23/04/2010

Percayalah, umat Islam adalah masyarakat yang paling banyak membaca... (Salam Hari Buku Sedunia)


Percayalah, umat Islam adalah masyarakat
yang paling banyak membaca...
(Salam Hari Buku Sedunia)



Selamat Hari Buku Sedunia! Percayalah, umat Islam adalah masyarakat yang paling banyak membaca. (Saya sedang berada dalam debaran...) - Begitulah yang saya tulis di dinding FaceBook saya pagi tadi.
Hari ini adalah hari Jumaat, yang merupakan hari paling saya suka dalam seminggu. Alhamdulillah hari ini adalah hari yang indah dan baik. Saya mendoakan semoga anda juga, Amin. Hari ini seperti yang kita sedia maklum, adalah Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Jadi, selamat ya. Oh, semalam 22 April pula adalah Hari Bumi Sedunia kan. Selamat juga;-)

Tadi semasa Jumaat, khatib di tempat anda bersolat berkhutbah tentang apa? Di tempat saya, khatib berkhutbah tentang amanah, setiap kita adalah pemegang amanah dan tentang pemimpin dan kepimpinan.

Kembali ke perbincangan sebenar kita. Adakah anda percaya? Percayalah, umat Islam adalah umat yang paling banyak membaca. Buka sahaja mata awal pagi, kita sudah baca doa bangun tidur. Bangkit dari tempat tidur hendak masuk ke bilik air, baca doa masuk bilik air. Keluar bilik air baca doa keluar bilik air. Keluar rumah hendak ke masjid/ surau, baca doa keluar rumah dan doa memandu. Sampai di masjid hendak masuk ke masjid baca doa masuk masjid. Dalam solat lagi baca surah, doa dan bacaan solat yang lainnya. Pendek kata, umat Islam adalah umat yang paling banyak membaca. Dan kebanyakkan apa yang kita baca itu adalah dari Al-Quran dan hadith Rasulullah (SAW). Kedua-dua sumber bacaan itu adalah sumber terbaik di dunia sehingga hari kiamat.

Tetapi cukupkah sekadar membaca?

Insya Allah, kita sama-sama tahu jawapannya. Sebelum mengakhiri tulisan ini, saya suka berkongsi sebuah kata-kata hikmah yang saya hafal ketika kali pertama membacanya beberapa tahun dahulu dan kekal saya hafal sehingga kini. Cuma, saya tidak tahu, milik siapakah kata-kata yang indah ini.
Bacalah yang terbaik dari yang kamu jumpa. Tuliskan yang terbaik dari apa yang kamu baca. Hafalkan yang terbaik dari yang kamu tulis. Berbicaralah dengan yang terbaik dari apa yang kamu hafal.



Info Hari Buku Sedunia 2010
Hari Buku Sedunia diraikan setiap tahun pada 23 April.

Bermula pada tahun 2001, sebuah bandar dipilih oleh UNESCO, IPA, IBF dan IFLA sebagai Ibu Kota Buku Sedunia; dimulai dengan Madrid (2001), Alexandria (2002), New Delhi (2003), Antwerp (2004), Montreal (2005), Turin (2006), Bogotá (2007), Amsterdam (2008) dan Beirut (2009).

Ibu Kota Buku Sedunia 2010 adalah Ljubljana di Slovenia, menewaskan calon-calon kota lain seperti Vienna, Lisbon, St. Petersburg, Riga, Guadalajara dan Wellington. Ibu Kota Buku Sedunia 2011 pula ialah Buenos Aires (Argentina). Manakala pencalonan untuk Ibu Kota Buku Sedunia 2012 telah tamat pada 31 Mac 2010 mengikut waktu Perancis.


Syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh sesebuah bandar untuk dinobatkan sebagai Ibu Kota Buku Sedunia adalah:

1. Penyerahan senarai program termasuk aktiviti yang akan diadakan oleh bandar tersebut sepanjang setahun penobatannya sebagai Ibu Kota Buku Sedunia; aktiviti-aktiviti tersebut haruslah istimewa dan hanya khusus diadakan untuk mendapatkan penobatan serta bukan aktiviti tahunan yang biasa;

2. Penglibatan semua tahap pada peringkat perbandaran, wilayah, nasional dan antarabangsa serta ukuran sejauh mana potensi aktiviti yang diadakan boleh memberi impak meluas;

3. Jumlah dan mutu jalinan kerjasama yang sedang berjalan di bandar tersebut dengan pihak profesional nasional dan antarabangsa yang mewakili penulis, penerbit, penjual buku dan pustakawan.

4. Jumlah dan mutu pelbagai aktiviti lain yang mempromosikan buku dan budaya membaca.

5. Memenuhi prinsip kebebasan ekspresi, kebebasan menerbit dan kebebasan menyebar maklumat seperti yang digariskan Perlembagaan UNESCO, Artikel 19 dan 27 Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia dan Perjanjian Florence.

SUMBER: http://bukuria-malaysia.com/2010/04/ibu-kota-buku-sedunia/



6 ulasan:

  1. saya ni nama je kata suka membaca...tapi br perasan hari ni hari buku sedunia. thanks ustaz for this little reminder :)

    boleh buat posting psl buku kejap lagi :)

    BalasPadam
  2. Salam ustaz, saya pun tatau semalam hari buku sedunia..huhu..nama je suka baca buku..alahai...

    whuaaaaa, kenapa malaysia tak termasuk senarai...

    BalasPadam
  3. salam hari buku sedunia ustaz.

    BalasPadam
  4. alamak, baru tahu hari buku sedunia semalam

    BalasPadam
  5. saya suka membaca, baca buku teks... :P

    membaca, perlu juga dilihat dari segi bahan bacaannya. bimbang penyakit yang menular dalam masyarakat kita terutama remaja sekarang yang semakin rajin membaca, tapi baca bahan yang tidak sepatutnya.

    semoga kita semua dapat manfaat dari apa yang dibaca... :)

    BalasPadam
  6. Salam semua.

    Terima kasih kerana membaca blog ini dan meninggalkan komen. Maaf, tidak sempat dibalas.

    PS: Sila baca post terbaru ya.. tentang buku sulung saya yang bakal berada di pasaran pada bulan Ramadan ini.

    BalasPadam