Selasa, April 06, 2010

APA ITU ULASAN BLOG? (Pengenalan kepada kemahiran menulis ulasan blog)


APA ITU ULASAN BLOG?
(Pengenalan kepada kemahiran
menulis ulasan blog)




(Image By nabieel88)


Insya Allah, tidak lama lagi saya dan beberapa orang rakan blogger akan mengadakan pertandingan menulis ulasan blog. Untuk keperluan pertandingan itu, bermula hari ini dari semasa ke semasa kita akan berkongsi ilmu dan berbincang perkara berkaitan kemahiran menulis ulasan blog. Buat masa ini, pertandingan tersebut belum bermula secara rasminya.



Sama ada kita sedar atau tidak sedar, semua blogger menulis ulasan. Menulis ulasan adalah kemahiran asas seorang blogger dan kemahiran ini adalah kemahiran wajib dimiliki oleh blogger. Semua blogger pernah menulis ulasan di blog mereka. Malah ulasan adalah entry paling mudah untuk diisi ke dalam sebuah blog.

Ada menulis tentang buku yang mereka baca. Ada menulis pendapat tentang entry blogger lain. Ada yang menerbitkan semula entry orang lain untuk dikongsi dengan pembaca blog mereka. Ada bercerita tentang produk yang mereka guna. Ada bercerita tentang restoran yang mereka kunjungi untuk makan malam bersama keluarga. Ada menceritakan tentang aktiviti hujung minggu. Malah, pelbagai lagi cerita tentang 'sesuatu' dan 'sesebuah' benda, perkara, tempat atau peristiwa. Semua cerita dan perkongsian itu adalah ulasan.

Secara ilmiahnya, apakah itu ulasan?

Ulasan ialah satu bentuk penulisan yang mengandungi penilaian sesuatu subjek. Penulis membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara seperti bahan kesusasteraan, rancangan televisyen, filem, lukisan, konsert, buku dan sebagainya. Ulasan yang baik berkomunikasi dengan pembaca melalui penilaian pengkritik. Pembaca dapat membuat pertimbangannya sendiri berdasarkan ulasan itu.

Dalam bahasa Indonesia, ulasan biasa disebut resensi. Resensi adalah istilah Indonesia-Belanda yang bermaksud membuat pertimbangan dan pembicaraan tentang sesuatu subjek. (rujukan: Mohd. Sidin Ahmad Ishak, Keterampilan Menulis, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 1996)

Ingat segmen Resensi - Ahmad Munawar di RTM1? Itu adalah contoh rancangan ulasan buku di televisyen. Dalam bahasa internet iaitu bahasa kita-kita sebagai blogger, ulasan biasa disebut review. Review adalah entry paling mudah untuk disediakan. Malah, ada blogger yang lemah dalam bahasa Inggeris, memilih untuk membuat blog review bagi menjana pendapatan dari blog berbahasa Inggeris. Sebabnya ialah, review mudah disediakan walaupun kita lemah dalam bahasa Inggeris. Review dalam bahasa Inggeris adalah salah satu jalan untuk mendapat duit dari internet.

Namun, dalam suratkhabar dan majalah, istilah review selalu digunakan untuk ulasan filem, album, rancangan tv, konsert atau lagu.

Mengapa blogger menulis review?

Antara sebab mengapa blogger perlu menulis ulasan blog adalah;

1. Untuk membina hubungan dengan blogger lain.
2. Untuk mempromosikan blog sendiri.
3. Untuk mengambil upah menulis review blog.
4. Untuk menyediakan perkhidmatan menulis review blog.
5. Untuk menyertai pertandingan.
6. Untuk berkongsi tentang blog yang baik dan menarik.
7. Untuk mempromosikan produk sendiri atau produk orang lain.
8. Dan banyak lagi sebab yang lain.

Boleh dapat duit ke tulis review ni?

Jawapannya ialah, ya boleh. Saya sendiri pernah mendapat duit dan mendapat hadiah daripada kemahiran menulis review. (Sikit-sikit sahajalah sebab saya tidak fokus dengan itu. Sekadar menambah pengalaman dan menambah pendapatan).

Sebenarnya, ada banyak cara, jalan dan tempat di internet ini untuk kita mendapat duit daripada menulis review. Di eBay, ada program di mana anda dibayar USD1 untuk menulis satu review tentang sesuatu produk. Malah untuk blogger, ada banyak syarikat yang bersedia membayar anda untuk menulis review tentang produk dan perkhidmatan mereka di blog anda.

Anda juga boleh menulis sebuah blog review dalam niche tertentu. Contohnya blog review filem. Dalam blog itu anda menulis tentang filem sahaja. Dari blog itu anda boleh menjana pendapatan daripada program pengiklanan dan program affiliate.

Untuk perkara dapat duit dari review ini, kita perlukan satu post khas untuk membincangkan ini sahaja.

Asas Menulis Ulasan

Asas menulis ulasan adalah mudah dan ringkas. Asasnya ialah anda ada subjek yang hendak diulas, selepas itu anda tahu menyediakan soalan-soalan tentang subjek itu dan akhirnya anda boleh menjawab soalan-soalan tersebut.

Asas menulis ulasan sangat berkaitan dengan asas baca dan faham. Dalam penulisan bahasa Melayu, asas baca dan faham disebut SIABIDIBAM. Dalam penulisan bahasa Inggeris, asas baca dan faham dikenali sebagai formula 6W1H.

Alhamdulillah, itulah sekadar perkongsian kita malam ini. Insya Allah, pada masa akan datang, kita akan berbincang pula tentang bagaimana untuk menyediakan sebuah ulasan.









8 ulasan:

  1. Salam Ustaz. Me suka buat ulasan atau kata omputihnyer Product Review...setakat ni cuma suka2 jer...hemmm..sangat teringin nak merasa imbuhan lepas buat ulasan tapi masih belum bertuah lagi...harap ustaz sudi berkongsi bagaimana nak menarik pengiklan supaya sudi approach kita untuk buat paid ulasan ni...

    P/S - looking forward pertandingan tu :D

    BalasPadam
  2. Hanz:

    Salam Hanz.

    Product review adalah review yang boleh dikatakan paling popular di dunia blog. Ramai orang Malaysia yang dapat duit dari blog begitu.

    Insya Allah dalam post lain kita cerita tentang itu sahaja. Dan pertandingan yang saya war-war kan itu juga ada menyediakan hadiah wang tunai;-)

    Paid review setakat ini jalan di blog English. Blog BM juga ada tapi depend on populariti blog itu. Contoh di MBP kan selalu jugak LittleMama buat paid review.

    Terima kasih Hanz;-)

    BalasPadam
  3. salam

    dah banyak hari tak say 'salam' kat sini..
    ohh review
    rasa nak buat tapi sekarang ni sibuk sangat tak sempat nak study!

    BalasPadam
  4. salam ustaz..
    terima kasih..byk ilmu dapat hari ni

    BalasPadam
  5. salam ustaz..sy minta tlg ustaz komen sedikit di entri terbaru sy yg bertajuk imam muda tue..apa pandangan ustaz? tq byk2...

    BalasPadam
  6. Fid:

    Salam Kak Fid.

    Iya, blog Kak Fid pun sunyi sepi je beberapa hari lepas ya;-)

    Terima kasih Kak Fid;-)

    BalasPadam
  7. zulkbo:

    Salam Bang Zul.

    Alhamdulillah. Ilmu cahaya kehidupan Bang Zul eh;-)

    Terima kasih Bang Zul;-)

    BalasPadam
  8. sahromnasrudin:

    Salam Sahrom.

    Terima kasih kerana menjemput saya..

    Insya Allah saya akan menerbangkan layang-layang, ops, memberikan layangan minda;-)

    Terima kasih Sahrom;-)

    BalasPadam