan Haji M menambah bahan dalam draf buku 'Mari Kita Mengira Sayang' yang sudah ada dalam simpanan saya. Terima kasih saya ucapkan kepada seorang kenalan (yang bertugas di bahagian Pendidikan Swasta MOE*) yang memperkenalkan saya dengan Tuan Haji M.

*MOE: Ministry of Education (Kementerian Pelajaran Negara Brunei Darussalam)

Betul saya percaya dan yakin benar. 'Sifir Kehidupan' ini sederhana sebenarnya. Ringkasnya begini. Sebagaimana kita hafal bahawa '2 x 5 = 10', begitu juga dalam kehidupan. Berdasarkan pengalaman, kejayaan dan kegagalan lalu kita boleh buat kira-kira apa yang perlu buat lagi dan apa yang jangan buat lagi.

2 ulasan:

  1. Bahan bacaan yang ringkas tapi meninggalkan kesan di hati

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih my brother Adi Herman sudi baca blog ini ;)

      Padam