10/04/2010

Selagi ada nyawa...


Selagi ada nyawa...


Malam ini malam minggu. Selamat malam minggu saya ucapkan kepada saudara;-)

Semalam kita berbincang tentang peringatan Rasulullah (SAW) kepada kita untuk merebut lima peluang sebelum datang lima sekatan. Insya Allah, malam ini kita melihat peringatan yang pertama iaitu tentang 'hidup sebelum mati'. Insya Allah, berselang dua tiga hari kita akan melihat lagi empat perkara yang lain yang disebut dalam hadith tersebut.

HIDUP sebelum MATI

Untuk memahami berkenaan peluang yang berbunyi 'hidup sebelum mati' bukanlah perkara yang susah. Jika kita masih bernafas dan masih mendiami dunia ini, bermakna kita masih hidup. Namun, untuk mensyukuri nikmat kehidupan itu mungkin ramai yang lalai.

Disebabkan pentingnya manusia mensyukuri nikmat hidup, maka Rasulullah (SAW) pernah mengiktiraf orang yang selalu mengingati mati sebagai orang yang bijak. Mengingati mati adalah kunci utama untuk bersyukur dan menjalani kehidupan dengan sebaik-baiknya.

Dikatakan oleh ahli hikmah;
“Sungguh pelik keadaan manusia. Mereka tahu mereka pasti akan mati, tetapi mereka hidup seperti tidak akan mati”
Untuk menggunakan nikmat kehidupan ini dengan sebaiknya, Rasulullah (SAW) telah memberi dua cara yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian;
1. Bersungguh-sungguh dalam Bekerja dan Beribadat.

2. Sentiasa menjadi lebih baik.
Rasulullah (SAW) ada bersabda yang bermaksud:
"Berkerjalah kamu seperti kamu akan hidup seribu tahun. Beramallah kamu seperti kamu akan mati sebentar lagi".
Pesanan ini sudah memadai untuk kita menjalani kehidupan dengan seimbang dan baik untuk kepentingan dunia dan akhirat. 

Baginda juga ada berpesan supaya kita sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik. Sebagaimana yang disebut dalam sebuah hadith yang popular yang bermaksud:
"Barangsiapa yang hari ini lebih baik dari semalam dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini sama dengan semalam dia adalah orang yang rugi. Barangsiapa yang hari ini lebih buruk dari semalam dia adalah orang yang celaka".
Kesimpulannya, masa kita hidup di dunia ini ada tiga hari sahaja iaitu: semalam, hari ini dan esok. Kenang dan syukuri kebaikan hari kita yang semalam dan kekalkan kebaikan itu hari ini. Ingatilah dosa yang kita lakukan semalam dan bertaubatlah hari ini serta lakukan kebaikan untuk menebusnya. Rancanglah hari esok agar kita bersedia untuk menjadi lebih baik.








Duhai Teman dan Tuan-puan
Mari Kita Berpesan-pesanan
Baik Lelaki Juga Perempuan
Duduk Di Kampung Atau Di Pekan

Zaman ini Zamam Kemajuan
Kebendaan Menjadi Ukuran
Hidup Saling Bersaingan
Jika Lalai Tinggal Sendirian

Nabi Junjungan Pernah Berpesan
Agar Hidup Ada Pegangan
Semak Selalu Jangan Lupakan
Agar Tak Susah Di Hari Kemudian

Kena DiIngat Lima Perkara
Sebelum Tiba Lima Perkara
Aaa

Aaa

Semoga Hidup Aman Bahagia

Waktu Lapang Buatlah Amalan
Sebelum Sibuk Pelbagai Urusan
Isilah Dengan Amal Kebajikan
Menuntut Ilmu dan Baca Al-quran

Waktu Senang BerIngatlah
Sebelum Tiba Waktunya Susah
Jika Datang Ancaman Musibah
Mampu Bersedia Selesai Masalah

Bila Sihat Jagalah Badan
Sebelum Derita Sakit Tak Keruan
Kawallah Makan Untuk Kesihatan
Ringan Ibadah Nak Dikerjakan

Jika Kaya Bermurah Hati
Dapat Pahala Menolong Orang
Aaa

Aaa

Jikalau Miskin Apa Pun Tak Ada

Waktu Kita Hidup Di Dunia
Sediakan Bekalan Sebelum Mati
Walaupun Susah Banyak Halangan
Tabah dan Sabar Allah Kan Sayang

Ingat-Ingat Kita Semua
Jangan Mudah Sombong Diri
Insafilah Pesanan Ini
Untuk Kita Suluh Diri

Semoga Lembut Hati Kita
Untuk Taat dan Berbakti
Dari Allah Kita Datang
Kepada Allah Kita Kembali


10 ulasan:

  1. salam ustaz..
    terima kasih tazkirah yang menarik
    buat renungan kita yang hidup ni
    selalu lalai dalam mengejar keduniaan..

    BalasPadam
  2. bagus entry tok
    sebagai peringatan
    makseh ustaz

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum saudaraku ustaz.
    Satu entri yang memberi kesan ke atas diri saya. Saya akan berada di KK pada 22-25 April 2010. Jika ada kelapangan ustaz, bolehlah kita berjumpa...

    BalasPadam
  4. Salam ustaz cahaya..

    ayat ustaz tu saya suka, manusia tahu mereka akan mati, tapi jika dilihat mereka sekarang hidup seolah mereka takkan mati...padahal mati tu ada di mana2... waAllahualam.

    Macam mana yer, saat kematian menjemput kita nanti....

    BalasPadam
  5. saya suka baca entri ustaz kerana ia byk mengenai peringatan..tenkiu..

    BalasPadam
  6. zulkbo:

    Salam Bang Zul.

    Untuk renungan dan peringatan kita bersama bang Zul, terutama diri saya sendiri.

    Iyalah, hidup kita ini kita sendiri tidak tahu bila tarikh luputnya. Semoga kita selalu menghargainya.

    Terima kasih Bang Zul;-)

    BalasPadam
  7. Hida Naza:

    Salam Hida.

    Alhamdulillah...

    Sama-samalah kita beringat koh.

    Terima kasih Hida;-)

    BalasPadam
  8. Mybabah:

    Wa'alaikum salam saudaraku Bang Samsudin.

    Lama juga abang tidak kelihatan ya;-)

    Entri untuk peringatan kita bersama bang.

    Agaknya belum rezeki kita Bang. Bintulu tempat saya ni di tengah peta Sarawak. Masih jauh juga hendak ke KK, lagipun kena melintas Brunei jika guna jalan darat. Semoga Allah mempertemukan juga kita satu masa nanti bang dalam keadaan yang lebih baik, Amin.

    Terima kasih Bang Samsudin;-)

    BalasPadam
  9. Afida Anuar:

    Salam Afida.

    Allah jua yang Maha mengetahui Fida. Apapun, semoga apabila sampai ajal kita nanti, harapnya semoga dalam keadaan Husnul Khatimah. Amin.

    Terima kasih Afida;-)

    BalasPadam
  10. sahromnasrudin:

    Salam Sahrom.

    Alhamdulillah. Buat iktibar kita bersama dalam mengharungi kehidupan dunia yang penuh pancaroba, kawan.

    Tenkiu, come again ya;p

    Terima kasih Sahrom;-)

    BalasPadam