Rasa Kekok Menjelang Krismas
Artikel ini saya terjemahkan daripada post bertajuk 'The awkward feelings about X-mas & some history behind it' yang ditulis oleh Puan Nuradyani yang kini berada di New Zealand.
Saya hanya menterjemahkan dan menyiarkan artikel ini sebahagian sahaja, untuk artikel penuh anda boleh baca di pautan asalnya.
Tiba masanya pada tahun ini, ketika kebanyakan orang di sini bercakap tentang Krismas. Ketika saya masih di Malaysia, saya tidak begitu terganggu dengan hal ini. Malaysia adalah negara perlbagai bangsa dan kaum, setiap orang mempunyai kebebasan untuk merayakan perayaan mereka sendiri. Namun di sini, saya berasa janggal dan kekok dengan hal ini kerana saya menyertai Peachgrove Arena Playcentre. Mengapa saya mempunyai perasaan seperti ini? Berikut adalah beberapa alasannya:
* Sebahagian besar kegiatan untuk kanak-kanak di Arena Playcentre akan memfokus kepada Krismas. Dah majoritinya menyambut Krismas..
* Krismas adalah pesta untuk kanak-kanak dan juga untuk orang dewasa (pesta untuk orang dewasa adalah mesyuarat bulanan di mana para ahli harus hadir- dan saya adalah antara ahlinya)
* Puteri sulung saya sudah mula bertanyakan soalan dan memberi tumpuan kepada Krismas. Saya sudah mencuba sedapat mungkin untuk menjelaskan kepadanya bahawa kami adalah muslim dan kami merayakan Aidl Fitri.
* Lagu-lagu Krismas diajarkan kepada kanak-kanak di sana dan terkadang susah untuk saya mengalihkan tumpuan anak-anak saya kepada sesuatu yang lain daripada lagu-lagu itu.
* Beberapa ahli lain menganggap bahawa kami juga meraikan Krismas. (dah tudung sah-sah saya pakai pun, tak tahu saya ni orang Islam. Hish ...)
Apa yang harus saya lakukan? Selalunya saya akan menyiapkan kegiatan-kegiatan lain untuk anak-anak. Ketika anak perempuan saya membuat sesuatu yang kelihatan untuk seperti pohon Krismas, saya bertanya kepada mereka apakah mereka ingin membawanya pulang? Anak-anak memang selalunya nak bawa balik. Fuh .. Saya berusaha sekuat tenaga untuk mengajar anak-anak tentang gaya hidup kami sebagai muslim dan saya selalu memberitahu mereka bahawa kami tidak merayakan Krismas dan membiarkan orang-orang yang ingin merayakannya melakukan apa yang mereka inginkan selama tidak mengganggu kami. Ketika datang masanya untuk ke majlis Krismas, saya pasti tidak akan menghadiri majlis tersebut. (Bukan nak jadi anti-social tapi tak nak bersubahat dlm meraikan perayaan diaorg)
Adakah anda menyedari bahawa mereka telah mencipta banyak kebohongan dalam perayaan ini? Mereka mencipta dogengan Santa Claus dengan harapan mencipta perayaan ajaib. Adakah anda tahu tentang asal-usul Santa Claus? Sekali lagi, saya merujuk ke Wikipedia:
Santa Claus, juga dikenali sebagai Saint Nicholas, Father Christmas, Kris kringle atau hanya "Santa", adalah tokoh yang legendaris, dalam banyak budaya Barat, membawa hadiah ke rumah kanak-kanak yang baik pada akhir malam dan tengah malam menjelang Krismas.Legenda Santa Claus mungkin bahagian daripada asas dalam cerita-cerita mengenai hagiographical tokoh sejarah daripada pemberi hadiah Santo Nicholas.
Ringkasnya, Santa dicipta untuk tujuan pemasaran. Biasanya pada akhir tahun, orang tua harus menghabiskan sejumlah besar wang membeli hadiah untuk anak-anak mereka. Yang lain juga, harus mengeluarkan wang membeli hadiah untuk ahli keluarga dan kawan-kawan.
Maksud saya menulis entri ini bukanlah untuk mempromosikan perayaan ini atau cuba untuk mengutuknya. Saya hanya ingin berkongsi beberapa fakta dan juga perasaan saya seperti yang 'nak ke tak nak' perlu berhadapan dengan ini sementara saya di sini, di New Zealand. Sementara di Malaysia, kita melihat dekorasi di pusat membeli belah dan hanya itu. Saya ada beberapa rakan yang meraikan Krismas tapi selain daripada mengucapkan selamat Krismas kepada mereka, saya tidak perlu memikirkan hal-hal lain.
Kepada Anda Yang Membaca Post Ini
Mungkin anda ada nasihat atau cadangan kepada rakan-rakan Muslim kita yang berada di luar negara (negara yang mejoriti penduduknya menyambut Krismas). Sila tinggalkan nasihat atau cadangan anda di bawah ya.
Insya Allah, saya sendiri akan menulis juga tentang panduan berkaitan di blog ini.
Apapun, bagi saya, kita adalah 'Duta Islam' di mana pun kita berada. Harap kita semua dapat menunjukkan Islam yang sebenar yang 'indah dan mudah' kepada penganut agama lain. Salah satunya ialah dalam soal sambutan perayaan agama lain seperti ini.
Saya tak begitu tahu sangat untuk memberi cadangan untuk ini. Cuma apa yang pasti, kita memang tak boleh meraikan perayaan agama lain. Tapi, macam mana kalau kita dtg berziarah ke rumah mereka semasa perayaan mereka ni ye ustaz?
BalasPadamsyukran jazilan ustaz sbb highlighted my entry here. tak sabar tunggu respon dr pembaca yg lain.
BalasPadamunlisted one:
BalasPadamTerima kasih. Mungkin juga kita perlu beri sokongan moral kepada rakan-rakan kita yang berada di luar negara.
Tentang soalan puan, ianya bergantung pada niat kita. Dan kita perlu faham sama ada sesuatu majlis itu atas dasar agama atau sekadar perayaan sahaja.
Saya pernah tinggal di pedalaman sarawak- dekat sempadan dengan indonesia. Untuk menghormati penduduk tempat saya tinggal itu yang majoriti Kristian (tapi mereka bukan pengamal kristian yang tegar); saya ziarah juga ke rumah mereka sempena x-mas. Lagipun, mereka baik dengan saya dan rakan2 muslim yang lain.
Kak Nuradyani:
BalasPadamAfwan;-) Insya Allah, saya akan tulis tentang ini. Semoga sempat sebelum 25 December.
susah jugak yer nak avoid dari benda2 ni kat luar sana(oversea) ditambah dengan anak-anak yang makin cerdik.
BalasPadamkat malaysia ni pun mcm tu jugak, yang penting niat tu.tapi niat jugak kadang2 tak menghalalkan cara kan ustaz?
mana yang haram, tetap haram la.
elissmie:
BalasPadamTerima kasih.. Iya bener, niat tidak menghalalkan cara. Saya setuju, haram tetap haram.
Sebenarnya, niat yang memandu cara.. Insya Allah selama mana niat kita baik, kita akan cuba mengambil jalan yang terbaik serta halal pula;-)