Hari AIDS Sedunia Bagi Umat Islam
Post ini sepatutnya saya terbitkan semalam, 1 Disember 2009. Berkebetulan pula semalam adalah hari lahir ibu saya; dan saya juga ingin memperingati ulangtahun peristiwa bulan senyum yang terjadi tahun lepas, makanya post ini saya terbitkan hari ini. Pagi tadi saya mendengar juruhebah di radio mencadangkan pendengar mengenakan sekurang-kurangnya reben merah. Saya pula hari ini mengenakan baju berwarna merah. Hari AIDS ini bukanlah bermaksud kita menyokong mereka yang melakukan perbuatan yang menyebabkan jangkitan dan penularan penyakit tersebut. Sebagai muslim, kita sepatutnya berfikiran lebih bijak, jauh dan adil.
Tidak dinafikan, HIV dan AIDS adalah disebabkan oleh perbuatan maksiat dan dosa. Namun, sebagai manusia yang punya akal, kita harus ingat; Di luar sana, ada mangsa AIDS yang merupakan suri rumah yang mendapat jangkitan daripada suami yang tidak kuat menjaga diri, ada anak yang mendapat jangkitan kerana dilahirkan oleh penghidap AIDS, ada yang teraniaya kerana kemalangan dan kecuaian.
Saya tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Shaikh Ismail Muhammad yang saya baca dalam akhbar Berita Harian, hari Selasa minggu lepas.
Di bawah adalah petikan berita dalam akhbar Berita Harian, Selasa 24 November, 2009:
Kuala Lumpur: Kerajaan perlu memikirkan kaedah terbaik memperkasakan institusi masjid dalam menyediakan pusat perlindungan kepada golongan memerlukan terutama peghidap HIV/ Aids dan anak yatim sebagai alternatif pusat perlindungan yang diwujudkan oleh penganut agama lain.
Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Shaikh Ismail Muhammad berkata, tanggungjawab itu tidak seharusnya diserahkan kepada bukan Islam kerana ia menjejaskan imej Islam, malah akidah umat Islam boleh terpesong.
Beliau berkata, pihak tidak bertanggungjawab cenderung mengambil peluang daripada kemiskinan umat Islam.
"Sudah tiba masanya umat Islam membantu mereka yang memerlukan bagi mengelak pihak luar campur tangan",
-Tan Sri Shaikh Ismail Muhammad, Imam Besar Masjid Negara-
samelah2 kita hindari diri kita dan keluarga dari hiv/aids.. sesungguhnya aids membunuh.. =)
BalasPadampsst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.
Putra Al-Maliki->>
BalasPadamTerima kaseh atas sokongan.
Insya Allah..