Luahan Kaum Ibu Tentang Valentine's Day
Sejak hari Jumaat, saya menyentuh tentang Valentine's Day di blog ini. Hari ini saya ingin menyentuh soal itu lagi. Untuk mencukupkan tiga hari blog ini membincangkan tentang Valentine. Esok kita akan tukar topik pula. Jadi untuk malam ini, saya paparkan di sini luahan hari kaum ibu di blog ini tentang Valentine.
Juga, malam ini saya ingin mencuba template post yang baru. Lihat bagaimana komen-komen di bawah dipaparkan. Ok tidak template post saya ni? ;-)
Juga, malam ini saya ingin mencuba template post yang baru. Lihat bagaimana komen-komen di bawah dipaparkan. Ok tidak template post saya ni? ;-)
Terima kasih kepada Puan Salwa, Puan Fid, Puan Nuradyani dan Puan Intan.
Sebagai penghargaan, saya ada mengarang sebuah pantun buat anda semua. Dengar ya;
"Daun ubi daun keladi, harap sudi selalu komen di sini"
Semoga berbahagia di samping keluarga sempena cuti tahun baru ini;-)
salam Ustaz
BalasPadamDatang komen nih....
heheheheheheheh....
template baru ya Ustaz...Nice!
Mak ai ustaz
BalasPadambesar sungguh nama tu appear
gud news is this new appearance is neat
good job
dan....
saya telah berjaya set permalink blog kepada struktur yg ustaz ajar
jazakallah khiran kathira
Salam..
BalasPadamFuh! Luasnya rumah....
Erm...entahlah...maksiat ni..hari2 pun ble buat...cuma memilih hari valentine utk meraihkannya...lebih ummph katanya...
dan secara sedar atau sengaja tidak sedar telah memberi kesan baik kpd perniagaan org2 tertentu... patung...ros merah..kondom...hotel dll... laris!!!
Ya Allah jauh2kanlah diri ku..keluarga ku..saudara ku sahabat ku dan bangsa ku daripada terfikirkan dan melakukan perkara2 maksiat ini.... Amin...
Salam Ustaz. Kes pembuangan bayi yang berleluasa sejak baru-baru ini merupakan sebahagian daripada implikasi sambutan Hari Kekasih. Ini yang tidak sedari oleh umat Islam...
BalasPadamFid:
BalasPadamSalam Puan Fid.
Terima kasih. Nantikan dua tiga hari lagi, post blog ini akan bersiaran dengan template baru.
Hehe, berhasil juga ilmu kail panjang sejenggal saya dalam ilmu coding html ni;D
Salwa:
BalasPadamSalam Puan Salwa.
Iye? Saya guna font size x-large tu. Bukan apa, sebagai penghargaan kepada penulis komen. Lagipun saya pakai laptop tak nampak besar.
Terima kasih. Saya memang dalam usaha nak mengemas dan merapikan blog ini.
Alhamdulillah. Puan Sal kita sudah dapat set permalink. Tunggu je, tak lama lagi dapat tarik pembaca dari search engine dah;-)
Afwan. Sama-sama kongsi info. Jika blog saya ini pun ada yang perlu ditegur, Puan Sal jangan malu-malu nak tegur saya ya;-)
Ari:
BalasPadamSalam Cikgu Ari.
Iya bener. Saya setuju sangat. Maksiat hari-hari pun boleh berlaku tapi lebih best pada hari kekasih kot. Macam satay dan ketupat jugak. Hari-hari pun ada dijual dan boleh dimakan, tapi manakan sama pada hari lebaran. (Hari ni baru masuk bulan Jamadil Awal, saya sudah fikir hari lebaran;D)
Cikgu, masa saya sekolah menengah dulu, di sekolah siap ada program jual kad, bunga dan dedikasi lagu pada hari valentine anjuran kelab Bahasa Inggeris. Bila sekarang saya fikir balik, apakah jika nak kuasai bahasa Inggeris kita mesti ikut kuasai budaya Inggeris?
Saya aminkan doa cikgu dan saya juga berdoa yang sama, Amin Ya Rabb Al-Alamin.
Terima kasih ya;-)
Mybabah:
BalasPadamSalam Bang Samsudin.
Nau'zubillah. Kita kesian kat anak bangsa kita. Kesannya bukan sahaja pada bayi yang dibuang itu, tapi lebih besar lagi. Pada diri yang melakukan, pada keluarga, dan pada umat.
Kadang-kadang saya tengok bang, bukan sebab tak sedar. Tapi entahlah, benda macam ini sudah diterima sebagai 'biasalah tu..' pada akhir zaman ini.
Mungkin abang sebagai guru yang sudah berpengalaman dan ayah, ada cadangan atau pendekatan yang lebih baik untuk menangani isu ini.
Saya hanya mampu berdoa untuk kita semua, Amin.
Terima kasih ya;-)
salam ustaz,
BalasPadamAkk suka memberi pandangan yg tak seberapa di sini. Yg sedihnya kwn2 akk pun siap ada yg tulis di status mereka pasal terlupa nak menyambut VD ni. Nak kena tegur secara baik2 ni.
temp. housewife:
BalasPadamSalam Kak Nuradyani.
Terima kasih Kak Nuradyani. Saya menghargai setiap komen. Itu antara tambahan info terhadap apa yang dibincangkan.
Ha'ah. ada yang dah berumur dan sudah berumah tangga lagi nak sambut hari kekasih. Saya sendiri tidak tahu sama ada nak berasa lucu atau marah, bila ada orang yang berpendapat ada 'valentine halal' sebab mereka sudah kahwin. Macam-macam saja.
Iye bener kak, teguran kena berhikmah.. Kena tengok pada siapa teguran itu dituju. Pastikan kita tahu orang itu jenis bagaimana supaya kita tahu bahasa terbaik untuk mereka.
Macam kita memasak juga kan Kak Nur. Sudip guna untuk apa, senduk guna untuk apa, kuali guna untuk apa, periuk guna untuk apa. Macam itulah jugak cara menegur orang. Lain orang, lain cara nya;-)
Terima kasih Kak Nuradyani. Saya ingat akak dah tidur tadi. Di New Zealand jam berapa sekarang ya?;-)
salam ustaz... btol lahhh...beso nama2 tu... segan pulak, pendapat x seberapa.. hahahahaaa... apapun terima kasih ustaz, macam satu penghargaan pulak rasanya. template baru ni nampak saujana mata memandang... nice!!!
BalasPadamkata ipar saya yg berkhidmat di klinik kerajaan, biasanya hujung2 thn nanti berlambaklah kes2 hamil tanpa nikah yg datang check perut di klinik kerajaan, bahana sambutan VD dan juga New Year yg baru lepas lah tuuu.. nauzubillah..
Sayang.Ibu:
BalasPadamSalam Puan Intan.
Saya pun tak tahu kenapa, tapi saya nak ketawa jugak;D
Sebenarnya, kotak komen tu adalah template baru post blog ni. Bahagian nama tu adalah bahagian 'POST TITLE' sebenarnya. Guna font x-large, hehe. Mana tak beso;-)
Takpa la kan. Tak banyak blog yang nak tayang-tayang nama readers dia beso-beso. Special ni;-)
Betul tu. Bukan lama pun nak tengok kesannya. Tak sampai pun setahun.. Kesannya esok bukan kat mereka saja, banyak orang yang merasa kesannya nanti. Na'uzubillah.
Ustaz
BalasPadamkalau nama saya..ustaz nak buat macam banner pun ok..sayakan gila glemer...
adakah ustaz akan mengambil komen ini sebagai serius??
hehehhehehehehehehe
saya tak kisah....jika mendatangkan manfaat dan bahagia kepada insan...
Fid:
BalasPadamPuan Fid, Fid.. kamu mengingatkan saya dengan seorang saudara perempuan saya. Saudara jauh la, tapi kami rapat dan selalu berhubung.
Sekejap, saya nak fikir. Serius fikir ni;-)
Salam Ustaz Cahaya,
BalasPadamRamai sebenarnya yang tidak tahu dari mana datangnya Hari Valentine ni, mereka ingat mcm Hari Maulidur Rasul, hari yang boleh disambut dan diraikan. Maklumat banyak, dalam surat khabar ada, dalam majalah ada, dalam internet pun ada, jadi tak bolehlah kata tak tahu apa itu Hari Valentine. Pokok pangkal ialah sikap, tiada yang dtg bergolek, semuanya perlu diusahakan, nak jadi baik, kena usaha, nak jadi jahat pun kena usaha gak. Bukan setakat remaja sahaja yg ketandusan ilmu, yang tua pun sama juga. Berbangga, mengikut Barat konon, tanpa menyedari banyak buruk dari baiknya. Mudah-mudahan kita semua tidak tergolong dalam kumpulan ini.
Cikgu Norhaliza:
BalasPadamSalam Cikgu Norhaliza™. Macam mana ya nak buat simbol ™ kat nama tu?
Pendapat yang baik sekali Cikgu. Bukan lagi soal tak tahu ni, ni soal tak mahu ambil tahu sebenarnya kan cikgu. Itulah masalah umat kita sekarang ni cikgu.
Saya suka ayat ni kat komen cikgu:
"Pokok pangkal ialah sikap, tiada yang dtg bergolek, semuanya perlu diusahakan, nak jadi baik, kena usaha, nak jadi jahat pun kena usaha gak."
dan yang ni:
"Bukan setakat remaja sahaja yg ketandusan ilmu, yang tua pun sama juga."
Terima kasih Cikgu. Jemput selalu komen di blog ini ya. Kongsi2 pendapat..;-)