12/04/2010

Ngilu hati dan ngilu gigi


Ngilu hati dan ngilu gigi



(Image By findstuff22)

NGILU. Ada masanya bila mendengar sesuatu bunyi, gigi saya merasa ngilu. Itu ngilu gigi. Selalu pula ketika membaca akhbar, saya merasa ngilu hati. Perkataan ngilu itu sendiri agak unik bagi saya. Ia satu perkataan yang agak pelik juga. Ngilu.

Bukan hari ini sahaja, malah boleh dikatakan setiap kali membaca akhbar nasional, ada sahaja berita yang membuat saya ngilu hati dan ngilu gusi juga ngilu gigi. Semalam saya tidak membaca sebarang akhbar yang fizikal mahupun yang digital. Hari ini pun mulanya saya tidak mahu membaca akhbar, namun berita muka depan sebuah akhbar itu memanggil-manggil saya untuk mengambil akhbar itu dan membacanya. Saya kengiluan lagi.

Gambar di muka depan sebuah akhbar membuat saya ngilu hati. Gambar mayat seorang bayi yang dibungkus kertas surat khabar yang ditemui dalam tong sampah. Memang perbuatan dilaknat Allah. Memang tidak sanggup saya untuk melihat lama-lama gambar itu. Subhanallah.

Di sebelah gambar itu pula kisah Halimaton yang sudah beberapa minggu memang membuat hati saya kengiluan dan kegeraman. Ceritanya semalam kekasih Halimaton itu ditangkap polis kerana melarikan Halimaton. Memang, dia tidak melarikan Halimaton kerana Halimaton kata dia yang rela. Namun, bagi saya samalah macam kes rogol gadis bawah umur, tetap dikira rogol sama ada rela tak rela. Rasanya kita semua dah sedia maklum kisah Halimaton ini. Kisah pelajar pintar berusia 15 tahun yang berkeras hendak berkahwin dengan teman lelakinya itu. Walahai adik, kenapalah sanggup buat begitu pada keluarga kamu. Cerita kamu itu bukan heboh sekampung saja tau, sudah heboh ke seluruh negara. Astaghfirrullah..

Saya teruskan pembacaan kerana kisah bayi dalam tong sampah itu berita selanjutnya di dalam akhbar. Saya 'kengiluan' lagi. Ngilu ketika membaca berita seorang warga tua berumur 69 tahun yang badannya hancur berkecai digilis puluhan kenderaan. Lebih ngilu lagi, pakcik itu dikatakan sedang melintas jalan untuk membeli makanan. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

Na'uzubillah. Itu cerita dalam akhbar. Saya berdoa semoga saya dan anda yang membaca ini serta ahli keluarga kita yang kita sayangi, dilindungi Allah daripada musibah seperti tiga berita yang saya kisahkan di atas. Amin Ya Rabb Al-Alamin.

PS: Lagi berita yang membuat saya ngilu hati ialah tentang nilai ringgit yang dikatakan meningkat itu. Erm, dulu masa saya kanak-kanak, seringgit boleh buat beli DUA BUNGKUS maggi mee. Sekarang ni, seringgit itu boleh beli satu bungkus Maggi sahaja. Jika sekarang saya boleh balik ke nilai duit masa saya kanak-kanak dulu, saya tidak akan ngilu hati membaca berita itu.





BERITA NGILU 1

‘Tidurkan’ bayi dalam tong sampah
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim dan Md Fuzi Abd Lateh
bhnews@bharian.com.my
2010/04/12

Mayat mangsa dibungkus dengan surat khabar ditemui kakitangan MDHS

KUALA LUMPUR: Lagi kes pembuangan bayi berlaku, terbaru dengan penemuan mayat bayi lelaki dibungkus dengan surat khabar dan masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan di dalam tong sampah di Kampung Tanjung dekat Sungai Choh, Hulu Selangor, pagi semalam. Mayat bayi itu ditemui Mohd Kamil Enoh, 44, pekerja Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) ketika memulakan kerja hariannya di kawasan berkenaan, kira-kira jam 8 pagi.

KLIK SINI untuk baca selanjutnya






BERITA NGILU 2



Remaja larikan Halimaton ditahan
Oleh Nahar Tajri dan Hamzah Osman
bhnews@bharian.com.my
2010/04/12
LANGKAWI: Teman lelaki Halimaton Abdul Rashid, pelajar pintar yang melarikan diri ke pulau ini bulan lalu untuk berkahwin, ditahan polis pada Jumaat lalu untuk disiasat kerana disyaki melarikan pelajar berkenaan daripada penjaganya.

Mohamad Noor Abdullah, 19, atau lebih dikenali sebagai Adam, ditahan di rumahnya oleh sepasukan polis dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi sebelum dihantar ke IPD Kuala Muda, tempat laporan kehilangannya dibuat pada 22 Mac lalu. Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Ishak Hasan, ketika dihubungi mengesahkan penahanan remaja lelaki itu dan kes diserahkan kepada IPD Kuala Muda untuk siasatan lanjut.

KLIK SINI untuk baca selanjutnya







BERITA NGILU 3

Mayat hancur di lebuh raya
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim dan Md Fuzi Abd Lateh
bhnews@bharian.com.my
2010/04/12
Mangsa digilis puluhan kenderaan ketika melintas beli makanan

RAWANG: Seorang lelaki, Azit Saat, 69, ditemui maut dengan badan hancur berkecai, tali perut terburai dan tulangnya bertaburan sepanjang kira-kira 50 meter akibat digilis puluhan kenderaan di lebuh raya berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Rawang, di sini, kelmarin. Kejadian di Kilometer 439.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara itu berlaku kira-kira jam 8 malam apabila mangsa dikatakan cuba melintasi lebuh raya berkenaan untuk membeli makanan di kawasan hentian bersebelahan.

KLIK SINI untuk baca selanjutnya






16 ulasan:

  1. Salam.
    Memang sangat2 mengilukan....
    Teringat perbincangan kami "anak dara tua" kalau kami2 ni dizaman mak bapak kami lerrr...hehehehehhehe... ;-)
    Antara kata2 perbincangan..
    1. Apalah budak tu fikirkan erk? 15 thn beb!
    2. Iya....tgk muka dia d news... macam keras jak... berkeras nak kawin...tak rasa apa2pun mak dia peluk...adeh...
    3. Budak pandai tu....
    4. Pandai apanya....tak bijak lansung...
    5. Itu ble dikatakan dia tu cepat matang atau pendek akal erk....
    6. Pendek akal....huhuhu kesin betul...
    7. Dlm news... kata dia ni budak pandai..UPSR power...kalau akau tengok psikologi...budak ni biasa dipenuhi segala permintaannya....alah2 anak emas...tu yg dia berkeras hati nak kahwin juga....
    8. Ermmm...entah2 dia ni biopolar jugak...mcm sufiyah tu...
    9. Adeh..sadis betul budak2 sekarang... ni...berani mati...
    10. HAhaha....pa ble buat....ini zaman, zaman kakak2 macam kita berkorban....langkah...langkah lah.....(langkah bendul)

    BalasPadam
  2. hmm,
    dunia yang semakin menakutkan..
    manusia dah hilang perikemanusiaan...
    dalam diri, hanya tinggal organ hati tanpa perasaan... macam robot...

    BalasPadam
  3. salam ustaz..
    alahai sedih2 nye cerita hari ini..
    nk jadi apalah dunia kita sekarang...?
    berita pertama dari dulu sampi sekarang
    tetap tak serik..berita kedua larikan anak dara orang bagaimana rasanya kalau anak kita di larikan ornag..berita ketiga..sedih dan hairan..mengapa nak bahayakan diri pak cik tu..dah arwah pun...al-Fatihah..

    BalasPadam
  4. ustaz
    yang baby tidur dalam tong sampah tu bukan nyilu dah menyiat2 hati
    nak marah pun dah tak mampu
    nak marah kat siapa?

    BalasPadam
  5. Alamak, semua cerita ustaz sangat ngilu.....

    yang berita ngilu 1 dan 3 tu, dah sampai ajal mereka. Tp berita ngilu 2 tu..haihhhh... kesiann...

    BalasPadam
  6. Salam...

    Ngilunya.. mujahadah kita untuk melawan hawa nafsu agar larangan-larangan Allah dijauhi sejauh-jauhnya

    BalasPadam
  7. wah..ngilu2 nie sensitif kan..kekadang membawa maksud berlainan tp mmg gigi sy selalu ngilu klu kne ais batu huhuhuh

    BalasPadam
  8. salam ustaz,
    akk pun terjangkit ngilu bila baca berita2 tadi.

    BalasPadam
  9. ari:

    Salam Mbah.

    Itulah, mungkin benar Halimaton itu anak emas. Lagipun, memang kesilapan biasa orang tua kita, bila anak pandai sekolah mereka yakin anak itu akan pandai dan baik dalam kehidupan. Itu tidak semestinya kan Cikgu?

    Oh, ruginya saya terlepas perbincangan itu;p

    Terima kasih ya Mbah;-)

    BalasPadam
  10. sya:

    Salam Kak Sya.

    Iya benar, dunia sekarang ni semakin menakutkan. Tragedi dan bahaya ada di mana-mana. Manusia pula sudah hilang kemanusiaan.

    Saya suka dengan ayat Kak Sya itu:

    "dalam diri, hanya tinggal organ hati tanpa perasaan... macam robot..."

    Terima kasih Kak Sya;-)

    BalasPadam
  11. zulkbo:

    Salam Bang Zul.

    Semoga kuat iman dan taqwa kita bang Zul duduk di dunia kita sekarang ni.

    Al-Fatihah, amin..

    Terima kasih Bang Zul;-)

    BalasPadam
  12. Fid:

    Salam Kak Fid.

    Saya suka ayat Kak Fid tu:

    'bukan nyilu dah menyiat2 hati'

    .. ayat yang mampu ngilu juga tu Kak Fid. Ngilu membayangkan hati yang disiat-siat.

    Terima kasih Kak Fid;-)

    BalasPadam
  13. Afida Anuar:

    Salam Afida.

    Sekadar berkongsi cerita yang menjadi berita Afida;P

    Itulah kan. Semoga apabila sampai ajal kita nanti, harapnya semoga dalam keadaan Husnul Khatimah. Amin.

    Terima kasih Afida;-)

    BalasPadam
  14. Abd Razak:

    Salam Abd Razak.

    Bersama-samalah kita bermujahadah melawan hawa nafsu untuk menjauhi larangan-larangan Allah, Amin.

    Terima kasih Abd Razak;-)

    BalasPadam
  15. sahromnasrudin:

    Salam Sahrom.

    Hehe. Insya Allah, kita di sini faham yang macam diceritakan ini sahaja;P

    Saya pula kurang minum air dicampur ais batu.

    Terima kasih Sahrom;-)

    BalasPadam
  16. temp. housewife:

    Salam Kak Nur.

    Iya benar. Memang ngilu hati, ngilu gusi dan ngilu gigi membaca pelbagai berita di akhbar mutakhir ini.

    Terima kasih Kak Nur;-)

    BalasPadam