05/04/2010

Panduan Memilih Template Blog (Tips memilih baju untuk blog kita)


Panduan Memilih Template Blog
(Tips memilih baju untuk blog kita)








Tips K.E.M.A.S. Untuk Memilih Baju Blog

K - Kekemasan.

E - Easy.

M - Menarik.

A - Atur-rupa.

S - Sesuai.


Masih ingat dengan tips B.L.O.G. yang saya tulis beberapa hari yang lalu? Masih ingat maksudnya? B untuk apa? Jika anda sudah lupa, anda boleh KLIK SINI untuk baca semula post yang saya maksudkan.

Dalam tips B.L.O.G, B bermaksud baju blog. Baju blog di sini ialah template blog kita. Malam ini saya akan berkongsi sedikit asas yang saya gunakan dalam memilih template atau baju untuk blog saya. Tips ringkas tersebut adalah seperti yang saya highlight di atas itu.

Ok, jum kita bincangkan satu persatu...

K - Kekemasan. 

Pertama, template blog yang kita pilih, biarlah nampak kemas. Pilihlah template yang kemas dan bersih. Template yang kemas bermaksud adunan warnanya yang tepat, pembahagian areanya bagus dan lain sebagainya yang boleh dianggap kemas. Bagi blogger yang mahir dengan html, mungkin tidak masalah untuk memilih template blog yang menarik tetapi tidak kemas kerana mereka boleh menggodek html untuk 'mengkemaskan' template tersebut.

Kedua, adakalanya kita sudah memilih template yang kemas tetapi kemudian kita sendiri menambah pelbagai item yang menyerabutkan paras rupa blog kita. Jadi, rancang item yang hendak diletakkan pada blog kita.

Apa yang penting, blog biar nampak kemas. Kekemasan baju blog kita akan menentukan empat faktor yang akan kita bincangkan seterusnya.

E - Easy. 

Blog yang kemas memudahkan pembaca untuk membaca blog kita. Lagi, blog yang kemas biasanya mudah loading. Blog yang kemas membuat orang betah berlama-lama di blog kita dan blog yang kemas akan memudahkan kita menguruskan blog kita.

Dalam merancang item yang hendak diletakkan pada blog, sama ada di sidebar ke, header ke, footer ke, dalam post ke, or item yang 'terapung' ke, pastikan item yabg dipilih itu adalah item yang perlu dan membantu untuk memudahkan kita dan pembaca.

Apa yang penting, item yang kita tambah pada blog kita biarlah item-item yang perlu sahaja. Item yang perlu antaranya ialah item yang membantu pembaca seperti kotak chat, recent post, kotak search, kotak follower,  langganan RSS, arkib dan lain sebagainya. Item-item ini adalah item yang diperlukan pembaca dan memudahkan pembaca melayari blog kita.

Lagi, biarlah item yang kita pilih juga adalah item yang membantu memudahkan tugas kita mengurus blog kita. Antaranya seperti widget Recent Comment. Itu membantu kita mengetahui akan adanya komen baru yang perlu dibaca dan dibalas oleh kita, juga item MyBlogLog agar kita tahu siapa yang bertandang ke blog kita, juga visitor counter seperti SiteMeter yang sememangnya sangat diperlikan oleh sebuah blog.

M - Menarik. 

Baju blog yang kita pilih biarlah baju yang menarik. Pertama ia perlu menarik di mata kita sendiri. Jika kita sendiri tidak tertarik dengan baju blog itu, maka adalah selamat dan baik untuk kita tidak menggunakan baju itu. Apa yang penting, naju blog itu menarik perhatian dan hati kita terlebih dahulu.

Ini sangat penting kerana itu adalah blog kita. Kita yang akan menjadi orang yang paling selalu dan paling banyak menghadapnya kelak. Jadi, jika kita sendiri tidak suka dengan baju blog itu, maka itu akan mengganggu hubungan jangka panjang kita dengan blog kita itu.

Seterusnya, selepas baju blog itu menarik pada kita, ia wajib kelihatan menarik di mata orang lain. Memang setiap manusia punya selera yang berbeza, tetapi kita perlulah pandai memilih pendapat siapa yang kita hendak terima dan pakai dan pendapat siapa yang kita hendak ketepikan. Jadi, cuba dapatkan respon daripada mereka yang kita boleh terima pendapat mereka sama ada sesuatu baju blog itu menaik pada mata dia atau hanya menarik pada mata kita seorang sahaja.

A - Atur-rupa. 

Kemudian, setelah baju blog dipilih, maka susunlah atur-rupa blog kita itu supaya ia kemas, easy dan menarik. Ini penting kerana susun atur-rupa sebuah blog banyak keperluannya.

Bayangkan anda masuk ke dalam sebuah kedai kedai. Kedai itu bersih, kemas, mudah kita nak berjalan-jalan di dalamnya dan nampak menarik hiasan dalamannya. Namun, alangkah peningnya kepala kita kerana buku, majalah dan barang-barang dalam kedai itu tidak diatur dan disusun dengan baik. Buku kanak-kanak berada dalam satu rak dan baris dengan buku dewasa. Kamus bercampur letak dengan permainan seperti catur dan lain-lain. Alat tulis pula berada di atas rak buku yang tidak tercapai dek tangan dan mata kita.

Hah, begitulah perumpamaannya, atau dalam bahasa kampung saya dipanggil 'analogi' betapa pentingnya kita mengatur dan menyusun rupa blog kita. Salah satu cara mudahnya ialah dengan merujuk 'lay-figure'. Cuba lawat blog yang kita menati atau blog-blog yang baik dan berkualiti. Contohi cara blog itu diatur-susun.

Macam jika saya nak buat kedai buku, pasti saya akan merujuk dekorasi kedai buku POPULAR atau MPH ataupun perpustakaan. Pastilah tidak sesuai jika saya merujuk dekorasi sebuah bengkel basikal atau sebuah kedai ikan peliharaan.

S - Sesuai.

Masih ingat dengan perbandingan nasi lemak dengan sebuah blog? Jika anda sudah lupa atau belum membacanya, anda boleh KLIK SINI.

Sama seperti nasi lemak, anda sudah ada nasi lemak yang baik dan sedap, namun anda bungkus dengan kertas surat khabar yang bergambar tragedi kemalangan, dengan keadaan yang menjijikkan. Apakah anda yakin, ada orang akan senang hati membelinya?

Atau anda kepalkan nasi lemak anda yang sedap itu, sehingga berbentuk tikus, mungkinkah orang akan membeli dan memakannya? Hehe, sudah tentu kita tahu jawapannya.

Alhamdulillah, itulah sekadar sedikit perkongsian kita malam ini. Semoga ada manfaat untuk kita bersama. Jika anda ada tambahan idea yang lain, sila-silakan kongsi di bawah ini.

Tengkuk saya sudah sakit dan rasa tidak selesa. Masanya untuk saya menutup komputer dan berehat. Hari ini saya agak terganggu dan kurang fokus. Hati saya kerap berdebar-debar sahaja. Debaran itu membuatkan saya tidak selesa dan tidak dapat menumpukan tumpuan kepada kerja yang menuntut idea. Ada tidak ada saya gunakan masa membuat kerja yang agak teknikal seperti mengedit dan menyemak.

Apapun, mohon doa anda ya. Semoga saya baik-baik sahaja dan semoga apa yang membuatkan saya resah dan gundah akan dibantu Allah untuk saya mengatasinya.








10 ulasan:

  1. Salam ustaz..

    Rasanya blog fida dah memenuhi ciri2 KEMAS yang disebutkan tu dah...erkk (perasan!!)..hehe

    BalasPadam
  2. salam uzt.
    Mama nak tempah baju baru. Tp tk cukup masa nak mncari baju yang sesuai.

    BalasPadam
  3. salam ustaz..
    terima kasih info yang berguna..
    berehatlah..kadangkala terlalu lama
    mengadap komputer ada kesan sampingan
    rasanya..

    BalasPadam
  4. Afida Anuar:

    Salam Fida.

    Iye benar. Blog kamu sudah menepati ciri-ciri KEMAS itu. Saya suka header blog kamu itu Fida;-)

    Terima kasih Afida:-)

    BalasPadam
  5. Mama Tanjong:

    Salam Kak MT.

    Baju yang sekarang ni ok lagi Kak. Takpa, raya pun dah dekat ni. Nanti bulan puasa kot akak senang sikit nak cari baju blog yang baru;-)

    Terima kasih Kak MT;-)

    BalasPadam
  6. zulkbo:

    Salam Bang Zul.

    Alhamdulillah, pagi ini adalah pagi yang baik, ceria dan segar, kerana saya dapat berehat awal malam tadi.

    Terima kasih bang Zul;-)

    BalasPadam
  7. Salam...

    Terima kasih penerangan kitak...

    Asanya udah 4 kali kamek bersalin baju..:)

    Kali tok simple jak..:)

    BalasPadam
  8. K.Nur dah banyak kali buat xperimen dgn template. skrg rasanya yg paling tak menyerabutkan mata. hehe

    BalasPadam
  9. Abd Razak:

    Salam Razak.

    Alhamdulillah. Syukur direzeki Allah dengan sedikit ilmu yang boleh dikongsi sama-sama kita.

    Auk, kamek pun suka dengan baju blog kitak nak sekarang tok. Bersi, gap dan nyaman ditangga.

    Terima kasih Razak;-)

    BalasPadam
  10. temp. housewife:

    Salam Kak Nuradyani.

    Eksprimen tangga kejayaan Kak Nur;-)

    Iya saya suka baju blog Kak Nur yang sekarang ni. Latar putih menyejukkan mata yang membaca.

    Terima kasih Kak Nur;-)

    BalasPadam