Sabtu, Disember 19, 2009

Blues Maal Hijrah: Saya Mahu Jadi Golongan Yang Sedikit


  Blues Maal Hijrah:
Saya Mahu Jadi Golongan Yang Sedikit




Photobucket

TERJEMAHAN:

"Maka tatkala Thalut keluar membawa tenteranya, dia berkata: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan suatu sungai. Maka siapa di antara kamu meminum airnya, bukanlah dia pengikutku. Dan siapa yang tidak meminumnya, kecuali menceduk seceduk tangan, maka dia adalah pengikutku." Kemudian mereka meminumnya kecuali beberapa orang di antara mereka. Maka tatkala Thalut dan orang-orang yang beriman bersama menyeberangi sungai itu, orang-orang yang telah minum berkata: "Tidak ada kemampuan kami pada hari ini untuk melawan Jalut dan tenteranya." Orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Allah berkata: "Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar."

(Al-Quran, Surah Al-Baqarah, 2: ayat 249)


Ramai orang mudah untuk menyatakan keazaman tahun baru, ramai boleh merangka perancangan baru dan ramai juga langsung tidak mengambil tahu masa sudah berlalu. Namun, yang tidak ramai ialah, orang yang berjaya untuk berusaha dan mengorak langkah yang gigih untuk mencapai keazamannya. Juga, tidak ramai orang yang berusaha untuk menjayakan rancangannya. Namun, betapa ramai yang berundur dari medan usaha dan perjuangan.



Itulah sebabnya, sempena tahun baru hijrah ini; antara azam saya ialah untuk termasuk dalam golongan yang sedikit itu. Daripada sekian ramai orang yang berazam, hanya sedikit yang gigih untuk mencapai keazamannya. Daripada sekian ramai yang merancang, hanya sedikit orang yang berusaha untuk menjayakan rancangannya. Lebih menyedihkan, daripada sekian ramai manusia yang hidup, hanya sedikit yang memerhatikan peredaran masa dan melakukan sesuatu terhadap kehidupannya yang semakin hari, semakin hampir kita kepada kematian. 



Pakar kewangan negara kita, Azizi Ali, dalam bukunya 'Jutawan Dari Planer Jupiter' ada menulis; ramai orang gagal dalam pengurusan kewangan kerana mereka mengikut majoriti. Semasa ramai orang membeli dan berbelanja, mereka ikut berbelanja. Jika ramai orang melabur, mereka ikut melabur. Mereka merasa selamat mengikut apa yang dilakukan oleh ramai orang. Mereka rasa rugi, takut dan bersalah jika melakukan perkara yang tidak dilakukan oleh orang ramai. Contohnya, tidak membeli-belah ketika musim jualan murah. Ia kelihatain janggal menjadi 'unik' dan 'minoriti'. (Bukan dipetik, sekadar apa yang saya faham dan ingat- mungkin ada terlebih terkurang)

Sempena maal hijrah ini, saya berharap saya boleh menjadi orang yang unik dan minoriti. Saya berazam untuk memperjuangkan impian dan cita-cita saya dan saya tidak mahu mengalah kepada golongan yang majoriti, yang hanya pandai menidakkan, merendahkan, dan mempertikaikan apa yang saya perjuangkan.

Kita hidup di dunia ini sebagai khalifah. Khalifah berjuang untuk keredhaan Allah, dan setiap perjuangan meraih redha Allah, pasti akan dibantu Allah. Hakikatnya, hanya sedikit yang benar-benar berjuang menuju redha Allah dan lebih sedikit lagi yang akan berjaya. Saya percaya itu.

PS: Saya ada sebuah kisah berkenaan golongan yang sedikit ini, yang selalu saya gunakan dalam tazkirah dan ceramah saya. Insya Allah, cerita itu saya simpan untuk esok ya.

8 ulasan:

  1. Assalamualaikum Ustaz. Ustaz memilih menjadi golongan yang sedikit,saya pula memilih menjadi golongan yang asing. Di akhir zaman, golongan asing adalah sedikit. Terasa ingin berbicara panjang dengan ustaz, tetapi masa tidak mengizinkan kerana ada urusan penting yang harus diselesaikan dahulu. Apabila segalanya selesai saya akan hubungi ustaz. Jika turun ke KL, hubungi saya. Nanti saya berikan no h/p. Wassalam.

    BalasPadam
  2. salam ziarah..
    yer..mmG di akhir zaman ini yG sedikit itulah kebenaran, perjuangan, keazaman, kebaikan, keadilan & segalanya yG p0sitif..
    kerana yG sedikit ini adalah minoriti, yG minoriti ini adalah Islam..Islam turun dalam keadaan asinG dan berakhir dalam pGasingan juga..
    m0ga kita sama2 trmasuk di dalam g0longannya

    BalasPadam
  3. Salam Ma'al Hijrah 1431H dari ana buat ustaz sekeluarga. Semoga tahun yang bertambah ini seiring bertambahnya kefahaman dan kecintaan kita kepada Islam. Ameen ya Rabb~

    BalasPadam
  4. biar sedikit asal berkualiti daripada banyak seperti buih di lautan tapi tiada berguna, kan ustaz...salam tahun baru 1431 H

    BalasPadam
  5. Mybabah:

    Wa'alaikumusalam wrb, Bang Samsudin. Terima kasih atas keinginan abang untuk berbicara dengan saya. Saya juga begitu. Saya sekarang di Bintulu, Sarawak. Insya Allah dalam 2010, mungkin ada sekali dua kali yang saya memang perlu ke sana.

    Mungkin kita boleh berbicara lewat telefon atau menggunakan Skype sahaja bang.

    Terima kasih, abang telah memberi sokongan moral kepada saya di blog ini;-)

    BalasPadam
  6. Azrai Ahmad Zamri:

    Wa'alaikumusalam wrb, terima kasih kerana berziarah ke sini dan memberikan penambahan idea yang bernas kepada post ini.

    Kekal berhubung dengan saya ya, semoga kita menjadi golongan yang unik dan sedikit di akhir zaman ini.

    BalasPadam
  7. Izzah Al-Maliziyyah:

    Salam Ma'al Hijrah 1431H juga dari saya buat saudari Izzah dan keluarga. Semoga kita sentiasa dikasihi Allah. Amin.

    BalasPadam
  8. sahromnasrudin:

    Iya bener tu Shahrom, saya setuju;-)

    Salam Maal Hijrah 1431. Semoga kita menjadi muslim yang lebih baik. Saya juga berdoa, semoga Shahrom dan keluarga selalu disayangi Allah (SWT). Amin;-)

    BalasPadam