Sabtu, April 17, 2010

Berehat bersama Kaiji Ito


Berehat bersama Kaiji Ito




Sejak pagi tadi, saya mengambil keputusan untuk berehat. Bukan kerana saya letih atau tertekan, cuma ya, sekadar mahu berehat. Mengikut petua 'berhenti semasa panas' agar selepas itu boleh meletup dan menjerit "EUREKA!!". Hehe;-)

Malam ini saya mahu berehat bersama KAIJI ITO. Siapa itu Kaiji Ito? Beliau adalah hero dalam filem Jepun yang sedang meletup itu - KAIJI THE ULTIMATE GAMBLER. Sebuah filem thriller psikologi menarik dari Jepun yang sangat mengujakan dan sebenarnya menyampaikan banyak mesej motivasi.

Insya Allah, sambungan untuk post semalam akan saya siarkan esok. Ok, saya mahu menonton sekarang. (Sebenarnya , saya sudah menonton sampai 30 minit pertama hari itu, tetapi saya perlu tangguhkan sehingga malam ini untuk menontonnya sehingga habis).









Kaiji: The Gambler Ultimate adalah sebuah filem thriller psikologi dari Jepun yang sangat menarik, mendebarkan dan mengujakan. Dibintangi oleh Fujiwara Tatsuya sebagai Kaiji. Filem ini berdasarkan manga (komik Jepun) oleh Nobuyuki Fukumoto's yang telah terjual lebih dari 11 juta naskah. Kaiji seorang pemuda 26 tahun yang 'jiwa kacau' dan malas. Hidup terumbang ambing. Suka bertukar kerja yang akhirnya dia terperangkap untuk menyertai perjudian dalam sebuah kapal mewah.

Apakah yang berlaku seterusnya? Mengapakah filem ini menarik bagi saya?

Saya perlu menonton filem ini sehingga habis dulu untuk menjawabnya;-)


6 ulasan:

  1. Salam ustaz cahaya, lama dah tak layan citer jepun. Last tengok, 1 litre of tears kut. Tu pun tak habis..huhu. C

    PS: ustaz tak tengok bola eh malam ni?

    BalasPadam
  2. salam ustaz
    macam nak join tgk laa
    kakak
    tapii kak fid benci filem jepun
    apakah..kalau drama akak layannn...

    BalasPadam
  3. Afida Anuar:

    Salam Fida.

    Saya memang peminat manga (komik) Jepun. Maka saya pun tertunggu-tunggu KAIJI difilemkan. Yang bestnya, pemilihan pelakon untuk filem ini memang tepat. Lagi saya suka, pada dialog-dialog yang mengandungi banyak mesej motivasi.

    Ps: Saya ni dalam kategori orang yang tonton bola empat tahun sekali iaitu semasa final World Cup;p

    Terima kasih Afida;-)

    BalasPadam
  4. Fid:

    Salam Kak Fid.

    Saya adalah peminat kipas susah mati manga Jepun. Sebab itu saya tertunggu-tunggu filem KAIJI ni. Hehe, saya tak banyak tonton filem Jepun.

    Apakah? Hehe, sedangkan Kak Fid pernah duk di Jepun;-)

    Terima kasih Kak Fid;-)

    BalasPadam
  5. zulkbo:

    Salam Bang Zul.

    Ikut selera saya, memang menarik bang Zul. pemilihan pelakon untuk filem ini memang tepat. Lagi saya suka, pada dialog-dialog yang mengandungi banyak mesej motivasi dalam filem ini.

    Terima kasih Bang Zul;-)

    BalasPadam