11/12/2009

Kita Sebagai Blogger Muslim


  Kita Sebagai Blogger Muslim

 



Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan blogger saya iaitu SisMukhlisah. Nak tahu mengapa?


Sejak malam tadi, saya sudah mula 'rasa tak sedap badan'. Sampai la malam ini, badan saya rasa tidak selesa, agak panas. Tekak pula merasa kering dan seperti berpasir. Jadinya, saya agak bermasalah untuk menerbitkan post untuk hari ini.

Walaupun sebenarnya, saya ada simpanan draf artikel yang saya boleh gunakan pada saat 'kecemasan' seperti ini, namun dek ketidakselesaan badan saya ini membuatkan minda dan perasaan saya juga tidak begitu selesa.. iyalah, sudah namanya sebatang tubuh, cubit paha kanan paha kiri terasa juga. Rasa tak sedap badan, minda dan hati pun terasa juga:-)

Alhamdulillah, mujurlah SisMukhlisah menggunakan komen yang saya tinggalkan di blog beliau menjadi post terbaru di blog beliau.


Sebagai blogger Muslim, berdakwahlah mengikut kemampuan, kemahiran dan kepakaran masing-masing. Blogging dengan mengamalkan dan berpandukan ajaran Islam yang sebenarnya sehingga menjadi contoh yang baik kepada orang lain adalah dakwah.

Mengajarkan orang lain ilmu yang bermanfaat adalah dakwah. Membantu orang lain adalah dakwah.


Dakwah itu luas dan mudah sekiranya dilakukan dengan kefahaman yang tepat serta dilakukan mengikut kemampuan masing-masing.

Kita sebagai blogger muslim tidak sepatutnya menyempitkan pemahaman dan skop berdakwah melalui blog dengan menganggap hanya tulisan yang berbentuk keagamaan sahaja yang dianggap dakwah. Sesungguhnya kefahaman sebegitu adalah kurang tepat dan boleh melemahkan umat Islam.




 .. saya perlu berehat. Mungkin esok lebih segar dan boleh menulis dengan baik seperti biasa,
mudah-mudahan.. Amin'

2 ulasan:

  1. Rehat dan tidur awal. Mungkin juga kepenatan minda kerana kejutan 'tugasan' yang datang serentak.

    Insya-Allah moga esok lebih sihat dan bertenaga. Chaiyok! Chaiyok! Ustaz.

    BalasPadam
  2. Kak Mas, terima kasih.. Ni dah okey dah ni:-) Alhamdulillah.. berkat doa kak mas jugak;-)

    BalasPadam