13/04/2010

Ngilu dan Malu!


Ngilu dan Malu!



(MANSOR bersama Siti Rohani (dua dari kiri) serta sanak saudara menyaksikan majlis pernikahan Eezalela dan Hassan Aqeel menerusi sidang video menggunakan Skype di St Gabriel, Los Angeles, di rumahnya di Lorong Al-Falah, Batu 7, Simpang Renggam, Johor, semalam. KLIK SINI untuk berita lanjut) - Harap maklum. Berita ini tidak termasuk dalam isu 'Ngilu dan Malu' ya.
Alhamdulillah, hari Selasa yang baik. Saya dalam keadaan yang baik dan dapat menjalani kehidupan dengan baik. Anda bagaimana? Saya selalu berdoa, anda yang membaca blog ini agar sentiasa berada di bawah limpahan kasih sayang Allah (SWT).

Semalam saya menulis tentang ngilu? Ngilu ke nyilu? Alhamdulillah, post semalam menjadi antara post blog ini yang agak popular dan banyak dibuka. Hari ini kita bercerita lagi tentang ngilu. Tentang berita yang membawa ngilu dan malu.

Ada dua berita 'ngilu dan malu' yang hendak kita kisahkan malam ini. Berita yang membuat orang bujang seperti kami-kami ini, boleh menarik nafas lega sedikit kerana masih membujang. (Hehe, ni kira ayat-ayat nak pujuk diri sendiri la ni;p)

Pertama, kisah 'suami simbah cuka getah ke muka isteri' yang berlaku di negara kita minggu lalu. Dengarnya, hari ini si suami itu dijatuhkan hukuman 6 tahun penjara dan 2 sebatan. Kesian. Apapun, kita tidak tahu apa sebenarnya masalah mereka itu. Mengikut apa yang diberitakan, mungkin si suami malang itu 'jiwa kacau' kerana isterinya 'bermain sms' dan tidak mahu pula telefon bimbitnya dilihat suami. Dikatakan si isteri melecur lapan peratus di bahagian muka. Mengapa agaknya ya sampai jadi begitu? Ish, memang ngilu dan malu.

Satu lagi kisah yang berlaku di Indonesia. Seorang lelaki bujang ditangkap sedang berasmara dengan seorang isteri orang. Selepas ditangkap, kedua-duanya diarak keliling kampung dalam keadaan bogel! Masya Allah. Kemudian diikat di sebatang tiang dan dipukul oleh penduduk kampung. Astaghfirullah. Dosa bertingkat-tingkat, dan bertambah-tambah. Mulanya kerana pasangan itu berzina sememangnya berdosa. Kemudiannya yang orang kampung mengarak mereka dalam keadaan bogel itu, ikut hukum mana pula? Islam tidak pernah ada hukum begitu. Memang satu berita yang 'ngilu dan malu' bagi kita umat Islam.

PS: Dengarnya ada berita orang Malaysia kita yang duduk di Amerika kahwin guna Skype. Eh, bukan kahwin guna Skype, mereka tunjuk majlis kahwin guna Skype untuk family di Malaysia tengok. Ehem, besok jika ada jodoh, ehem-ehem, pembaca blog ini bolehlah tengok saya di Skype jugak. Bersiaran langsung tu. Doa-doalah ya;-)

PSP: Dengar lagi. Halimaton batal hasrat kahwin. Syukur Alhamdulillah. Kadang-kadang, orang tua kita ni, bila tengok anak pandai kat sekolah, dia yakin anak akan pandai dalam hidup. Tidak semestinya kan.





BERITA NGILU dan MALU 1
Pasangan berzina diarak bogel keliling kampung

BANDA ACHEH 8 April 2010 - Seorang guru bersama kekasihnya yang merupakan isteri orang, diarak bogel mengelilingi kampung mereka setelah didapati berzina sebelum dipukul oleh penduduk dan kini berdepan hukuman sebat di khalayak umum.

Guru itu yang hanya dikenali sebagi Bus, berusia 36 tahun ditangkap semasa mengadakan hubungan seks dengan seorang suri rumah Yus, 28, di Acheh oleh penduduk kampung.

"Penduduk kampung menyerbu rumah wanita itu dan mendapati mereka sedang berdua-duaan," kata pegawai penguatkuasa Syariah Aceh Barat, Teuku Abdurrazak.

"Mereka kemudiannya ditarik keluar dan diarak berbogel keliling kampung, diikat di sebatang tiang dan dipukul menggunakan kayu serta tangan mereka sehingga lebam dan biru.

"Penduduk kampung sangat marah... jika polis lambat tiba di tempat kejadian, pasangan itu mungkin mati," kata Abdurrazak.

Menurutnya lagi, pasangan itu kini berdepan hukuman sembilan sebatan jika didapati bersalah berzina.

Aceh melaksanakan sebahagian undang-undang Syariah pada 2001 sebagai sebahagian daripada pakej autonomi dari Jakarta bertujuan untuk menghapuskan sentimen puak pemisah.

SUMBER: AFP






BERITA NGILU dan MALU 2

Suami simbah asid kena 6 tahun, 2 sebatan

Oleh Irwan Shafrizan Ismail
irwansha@bharian.com.my
2010/04/13

KUANTAN: Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan terhadap seorang penganggur selepas mengaku bersalah atas tuduhan menyimbah cuka getah terhadap isterinya apabila keinginannya untuk melakukan hubungan seks ditolak.

Ketika menjatuhkan hukuman itu terhadap Supian Hani Ismail, 47, Hakim Irwan Suainbon menegaskan mahkamah memandang serius kesalahan dilakukan tertuduh yang sepatutnya melindungi isterinya. Irwan memerintahkan hukuman penjara dilaksanakan bermula hari ini.

KLIK SINI untuk berita lanjut

12 ulasan:

  1. salam ustaz..
    macam2 perangai manusia
    petanda dunia akhir zaman

    BalasPadam
  2. Salam ustaz, alhamdulillah, saya pun dalam keadaan baik, segar dan bugar lagi..hehe... asyik keluar berita ngilu pilu malu je sejak dua menjak entry ni...huhuhu..

    bila macam2 kepincangan yang timbul di luar rumah, rasa macam tak nak amik tahu pasal dunia luar rumah langsung. Tapi kene ambil tahu jugak kan?

    BalasPadam
  3. salam ustaz
    opsss
    sungguh memalukan
    yaaa kita tak boleh menghukum apakah yang sebenar kita tak tahu
    tapi aisehh ai malu laaaaa

    BalasPadam
  4. macam-macam kes kinek tok
    baruk zaman tok
    zaman anak-anak kita kelak macam ne ndak kah
    lagik nyiluk

    BalasPadam
  5. Salam...

    Ngiluk gigi mek maca :):)
    Macam-macam jak berlaku kinek tok...urang dah sik waras kerana nurut gilak nafsu

    BalasPadam
  6. salam ustaz...tak fahamla, org yg berzina dgn org kampungnya sama2 pendek akal..pandai2 menguhukum manusia guna hukum ciptaan sendiri..saya pun ngilu hati

    BalasPadam
  7. zulkbo:

    Salam Bang Zul.

    Iya benar Bang Zul. Macam-macam ada perangai manusia di dunia akhir zaman ni.

    Terima kasih Bang Zul;-)

    BalasPadam
  8. Afida Anuar:

    Salam Fida.

    Yarhamkallah.

    Pastikan kita sentiasa segar dan bugar umpama bunga mawar yang mekar dan harum.

    Itulah Fida, manusia akhir zaman ni, ngilu gigi dan ngilu hati kita dibuatnya.

    Terima kasih Fida;-)

    BalasPadam
  9. Fid:

    Salam Kak Fid.

    Opsss, i wrote it again tentang ngilu malam ini.

    'Ya, kita tak boleh menghukum apakah yang sebenar kita tak tahu tapi aisehh ai malu you';p

    Terima kasih Kak Fid;-)

    BalasPadam
  10. Hida Naza:

    Salam Hida.

    Auk eh. Macam-macam kes nektok. Zaman akan datang macam ne ndak kah. Ngiluk gigi dan ngiluk ati kita mikirnya.

    Terima kasih Hida;-)

    BalasPadam
  11. Abd Razak:

    Salam Abd Razak.

    Saya pun ngiluk gigi, ngiluk gusi dan ngiluk ati koh:):)

    Saya suka dengan ayat kitak ya Razak:

    "Macam-macam jak berlaku kinek tok...urang dah sik waras kerana nurut gilak nafsu"

    Terima kasih Razak;-)

    BalasPadam
  12. sirna:

    Salam Dr Sirna.

    Iya benar kata doktor tu. Saya ngilu ati mengenangkan pasangan itu dan ngilu hati memikirkan tindakan penduduk kampung itu.

    Terima kasih Doktor;-)

    BalasPadam