Rabu, April 14, 2010

ORANG BUKAN ISLAM MENEMUI KEAJAIBAN SOLAT


ORANG BUKAN ISLAM
MENEMUI KEAJAIBAN SOLAT






(Image By faizal_0306)

Malam ini kita berkongsi cerita tentang solat. Cerita tentang seorang non-muslim yang mengkaji tentang solat dan menemui keajaiban solat. Keajaiban itu ialah bahawa masa paling tenang bagi seseorang ialah ketika dalam solat. Benarlah seperti kebiasaan Rasulullah (SAW) ketika menyuruh Bilal (RA) untuk melaungkan azan; Baginda (SAW) akan berkata kepada Bilal, 'Rehatkan kami dengan solat'.

Sebenarnya ini cerita lama. Saya baca ini dalam suratkhabar tahun 2008 begitu. Namun, rasanya tidak salah kita mengulang dan mengingati kisah lama, sekali-sekala, mungkin boleh jadi pengingat kepada yang lupa.

Cuma, yang kurang enaknya ialah, pada tahun lepas seingat saya. Ada seorang pendakwah tu (Ustaz) datang ke tempat saya ini untuk berceramah sempena Maal Hijrah. Ustaz ini boleh dikatakan agak terkenal juga. Kerap juga masuk televisyen dan jika tidak silap ada buku. Apa yang saya agak kurang setuju dengan Ustaz ini ialah, dia tidak suka kajian tentang solat ini dibesar-besarkan, bimbang orang nanti solat kerana berkehendakkan kebaikan-kebaikan itu, jadi bukan kerana Allah lagi.

Apapun, itu persepsi Ustaz itu. Mungkin dari segi kelulusan dan gelaran, dia lebih tinggi daripada saya. Namun, persepsi beliau itu agak kurang enak dan tidak positif bagi saya. Kena pula itu ceramah umum, jika dalam perbualan tertutup dengan sesama ahli agama mungkin tidak mengapa kot. Sebenarnya ustaz itu 'komplen' satu program tv itu, yang membincangkan tentang keajaiban dan kebaikan solat.


ORANG BUKAN ISLAM
MENEMUI KEAJAIBAN SOLAT


(Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah
dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains)

Ng Siew Chok; Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Melaya (UM), bersama dua orang lagi Professor di UM telah menjalankan kajian saintifik terhadap solat yang pertama di Malaysia. Menurut Siew Chok, otak dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Dalam bidang kejuruteraan perubatan, ketenangan fikiran (otak) dapat diukur menggunakan EEG (electroencephalography)-sejenis alat untuk mengukur gelombang otak.

Gelombang otak jenis Alfa(813hz) merupakan keadaan tenang. Siew Chok mendapati, semasa I’tidal (berdiri selepas solat sebelum sujud dengan thoma’ninah); isyarat Alfa daripada gelombang otak orang yang bersolat meningkat dengan mendadak.

Peningkatan mendadak isyarat Alfa membuktikan otak sangat tenang pada ketika itu. Beliau merumuskan semasa I’tidal dengan thoma’ninah adalah masa yang paling tenang dalam solat.

Pada setiap akhir sesi ujikaji, Siew Chok mendapati keadaan fizikal dan mental selepas seseorang mendirikan solat berada dalam keadaan segar dan tenang seperti baru bangun dari tidur yang cukup.

Siew Chok merumuskan solat boleh menjadi sesi refreshment untuk seseorang sebelum meneruskan rutin kehidupan yang memerlukan banyak tenaga baik fizikal dan kekuatan mental dalam mengharungi cabaran dan masalah hidup.

Antara keajaiban solat yang ditemui oleh Ng Siew Chok dan dua orang rakannya mendapati:


1. Umat Islam bertuah kerana solat wajib yang dilakukan 5 waktu sehari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otak dan fizikal.


2. Komposisi tubuh terbaik bagi seorang manusia boleh diperolehi dengan solat wajib lima kali sehari, kefahaman terhadap apa yang dibaca dalam solat, solat berjamaah, dan rukuk dan sujud dengan tepat/betul.


3. Didapati orang yang solat berjamaah lebih tenang dan sihat berbanding orang yang solat bersendirian.


4. Solat boleh merawat ED (erectly disfunction) atau lebih dikenali sbagai mati pucuk.


5. Menurut pakar, pesakit jantung perlu melakukan senaman 30minit setiap hari dan ini menyamai solat wajib yang lima.

Lebih daripada itu, banyak lagi penemuan oleh pakar-pakar Islam mahupun bukan Islam yang membuktikan keajaiban, kepentingan dan kebaikan solat terhadap manusia.

Antaranya ialah penemuan Dr Moh Sholeh; seorang doctor perubatan di Indonesia yang mendapati solat sunat tahajjud boleh merawat barah. Lagi, penemuan tiga orang doktor di Jepun yang mendapati solat mencegah dan merawat sakit sendi dan tulang pada umur tua.

Kesimpulannya; Melakukan solat belum tentu dapat memperolehi kebaikan-kebaikan tersebut andai solat kita tidak tepat dalam perlaksanaannya.

Kebaikan hasil solat itu tentu hanya dapat diperolehi dan dirasai dengan solat yang betul dan tepat dalam perlaksanaannya. Selebihnya; matlamat solat itu (sebagaimana yang dikehendaki Allah) hanya dapat dicapai oleh orang yang menghadirkan seluruh dirinya menghadap Allah semasa solat.

Bagaimana yang dikatakan orang yang menghadirkan seluruh dirinya manghadap Allah ketika solat? Itulah orang yang hadir jasadnya, mindanya, akalnya, hatinya dan jiwanya ketika solat. Akhirkata, hanya dengan ilmu kita akan memahami dan memperolehinya. Ingat, amalan tanpa ilmu ibarat pokok tidak berdahan dan tidak berbuah.

WALLAHU’ALAM.








10 ulasan:

  1. indah!
    tiada yang sia sia...semuanya untuk hambaNYA

    BalasPadam
  2. Salam ustz.
    alhamdulillah saya telah pun membeli buku itu. Terlalu banyak ibadat dalam Islam telah dikaji. Malah non muslim mengkaji alQuran melebihi daripada orang Islam sendiri..Mereka lebih tau kebaikan ibadat daripada setengah2 orang Islam..Tapi kuasa anugerah nur dan inayah adalah dari Allah jua.

    BalasPadam
  3. Salam..
    macam2 orang kaji yek?
    kenyataan rasulullah saw
    dah berusaha untuk memudahkan umatnya
    peristiwa isrq mikraj...

    BalasPadam
  4. Salam...

    Walapon dah ada urang bukan Islam kaji tentang kelebihan solat tapi mun sik ada hidayah, tetap juak nya dalam kekufuran. Kita doa jak moga sidak nya dpt petunjuk dan hidayah.

    BalasPadam
  5. Fid:

    Salam Kak Fid.

    Solat itu memang indah. Maha Suci Allah yang tidak akan menyuruh kita melakukan
    perkara yang sia sia. Semua kebaikannya adalah kembali kepada kita para hambaNYA.

    Terima kasih Kak Fid;-)

    BalasPadam
  6. Mama Tanjong:

    Salam Kak Mama Tanjong.

    Alhamdulillah.

    Hikmah tentang ibadat dalam Islam tidak akan habis dikaji. Namun, kita-kita ini sahaja yang agak liat dan berat untuk melakukan ibadat dengan baik dan sempurna.

    Iya saya setuju dengan Kak MT:

    "kuasa anugerah nur dan inayah adalah dari Allah jua".

    Terima kasih Kak Mama Tanjong;-)

    BalasPadam
  7. zulkbo:

    Salam Bang Zul.

    Sememangnya kita dituntut untuk berfikir, memerhati dan mengkaji bang Zul.

    Saya tidak tahu di tempat lain, jika di tempat saya ini, tak sudah-sudah nak bercerita bab fiqah mula dari taharah dan pelbagai lagi persoalan yang payah-payah. Isu-isu yang kadang-kadang tidak perlu pun untuk dibincangkan kerana agak mustahil untuk terjadi.

    Jangan terkejut bang Zul, ada seorang pak cik tu, kami duduk sebelah-sebelah dalam satu kuliah agama. Boleh pak cik tu tanya pada Ustaz yang ceramah, batal tak wuduk jika kita istinjak? Dah Ustaz tu jawab batallah kan. Pak cik tu jawab balik kata tak batal, kerana pakai sarung tangan katanya. Astaghfirullah, dah buang air itu tak batalkah?

    Terima kasih Bang Zul;-)

    BalasPadam
  8. Abd Razak:

    Salam Abd Razak.

    Auk eh, hidayah ya tetap milik Allah. Allah lebih tauk. Insya Allah urang bukan Islam yang mengkaji, semoga sidaknya dapat petunjuk dan hidayah, Amin.

    Terima kasih Abd Razak;-)

    BalasPadam
  9. Salam,

    Knp ustaz x letak link share dlm blog ni...ada beberapa artikel dlm blog ustaz ni yg menarik minat saya dan saya nak kongsikan kpd rakan2 saya dkt facebook tapi tak dapat sebab takda link share...Saya harap ustaz boleh letak link share...Teria Kasih...

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama:

    Salam;-)

    Terima kasih untuk cadangan. Nanti saya ikhtiarkan ya.

    Untuk Facebook, boleh share guna url satu-satu artikel. Contohnya artikel ini, urlnya:
    http://ustazcahaya.blogspot.com/2010/04/orang-bukan-islam-menemui-keajaiban.html/

    Terima kasih ya;-)

    BalasPadam