22/04/2010

Selagi Kita Sihat


Selagi Kita Sihat



Maksud hadith:

"Rebutlah oleh kamu LIMA sebelum LIMA:
Hidup sebelum Mati, Sihat sebelum Sakit,

Lapang sebelum Sibuk, Muda Sebelum Tua

dan Kaya sebelum Miskin".




Alhamdulillah, hari Khamis yang baik. Siapa sudah tengok KAIJI? Saya sekarang boleh diumpamakan seperti babak ketika Kaiji dan kawan-kawannya semasa mereka sedang melintas sebuah titian kecil antara dua buah bangunan tinggi mencakar langit.

Saya mahu menjerit kepada diri sendiri. Bertahanlah dan teruskan melangkah! Saya perlu menyelesaikannya. Terlanjur sudah melangkah dan menerima cabaran, berundur bukan pilihan. Ayuh! Tinggal 30% saja lagi.. Whoahh! Bertahanlah dan teruskan melangkah!!!

Hehe.. maaf ya. Saya sedang memberi semangat kepada diri sendiri;p



Masih ingat hadith 'Lima sebelum Lima' yang pernah kita bincangkan beberapa hari yang lalu. Malam ini kita menyambung lagi perbincangan berkaitan hadith itu.

Islam adalah agama yang menyeru penganutnya untuk sentiasa memerhatikan kesihatan. Lihat sahaja pada Rukun Islam yang lima. Selepas mengakui Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad sebagai Rasul, ada tuntutan kepada solat, puasa, zakat dan haji. Keempat-empat tuntutan itu sangat menuntut kepada kesihatan. Sepatutnya seorang muslim perlu sentiasa menjaga kesihatan dirinya agar dapat menyempurnakan Rukun Islam dengan baik.

Sebagai manusia, sihat dan sakit umpama pergantian siang dengan malam. Setiap yang sihat pasti akan merasai sakit kerana tanpa sakit tiadalah yang dinamakan sihat. Antara hak seorang muslim dengan muslim yang lain ialah untuk saling menziarahi sewaktu salah seorangnya sakit. Tuntutan menziarahi saudara kita yang sakit, antara lain adalah agar kita mensyukuri nikmat kesihatan yang kita miliki.
1. Sentiasa menjaga kesihatan diri. Setiap muslim wajib menyimpan cita-cita untuk mengerjakan haji ke Mekah. Kewajipan haji tidak hanya menuntut persediaan wang ringgit. Haji juga mengingatkan kita untuk berusaha agar sentiasa sihat dan cergas. Biasakan diri berjalan atau berjogging kerana antara rukun haji ialah Tawaf, Melontar dan Sai yang tentunya lebih berat daripada riadah jogging.

2. Membandingkan kesakitan yang kita alami dengan kesakitan orang yang lebih teruk dan berat. Antara cara untuk hidup sihat ialah dengan menganggap sakit yang kita alami adalah kecil dan mudah berbanding orang lain. Ini kerana, kesihatan dan kekuatan diri untuk melawan penyakit sangat berkait dengan pemikiran dan anggapan kita kepada penyakit atau kesakitan yang sedang kita alami.

3. Menggunakan kesihatan untuk melakukan ibadah dan usaha dengan baik kerana kita pasti satu hari kita akan sakit dan kemampuan untuk berusaha dan beribadah pasti akan berkurangan.
Justeru, pada malam Jumaat yang berkat ini, saya mengingatkan diri kita sendiri dan saudara yang sudi membaca bingkisan ini. marilah kita pergunakanlah nikmat sihat yang sedang kita nikmati ni sebaik-baiknya.

12 ulasan:

  1. salam ustaz..
    alhamdulillah mengingati balik
    perkara yang kadangkala mudah
    sanagt kita lupa..

    BalasPadam
  2. salam ustaz,
    bila sakit tu kita sedang diuji Allah kan. satu lg bila kita sabar bila sakit, dosa2 kecil pun terhapus kan. Betul tak ustaz? Knur ni takut pulak tersalah fakta.

    BalasPadam
  3. salam ustaz..lama tak meninggalkan cap jari disini..semoga ustaz sihat walafiat hendaknya...

    BalasPadam
  4. salam ustaz.
    salam ukhwah.
    salam singgah.

    5 perkara tu senang tuk dihafal tp amat sukar nak dilaksanakan tanpa kekuatan iman.

    semoga Allah pelihara ana dan ustaz serta semua muslim didalam kerahmatannya.

    BalasPadam
  5. bila kita sakit baru la kita merasakan betapa ruginya nikmat sihat itu tidak dimantfaatkan sepenuhnya...huhu

    BalasPadam
  6. Salam Ustaz, Biler kt terpilih utk sakit tu maknanya kt masih disyangi oleh Allah kan ustaz?

    BalasPadam
  7. zulkbo:

    Salam Bang Zul.

    Alhamdulillah. Sama-samalah kita saling mengingatkan Bang Zul. Kan kita manusia ini, mudah terlupa, terutama tentang perkara yang sangat dekat dengan kita.

    Terima kasih Bang Zul;-)

    BalasPadam
  8. temp. housewife:

    Salam Kak Nuradyani.

    Iya, begitulah yang pernah diberitahu oleh Baginda Rasulullah (SAW) kak Nur. Apbila sakit tu kita sedang diuji Allahdan jika kita sabar ada jaminan pengampunan dosa dan ganjaran pahala.

    PS: Jika ada fakta saya yang tersalah di blog ini, tolong cepat-cepat tegur saya ya Kak Nur;-)

    Terima kasih Kak Nur;-)

    BalasPadam
  9. sahromnasrudin:

    Salam Sahrom.

    Ha'ah lama juga Sahrom tidak mengecop jari di kuanter ini;-)

    Semoga kita dan keluarga semua, selalu sihat walafiat, Amin;-)

    Terima kasih Sahrom;-)

    BalasPadam
  10. jeman:

    Salam Jeman.

    Selamat datang ke blog ini. Salam ukhwah.

    Iya benar tu Jeman, lima perkara itu senang hendak dihafal tetapi amat sukar untuk dilaksanakan. Kuncinya ialah bersyukur..

    Semoga Allah memelihara kita serta semua muslim didalam petunjuk dan kasih sayang NYA, Amin Ya Rabb Al-Alamin;-)

    Terima kasih Jeman;-)

    BalasPadam
  11. syahbandar87:

    Salam Syah.

    Semoga Allah menjadikan kita menghargai nikmat sihat dan memanfaatkan nikmat yang besar dan mahal itu. Amin.

    Terima kasih Syah;-)

    BalasPadam
  12. Momma Mia:

    Salam Momma Mia.

    Mudah-mudahan begitulah hendaknya. Apapun,saya berdoa semoga kita selalu dikasihi dan disayangi Allah SWT, Amin.

    Terima kasih Momma Mia;-)

    BalasPadam