Isnin, April 19, 2010

Baby Hana Update: Email dari ibu Hana


Baby Hana Update: Email dari ibu Hana



(Baby Hana)

Salam semua. Sebelum itu, saya memohon berbanyak-banyak maaf untuk komen, mesej dan email anda yang belum saya jawab. Saya dalam keadaan yang agak kritikal sekarang oleh 'sesuatu' yang sangat penting yang perlu dibereskan sebelum bulan April ini berakhir. Mohon doakan saya ya;-)

Insya Allah, esok saya akan meluangkan masa untuk itu semua kerana komen, mesej dan email dari anda yang sudi menghantarnya adalah sangat penting bagi saya..;-)

Kembali kepada kisah baby Hana. Mohon saudara semua memberi cadangan untuk kita sama-sama bantu saudara seagama kita yang sedang dalam ujian ini. Di bawah adalah email dari ibu baby Hana yang saya terima semalam.


Ingat lagi dengan baby Hana?
Baby Hana yang sedang sakit yang saya ceritakan tempoh hari...
Jika anda sudah lupa, sila KLIK SINI;-)

Di bawah adalah screenshot email dari ibu baby Hana kepada saya..


(Email dari ibu Baby Hana)

Assalammualaikum
Saya Rohaiza Binti Ishak. Ibu kepada Hana. Tujuan saya menghantar email ini kerana saya terbaca komen ustaz di blog uncle joe. Ustaz menanyakan maklumat tentang kami. Di bawah ini ada sedikit maklumat mengenai kami.
Nama Ayah : Mohemed Helmi B. Mohamed Aris
Nama Ibu : Rohaiza Bt Ishak
Nama bayi : NurHannah
Alamat : No 52, Jln PJ8 Tmn Pengkalan Jaya, Bukit Katil Melaka.

Saya harap dengan maklumat yang tak seberapa ini bolehlah ustaz bantu kami sekeluarga. Mungkin ada antara teman2 malahan ustz sendiri yang kedudukannya lebih rapat dengan Allah, maka doanya lebih makbul. Saya dan suami mengucapkan terima kasih di atas usaha ustz. Hanya Allah yang lebih layak utk membalasnya. Kalau tidak menyusahkan, hebahkan lah bantuan yang saya pinta ini kepada teman2. Doakan agar NurHannah dipulihkan kerosakan otaknya, dijauhkan dari kecacatan dan boleh membesar seperti kanak2 yang sempurna. Amin.


9 ulasan:

  1. Sedihnya pagi2 dengar cite ni. Nak sangat tau lebih lanjut pasal bb hana ni dan cara mana kita boleh bantu dia ustaz? Saya baru nak baca link2 berkaitan ni..terlepas membacanya sebelum ini.

    BalasPadam
  2. Salam ustaz.. Simpati betul Kat adik hana.. Sebelum nie sy x pernah pun dapat e-mail mengenai adik hana. Saya akan ikuti perkembangan adik hana... Saya ada tulis entry mengenai adik hana dalam blog saya .. Semoga pn Rohaiza tabah menghadapi ujian ini.. Insya'allah

    BalasPadam
  3. dbalkis:

    Salam Puan Dayang Balkis.

    Iya, sedih dan simpati. Saya pun menolong setakat yang mampu.

    Pertama kita berdoalah untuk Hana dan ibu ayahnya. Semoga mereka tabah, dan seperti permintaan Cikgu Rohaiza, berdoalah kita semoga Hana dilindungi daripada kecacatan otak.

    Saya ada alamat email Cikgu Rohaiza, Balkis boleh email dan beri kata-kata semangat kepada beliau. Mereka perlukan sokongan buat masa ini.

    Terima Kasih Balkis;-)

    BalasPadam
  4. emma:

    Salam Emma.

    Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Teringin saya hendak menziarahi Hana dan famili, tetapi jarak kami dipisahkan laut china selatan.

    Sama-samalah kita berdoa, semoga Hana terhindar daripada apa yang ditakuti oleh Cikgu Rohaiza, Amin Ya Rabb Al-Alamin.

    Terima kasih Emma;-)

    BalasPadam
  5. Terima kasie ustaz- Boleh la kirenya ustaz bagi saya e-mail add pn rohaiza.

    BalasPadam
  6. Insya Allah sama2lah kita tolong doakan utk adik Hana ni.

    BalasPadam
  7. emma:

    Salam Emma.

    Maaf lambat respon di sini ya. Ini contact Cikgu Rohaiza:

    Email: rozex_3056@yahoo.com
    Mobile Number: 013-3502554
    Address: No. 52, Jln PJ8, Tnm Pengkalan Jaya, Kampong Bukit Katil, Malaysia 75460.

    Terima kasih Emma;-)

    BalasPadam
  8. temp. housewife:

    Salam Kak Nur.

    Sama-samalah kita berdoa Kak Nur, Amin.

    Terima kasih Kak Nur;-)

    BalasPadam
  9. salam...

    apa cerita terbaru adik hana?ada perkembangan yg baik?

    BalasPadam