Satu masa, seorang Perdana Menteri mengadakan jamuan minum petang bersama seorang Perdana Menteri negera lain. Majlis itu dihadiri ramai pembesar dari kedua-dua buah negara; sama ada negara tuan rumah mahupun negara yang datang bertamu.
Majlis itu diadakan di rumah Perdana Menteri tersebut. Cawan, piring, pinggan, sudu, garpu, mangkuk dan lain sebagainya yang digunakan dalam majlis itu adalah antara khazanah negara yang mahal-mahal dan sangat bernilai. Ada antaranya yang berusia ratusan tahun dan merupakan khazanah sejarah negara. Tentulah pinggan mangkuk pada pasangan suami isteri Perdana Menteri yang bertamu adalah lebih istimewa daripada pembesar yang lainnya.
Al-maklumlah, negara tuan rumah adalah negara yang terkenal dengan bahan-bahan seperti itu. Serata dunia mengenali negara itu sebagai negara yang pakar dan hebat dalam pembuatan Cawan, piring, pinggan, mangkuk, sudu dan garpu yang cantik, unik dan tiada tandingan di dunia ini.
Selepas jamuan, perdana menteri negara tuan rumah naik ke atas pentas untuk memberikan ucapan. Masa inilah beliau 'perasan' beberapa orang isteri tetamu yang hadir memasukkan sudu, garpu, piring dan mangkuk yang kecil ke dalam tas tangan mereka yang besar-besar dan mahal-mahal itu.
Maka, perdana menteripun jiwa kacau melihat keadaan itu. Ucapannya pun mula hilang fokus dan akhirnya ucapan itu dihentikan cepat. Selalunya, perdana menteri ini bila berucap punyalah panjang lebar. Mungkin kerana itu, beberapa orang isteri tetamu yang hadir merasakan beliau tidak nampak mereka sedang mengambil sudu, garpu, piring dan mangkuk itu.
Selepas perdana menteri mengakhiri ucapannya, tibalah giliran perdana menteri negara tetamu memberi ucapan dan selepas itu pula ada persembahan kebudayaan dari kedua-dua negara. Perdana menteri negara tuan rumah mengambil kesempatan ini untuk berbincang dengan isterinya.
Perdana menteri negara tuan rumah dan isterinya ke bahagian belakang pentas dan berbincang. Bagaimana caranya untuk menyelamatkan sudu, garpu, piring dan mangkuk yang diambil itu dengan cara yang paling bijak dan halus. Mereka tidak boleh memalukan tetamu tersebut kerana hubungan diplomatik antara kedua negara boleh terjejas sekiranya tetamu malu dengan apa yang berlaku.
Dan...
Inilah masalah yang hendak kita bincangkan. Mohon anda berikan cadangan anda ya. Bagaimana caranya untuk menyelamatkan sudu, garpu, piring dan mangkuk yang diambil itu dengan cara yang paling bijak tetapi berkesan. ;-)
salam ustaz,
BalasPadamaduh susahnya ni. Knur ingat nak cari tips mcmmana memberi teguran secara berhemah. Mungkin PM tu perlu memberi contoh kes tapi tidak menyebut nama2 dan mengingatkan secara halus.
Salam.
BalasPadamBuat pertandingan timbang berat dengan Hadiah lumayan berbanding sudu garpu (klu ble pakai duit peribadi PM lerrr).
Timbang berat boleh dilakukan semasa keluar pintu slps habis acara... hehehe....
temp. housewife:
BalasPadamSalam Kak Nur.
Ha'ah kan. Inilah antara cabaran yang selalu saya hadapi iaitu bagaimana cara terbaik untuk menegur orang lain. Baik orang itu lebih kecil atau lebih dewasa daripada saya.
Terima kasih Kak Nur.
ari:
BalasPadamSalam Cikgu Ari.
Hehe, menarik juga tu main timbang berat beg. Beri hadiah kepada yang paling ringan ya. Dan hadiah lebih mahal daripada barang yang hilang.
Terima kasih ya Mbah;-)
Buat treasure hunt..kena cari semula sudu dan garpu...
BalasPadamHanz:
BalasPadamSalam Hanz.
Hehe, kreatif jugak idea itu. Buat-buat macam semua orang sembunyikan barang-barang dalam beg masing-masing;-)
Terima kasih Hanz;-)