TEKNIK SEO BLOG:
Topik Yang Baik Untuk Memulakan Blog
Lama juga saya tidak menulis tentang blog, blogger dan blogging di sini selepas menyiarkan terjemahan artikel Puan Syigim tempoh hari. Ala, artikel blogging macam nasi lemak tu. Jika anda belum membacanya, anda boleh KLIK SINI untuk membacanya.
Di sini, saya ingin mengucapkan terima kasih lagi kepada Puan Syigim kerana membenarkan saya menterjemahkan artikel tersebut dan saya ucapkan tahniah kepada beliau kerana 'kekreatifan' beliau mengaitkan nasi lemak dengan blogging.
Anda mahu tahu?Artikel tersebut (NASI LEMAK: Blog Yang Baik Seperti Nasi Lemak Yang Sedaap dan Laku) telah menduduki tangga ke-3 pada mukasurat pertama carian di Google.
Rujuk gambar di bawah. Skrin itu saya 'tangkap' jam 8.12 malam baru ni tadi.
Apakah maksudnya itu? (Kepada yang belum jelas dengan maksud saya..). Maksudnya, semasa orang membuat carian dengan kata kunci 'Topik Yang Baik Untuk Memulakan Blog', enjin carian Google menyenaraikan blog ini di muka pertama pada tangga ke-3. Ini disebut dalam ilmu blogging sebagai SEO - Search Enjin Optimization. Sedangkan untuk kata kunci itu, Google ada 10 muka keputusan dengan 24,700 laman web.
Saya tidak tahu sama ada kata kunci itu 'mahal', 'popular' dan 'kaya' atau tidak; dalam ilmu blogging disebut Rich Keyword. Namun, saya tetap bersyukur dan gembira atas kejayaan ini. Ingat, kejayaan kecil adalah anak tangga kejayaan yang lebih besar;-)
Lebih seronok lagi, bila di muka pertama hasil carian Google itu, dan lebih memeranjatkan saya ialah; saya mengalahkan guru blog saya sendiri iaitu Saudara SmartZul. Blog Zul (blog.smartusaha.com) berada di tangga ke-5. Blog Shuth (www.mohdsuhaimy.com) pula di tangga ke-4. Hehe, jangan marah ya Smart Zul dan Shuth. Almaklum, saya ini orang yang baru merasa berhasil dalam SEO.. tentunya agak teruja;-)
Bagaimana saya mengetahui ini?
Caranya mudah sahaja. Anda lihat di sidebar blog ini, bahagian paling bawah sekali. Nampak ikon SiteMeter? SiteMeter bukan saja untuk anda melihat berapa ramai pelawat dan pembaca blog ini, namun lebih pada itu, dengan SiteMeter saya juga dapat melihat dari mana pelawat datang ke blog ini. Ini penting, agar saya boleh mempertingkatkan lagi entry-entry yang berkaitan yang membawa pelawat ke sini. Rujuk gambar di bawah:
TEKNIK SEO BLOG: Topik Yang Baik Untuk Memulakan Blog
Saya sendiri masih belajar dan mengkaji, apakah ciri-ciri tertentu dalam sesebuah artikel/ post/ entry yang mempunyai kekuatan SEO yang tinggi dan baik. Saya sendiri sedang mengkajinya, kerana ada beberapa katakunci yang dimenangi oleh blog ini di Enjin Carian Google. Saya tidak boleh mendedahkan semua kan, tapi anda tentu ketawa jika saya mengatakan untuk katakunci 'Jurnal Pesakit Kusta' juga blog ini berada di muka pertama. Apa-apa pun Alhamdulillah, syukur Allah.
Saya sendiri belum mahir dan arif lagi berkenaan SEO ini. Namun, sejujurnya apa yang saya lakukan ialah, seperti yang anda nampak, saya menulis 'SATU POST SEHARI' di blog ini. Saya menulis dengan jujur dan ikhlas dan saya suka berkongsi.
Di blog ini, saya menulis dalam pelbagai topik merangkumi;
* Agama dan Dakwah
* Bantuan Untuk Pembaca Blog Ini
* Blog Blogger Blogging
* Hari Kebesaran Islam
* Hari Minggu Kenduri dan Memanjakan Diri
* Karya Saya
* Keusahawanan dan Kewangan
* Kongsi Ilmu Maklumat dan Kemahiran
* Motivasi dan Kehidupan
* Penulisan dan Bahan Bacaan
* Post Istimewa 50
* Post Khas Hari Jumaat
* Rakan Blogger Saya
* Santai dan Peribadi
* Umum dan Semasa
Saya sendiri masih belajar dan mengkaji, apakah ciri-ciri tertentu dalam sesebuah artikel/ post/ entry yang mempunyai kekuatan SEO yang tinggi dan baik. Saya sendiri sedang mengkajinya, kerana ada beberapa katakunci yang dimenangi oleh blog ini di Enjin Carian Google. Saya tidak boleh mendedahkan semua kan, tapi anda tentu ketawa jika saya mengatakan untuk katakunci 'Jurnal Pesakit Kusta' juga blog ini berada di muka pertama. Apa-apa pun Alhamdulillah, syukur Allah.
Saya sendiri belum mahir dan arif lagi berkenaan SEO ini. Namun, sejujurnya apa yang saya lakukan ialah, seperti yang anda nampak, saya menulis 'SATU POST SEHARI' di blog ini. Saya menulis dengan jujur dan ikhlas dan saya suka berkongsi.
Di blog ini, saya menulis dalam pelbagai topik merangkumi;
* Agama dan Dakwah
* Bantuan Untuk Pembaca Blog Ini
* Blog Blogger Blogging
* Hari Kebesaran Islam
* Hari Minggu Kenduri dan Memanjakan Diri
* Karya Saya
* Keusahawanan dan Kewangan
* Kongsi Ilmu Maklumat dan Kemahiran
* Motivasi dan Kehidupan
* Penulisan dan Bahan Bacaan
* Post Istimewa 50
* Post Khas Hari Jumaat
* Rakan Blogger Saya
* Santai dan Peribadi
* Umum dan Semasa
Sekali lagi, saya ingin mengucapkan terima kasih lagi kepada Puan Syigim kerana membenarkan saya menterjemahkan artikel tersebut dan saya ucapkan tahniah kepada beliau kerana 'kekreatifan' beliau mengaitkan nasi lemak dengan blogging.
salam Ustaz
BalasPadamtahniah
Ustaz nak request boleh?
Boleh tak ustaz tulis tentang haiwan/binatang yang haram dimakan...ada orang tanya saya..anjing dengan anjing laut tu spesiis sama ka?sah-sah tak sama....
kan...
salam Ustaz,
BalasPadamthanks for sharing the tips. Sometimes I wonder what kind of topics would attract people to read too. BTW, Ka Ki Te Ano means "until we meet again". It's from Te Reo Maori or Maori language.
salam ustaz..selain itu, SEO yg baik juga apabila tajuk blog kite memaparkan nama sesuatu tempat ..cth "makan-makan kat Kota Bharu" atau "hujung minggu di Penang"..cara ini juga dpt jadi SEO yg baik..
BalasPadamFid:
BalasPadamSalam Puan Rafidah. Terima kasih.
Ada permintaan? Sila2 buat tiga permintaan;D
Insya Allah, saya cuba ya. Erm, anjing dan anjing laut, saya pun nak tanya balik, sama tak? Hehe..
Teringat kisah di Surabaya, Indonesia. Ikut cerita seorang Pak Cik Indon yang saya kenal, di sana katanya, hati2 bila hendak makan daging. Sebab ada orang Islam di sana menganggap 'babi hutan' yang pendek dan kecik itu bukan babi, mereka panggil itu 'chapi'.
Dia bukak cerita ni, sebab di sini (Sarawak) daging lembu biasa dipanggil daging sapi.
temp. housewife:
BalasPadamSalam Kak Nuradyani. Terima kasih. Oh bahasa Maori.
Saya berkongsi sikit ya tentang apa yang baik untuk ditulis di blog, seperti yang saya belajar dari Yaro Starak (Australia-ProBlogger).
Berikut adalah jenis-jenis artikel yang baik untuk blog:
1. How-to Article.
2. Definition Article.
3. Technical and tips Article.
4. List Article.
5. Theory or argument.
6. Resource report.
7. Controversial Article.
sahromnasrudin:
BalasPadamSalam Bro Sahrom. Terima kasih kerana menambah maklumat di sini. Oh begitu. Patutlah dikatakan blog pelancongan dan fotografi dikatakan popular, kerana kan biasa fotografer ni jalan-jalan ambik gambar sana-sini.
Insya Allah lepas ni saya nak cuba pula guna cara yang kamu ajarkan ni. Contoh mungkin macam, 'Menulis Blog Di Taman Negara Mulu';-)
Fid, samalah macam babi dengan siput babi....
BalasPadamMarDiah:
BalasPadamSalam MarDiah. Terima kasih, pertama kali komen di sini kan;-)
Oh, macam tu ye, hehe;D
salam ustz..
BalasPadamBanyak lagi yang mama belum tau tentang menulis blog.Takat ni mama menulis mengisi masa lapang je.. Info yang amat berguna kepada bloggers. t.kasih daun keladi ustz.
salam ustaz,
BalasPadamentry yang menarik! boleh jadi raja SEO ni ustaz.
Mardiah
BalasPadamterima kasih.....
Mama Tanjong:
BalasPadamSalam Kak MT.. apa yang penting, kerja sama;-) Tapi saya suka baca tulisan Kak MT, menarik dan berisi. Alhamdulillah, syukur Allah merezekikan saya untuk dapat menulis info ini..
Kak, saya terima keladinya saja, daun taknak;-)
Mommy Lyna:
BalasPadamSalam Puan Lyna. Syukur saya dapat menulis entry yang baik. "boleh jadi raja SEO ni ustaz." Amin Ya Rabb Al-Alamin.
Terima kasih ya;-)
Wahh..ustaz, melopong sy baca tentang SEO ni..masih belajar jugak..tahniah Ustaz! Tahniah Syigim!
BalasPadamHanz:
BalasPadamSalam Kak Hanz. Jaga-jaga, takut masuk lalat;-) Sama-samalah kita belajar dan kongsi-kongsi ilmu kak. Terima kasih. Macam mana novel?;-)
you are in point of fact a excellent webmaster.
BalasPadamThe website loading velocity is incredible. It sort of feels that you're doing any unique trick. Moreover, The contents are masterwork. you've performed a excellent task in this matter!
my blog Achat Retweet pas cher
Howdy, There's no doubt that your blog could possibly be having browser compatibility problems. Whenever I take a look at your website in Safari, it looks fine but when opening in IE, it's got some
BalasPadamoverlapping issues. I just wanted to give you a quick heads up!
Besides that, great site!
Also visit my website - augmenter vues youtube logiciel