15/04/2010

Betapa beratnya dugaan ini...


Betapa beratnya dugaan ini...


Sekadar renungan ringkas kita bersama malam Jumaat yang penuh barokah ini.

Alhamdulillah, hari yang baik dan saya dalam keadaan sihat wal afiat. Anda pula bagaimana? Sihat? Masih boleh bernafas dengan sendiri tanpa bantuan alat pernafasan? Dapat menggerakkan jari jemari anda? Dapat makan dan minum dengan normal dan baik? Alhamdulillah, syukur jika semuanya dapat;-)
Dalam kita menikmati anugerah kesihatan yang percuma ini, yang ada antaranya tidak perlu kita fikirkan dan kawal pun. Seperti pernafasan, berapa kali agaknya kita berfikir dan mengatur nafas kita- tarik, tahan hembus dan sebarkan oksigen itu ke sistem tubuh kita. Pernah kita kawal sistem peredaran darah dalam tubuh kita? Pernah kita fikirkan agar makanan yang masuk ke mulut kita lepas dikunyah perlu di'apa'kan?

Ketika kita membaca ini, berapa juta proses yang berlaku bermula dari mata yang melihat huruf, kemudian minda kita yang mengenal huruf-huruf ini dan menterjemahkan ia menjadi imej dalam minda kreatif kita dan memberi kita kefahaman perkataan demi perkataan yang kita baca itu.

Sesungguhnya, Ketika kita sedang menikmati semuanya, bersyukurlah dan hargailah ia... kerana ada orang yang tidak menikmatinya...





Betapa berat mata yang memandang..

KLIK SINI untuk kisah lanjut bayi dalam gambar-gambar di bawah


Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.


Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi ibu Hana 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kauasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.


Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut.


Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah.

KLIK SINI untuk kisah lanjut bayi dalam gambar-gambar di atas






6 ulasan:

  1. salam ustaz,
    tadi saya klik blog UJ, saya terkejut bila nampak nama cikgu rohaiza dari mrsm muar. sebabnya isnin lepas saya daftar kaklong masuk mrsm muar, saya nampak nama dia dalam planner mrsm muar.

    semoga cikgu rohaiza tabah hadapi ujian ini. saya berdoa semoga baby hana cepat sembuh.

    BalasPadam
  2. salam ustaz..
    say ada dapat email pasal budak ni
    memang simpati...

    BalasPadam
  3. Salam.
    Tak terkata.....andai diri di tempatnya...sekuatkah diri....
    Semoga Cikgu Rohaiza tabah..

    BalasPadam
  4. nino:

    Salam Kak Niza.

    Tahniah kat Kak Long dapat masuk MRSM. Oh, kiranya Cikgu Rohaiza tu mengajar di MRSM tempat Kak Long itu lah ya.

    Sama-samalah kita berdoa semoga baby hana cepat sembuh.

    Terima kasih Kak Niza;-)

    BalasPadam
  5. zulkbo:

    Salam Bang Zul.

    Oh Bang Zul dah tahu awal pada saya. Bang Zul kenal ke Cikgu Rohaiza ni?

    Sama-samalah kita berdoa semoga baby Hana cepat sembuh dan Cikgu Rohaiza tetap tabah dan redha melalui dugaan yang berat itu, Amin.

    Terima kasih Bang Zul;-)

    BalasPadam
  6. Ari:

    Salam Mbah Cikgu Ari.

    Cikgu Ari pun tabah juga orangnya. Lagipun tidak ramai yang survive kerja dalam bidang Cikgu Ari tu.

    Sama-samalah kita berdoa semoga baby Hana cepat sembuh dan Cikgu Rohaiza tetap tabah dan redha melalui dugaan yang berat itu, Amin.

    Terima kasih Cikgu;-)

    BalasPadam