Tiga Kisah Selipar (Bahagian 2)
(Ini adalah bahagian kedua post ini.
Jika anda belum membaca bahagian pertama,
anda boleh klik sini untuk membacanya)

KISAH SELIPAR 3
(SUSUNAN SELIPAR dan KASUT TANDA AWAL DIDIKAN SOLAT)

Allah (SWT) tidak memerlukan apapun daripada manusia dan makhluk-NYA yang lain. Semua amal ibadah yang diperintahkan adalah untuk kemaslahatan manusia sendiri. Begitu juga dalam soal solat; Allah sebagai Tuhan yang Haq tidak perlu kepada manusia menyembah-NYA. DIA (Allah) tetap Tuhan Yang Maha Besar dan Maha Agung waima tidak ada seorang manusia pun yang menyembah-NYA.
Manusia yang sebenarnya memerlukan solat. Manusia mesti menyembah Allah melalui solat cara Islam sebagai memperakui dan menyedari mereka adalah hamba dan Allah adalah Tuhan. Semua manusia secara semulajadinya mengakui adanya Tuhan dan merasakan satu tuntutan jiwa untuk menyembah Tuhan. Perhatikan agama dan kepercayaan apa sekalipun di dunia ini; semuanya mempunyai upacara sembahan.
Dalam Islam, kualiti solat diukur melalui khusyuk. Khusyuk tidak hanya terlihat semasa solat, malah nampak kesannya di luar solat (sesudah solat). Jika solat wajib dimulakan dengan suci dan bersih, semua orang Islam yang menunaikan solat seharusnya menjaga kebersihan dalam segala aspek kehidupan; baik kebersihan tempat, badan, fikiran, hati, dan harta.
Solat juga mengajarkan disiplin, maka orang yang menunaikan solat harus menjadi seorang yang berdisiplin. Orang yang biasa melakukan solat tepat pada waktunya harus menjadi seorang yang berdisiplin terhadap waktu dalam kehidupannya. Sepatutnya, hasil didikan solat adalah orang yang menghargai dan menepati waktu.
Solat mengajarkan manusia untuk sujud dan sujud membentuk kerendahan hati. Maka seharusnya di mana pun seorang mukmin itu berada dia hidup dengan kerendahan hati. Kerendahan hati adalah peribadi yang unggul. Orang yang memiliki keunggulan peribadi adalah seorang yang terampil. Kerendahan hati tidak bermaksud lemah, menyendiri dan mengalah. Lebih daripada itu, kerendahan hati ialah keberanian dan keyakinan berhadapan dengan sesiapapun.
Islam mengajarkan tertib dalam solat. Seharusnya, seorang Muslim adalah orang yang tertib dan sopan dalam setiap aspek kehidupannya. Seorang muslim yang tertib adalah orang yang teratur dan terancang kehidupannya. Juga, tertib dan terjaga tutur katanya. Apapun yang dilakukannya, dimulai dengan berfikir sebelum bertindak dan dia menjaga tindakan dan perbuatannya.
Menurut Aa Gym (Pendakwah Terkemuka Indonesia-Malaysia), kualiti solat jamaah di sesebuah masjid dan surau antaranya tergambar melalui susunan alas kaki (kasut dan selipar) di luar masjid dan surau. Alas kaki yang tersusun dan teratur di luar tempat solat menggambarkan peribadi jamaah yang bersih, disiplin, rendah hati dan tertib.
Seorang yang bersih adalah seorang yang kemas diri, pakaian dan tempat di mana dia berada. Begitu juga dalam hal kecil berkaitan alas kaki yang ditinggalkan di luar rumah Allah. Ketika ingin memasuki rumah Allah, tempatkanlah selipar dengan baik dan kemas. Bermula daripada orang yang awal tiba dan diikuti oleh yang terkemudian. Semua jamaah harus mengamalkan disiplin menyusun selipar sebelah-menyebelah dengan baik. Tidak perlu ada orang yang menjaga di pintu masuk masjid untuk mengingatkan perkara yang kecil tapi penting ini.
Solat mengajarkan tertib dan adab. Begitu juga ketika masuk dan keluar daripada Rumah Allah. Ketika masuk, masing-masing jamaah menempatkan selipar dan kasut dengan teratur dan kemas. Begitu juga ketika keluar daripada masjid dan surau. Setiap jamaah harus menjaga adab dan tertib ketika hendak memakai semula selipar dan alas kaki masing-masing. Jangan sampai tersepak alas kaki orang lain dan jangan sampai merosakkan susunan yang dibuat sebelumnya.
Insya-Allah, jika sebelumnya alas kaki disusun dengan kemas dan teratur, kemudian jamaah keluar juga dengan beradab dan tertib, tidak susah untuk mendapatkan semula selipar dan kasut masing-masing.
Jika sebelum memulakan solat dan selepas habis solat, umat Islam boleh mengaplikasikan didikan-didikan solat; yang dipraktikkan dalam hal susunan selipar dan kasut, Insya-Allah selepas itu kita dapat mengaplikasikan prinsip-prinsip didikan solat dalam kehidupan. Jika sejurus sebelum solat dan selepas solat (iaitu semasa hendak masuk dan keluar daripada masjid dan surau); kita tidak mengamalkan prinsip bersih, disiplin, tertib dan rendah hati, bagaimanakah keadaannya selepas jauh dari tempat solat. Apakah akan meresap prinsip-prinsip solat dalam kehidupan kita?
Kesimpulannya, marilah kita sama-sama menjaga adab ketika masuk dan keluar dari Rumah Allah untuk bersolat. Mulakan dengan menyusun selipar dan kasut dengan kemas. Sesudah selesai solat, keluarlah dari Rumah Allah dengan tertib dan rendah hati. Insya-Allah, biarpun tabiat ini nampak kecil, semoga dengan kesungguhan kita menyempurnakan perkara yang kecil tetapi penting, Allah (SWT) akan memberikan kita kemudahan dalam menyempurnakan perkara yang lebih besar dan lebih penting.

“Oleh kerana kami belum mampu melakukan yang besar-besar, kami mulakan dari alas kaki sahaja dulu yang tertib”. (Aa Gym)
“Aa berharap alas kaki di masjid tersusun dengan rapi. Aa selalu berdiri di depan pintu masjid untuk mengatur alas kaki. Lama-kelamaan para pelajar jadi malu dan akhirnya ikut menyusun alas kaki”.
(Komarudin; Pelajar Aa Gym di Daarut Tauhid)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan