Hari Jumaat datang lagi. Hari Jumaat hari ini, walaupun mendung, tetap indah, dan seperti biasa, hari Jumaat adalah hari kesukaan saya. Petang tadi, kami sekeluarga berkumpul di KFC bersama keluarga sebelah ayah saya, menyambut hari jadi anak sepupu saya yang masuk usia setahun. Erm, dah setahun umur anak sepupu saya itu yang umur dia dan suaminya lebih muda daripada saya;-)
Tahun 2009 hampir menutup tirainya dan hampir kita tinggalkan. Sedar tidak sedar, sudah 10 tahun saya berada di jalan dakwah. Bermula pada tahun 1999 ketika saya menunggu keputusan SPM. Saya mengambil keputusan untuk mengajar di Madrasah Al-Islamiyyah Darul Ulum (MADU), Bintulu. Itu adalah garis permulaan perjalanan saya di jalan dakwah.
Seminggu sudah berlalu tahun baru Hijrah. Seminggu pula lagi, akan memasuki tahun baru Masehi. Insya Allah, saya sedang menulis dua artikel terakhir untuk Disember 2009 di MomBloggersPlanet.com. Salah satu artikel tersebut bertajuk 'Islamic Guide To Step Into The New Year', yang Insya Allah, akan saya tulis juga dalam versi bahasa Melayu untuk blog ini. Jika anda membaca post ini, tolong doakan agar saya mampu menulisnya ya. Sebelum 29 Disember 2009.
Kemudian saya memasuki jalan penuh berliku, yang sebenarnya adalah episod untuk Allah menunjukkan kepada saya segala kelebihan dan kekurangan diri saya. Selepas itu, saya memasuki peringkat untuk mendakwah diri sendiri- yang masih berterusan hingga sekarang. Dalam masa sama, sama terus mendidik diri, berlatih dan belajar berdakwah kepada orang lain.
Hendak dikatakan berpengalaman, belum ada kejayaan yang saya mampu tunjukkan sepanjang 10 tahun saya di jalan ini. Namun, sesunggunya, ilmu dan hikmah yang saya telah perolehi adalah banyak. Semuanya kurniaan dan nikmat Allah (SWT).
Hendak bercakap soal penentangan, prasangka, prejudis, kata tohmah, tentangan dan cabaran yang didatangkan oleh orang lain terlalu banyak. Dalam post ini, saya hanya ingin menunjukkan kepada anda dua daripada cabaran yang saya hadapi dalam seminggu ini, di arena dakwah di internet. Namun, saya 'cool' saja, tidak ambil berat pun dengan cabaran tersebut. Hanya huruf dan kata-kata, apalah adanya.
(Seorang muslimah yang masih muda remaja, menulis dalam blog beliau tentang pendapat beliau tentang amalan bida'ah- membaca doa awal dan akhir tahun. Saya setuju itu, cuma saya komen di post tersebut, ingin menegur cara beliau yang kurang tepat dan berhikmah bagi saya. Tidak sangka pula, beliau menulis satu post khusus untuk menjawab dan 'menembak' saya. Di atas adalah jawapan saya kepada post yang beliau khususkan untuk saya itu)
(Ini pula, kata-kata seorang hamba Allah yang emosi dan geram kepada saya, kerana saya mengatakan sesat kumpulan yang berzikir seperti dalam video di bawah)
Assalamualaikum Ustaz. Sekitar 15-20 tahun dahulu saya mendalami ilmu fikh kerana minat yang mendalam dalam isu-isu yang berkaitan bidaah dalam ibadah. Dikatakan orang golongan ini golongan wahabi. Satu perkara berharga yang saya pelajari masa itu ialah jangan sekali-kali bertaklik dalam ibadah. Ketahui sumbernya sama ada daripada al-Qur'an, sunnah atau dalam kalangan sahabat sehingga ke mazhab. Mulanya terdapat konflik untuk menyuarakan penemuan saya dalam aspek ini, namun masa mematangkan saya. Kematangan untuk menerima pendapat orang lain dan matang ketika memberikan hujah. Kita kena faham bahawa tugas kita hanya menyampaikan tetapi Allah jua penentu segalanya. Dua perkara yang saya ambil berat ketika itu hingga sekarang, iaitu solat (solat benar-benar mengikut sunnah) dan membaca al-Qur'an secara tartil dan memahami isinya. Masa terus berlalu dan pendirian saya pada fahaman agama yang saya anuti kekal begitu. Saya akan terus mempelajari sesuatu dgn berpegang kuat dua sumber hukum (al-Qur'an dan hadis)sehingga ke akhir hayat. Wallahualam.
BalasPadamperkara bidaah datang dari "peninggalan perkara sunnah". makin jauh sunnah dalam hidup kita, makin dekat bidaah kepada kita. makin dkt sunnah dalam hidup kita, makin jauh bidaah daripada kita.
BalasPadamwallahua'lam.. moga allah memilih saya di jalan orang yang benar.
Mybabah:
BalasPadamWa'alaikumsalam wrb, Bang Samsudin. Terima kasih, penambahan yang baik.
Saya hormat sikap abang yang sanggup belajar dan mendalami agama. Rasanya abang lebih baik daripada saya.
PS: Oh ya, kadang-kadang, anak muda macam saya ini, dalam hendak menegakkan sunnah, dan membebaskan diri daripada taklid dan fanatik, tanpa sedar.. bertaklid dan fanatik pula kepada tokoh tertentu.
rinozeen:
BalasPadamTerima kasih. Iye bener.
Teringat semasa berlakunya, perbezaan pendapat antara Saidina Abu Bakar (RA) dan Saidina Umar (RA) dalam hal mengumpulkan Al-Quran menjadi sebuah mushaf.
Saidina Abu Bakar menganggap perkara itu adalah bida’ah kerana tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah (SAW) dan beliau khuatir perkara tersebut adalah salah dan boleh membawa kesan buruk kepada umat.
Setelah Saidina Umar menerangkan rasional cadangan tersebut, Saidina Abu Bakar mengambil masa berfikir dan berbincang dengan beberapa sahabat yang lain. Akhirnya, Saidina Abu Bakar bersetuju dengan cadangan tersebut setelah menimbangkan kepentingan dan kesan positif usaha menjadikan Al-Quran sebagai sebuah mushaf kepada umat Islam pada masa itu hingga ke hari akhir.
Inilah contoh ‘perbezaan pendapat yang membawa rahmat’ yang sesuai dengan maksud Baginda Rasulullah (SAW).
Salam alaikum ...maaf..
BalasPadamSebaiknya video ini tidak diambil untuk tatapan umum, pada mereka yang mengerti pasti tiada kontroversi..tetapi pada hati2 yang cenderung menghukum..pasti ianya menjadi fitnah pula..
“Sesungguhnya (wajib) beruntung bagi mereka yang membersihkan (hati) dan (dengan) berzikir menyebut nama Tuhannya (serta) mendirikan Solat.”
Al-A’laa 14-15
“Dan serulah Ia (Allah) dengan mengikhlaskan agama bagiNya.”
Al-A’raaf 29
“Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.”
dan lagi…….
“Kerana itu ingatlah kepadaKu nescaya Aku ingat kepadamu dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan jangan kamu mengingkari nikmatKu.”
Al-Baqarah 152
“Jika engkau ingatkan Aku, Aku ingatkan engkau.”
“Dan hanya pada Tuhanlah hendaknya kamu berharap.”
“Dan barangsiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, niscaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar)”.(QS, Al Israa’ : 72)
“Maka apabila kamu telah menyelesaikan solat, ingatlah Allah pada masa berdiri, pada masa duduk dan pada masa berbaring.”
(An-Nisa’ : 103)
“Zikir khafi itu melebihi zikir jahri dengan 70 kali ganda. Setelah hari kiamat, Allah mengembalikan semua makhluk ke tempat perhitungannya. Dan malaikat penjaga membawa apa yang mereka jaga dan apa yang mereka catat. Allah berfirman kepada malaikat penjaga: Perhatikanlah, masih adakah sesuatu yang tersisa daripada (amalan) hamba-Ku? Mereka menjawab: Tidak ada satu pun yang kami tinggalkan darpada apa yang kami tahu dan yang kami jaga melainkan kami batasi dan kami tulis dengan sebenarnya. Maka Allah pun berfirman (kepada hamba-Nya): Sesungguhnya kebaikanmu ada pada-Ku. Dan Aku akan membalasnya. Kebaikanmu itu ialah zikir khafi.”
(Baihaqi)
Dalam sebuah hadith qudsi:
“Aku (Allah) bersamanya (hamba-Ku) apabila dia berzikir kepada-Ku. Maka jika ia mengingati aku di dalam hatinya, nescaya Aku ingat pula kepadanya dalam diri-Ku.”
(Bukhari)
Namun kita janganlah hendaknya menyempitkan makna zikir itu terbatas kepada sebutan-sebutan “Subahanallah” , “Allah”, “Laailahaillallah” dan seumpamanya sahaja. Kalau ketika itu kita sedang berfikir tentang kebesaran Allah, bermonolog dalaman menyatakan kasih sayang kita kepada-Nya, membaca al-Quran (terutamanya dengan pemahaman) dan seumpamanya masih di kira sedang berzikir, sedang ingat kepada Allah SWT. Zikir-zikir yang diutamakan oleh Hasan al-Banna ialah zikir-zikir yang ma’tsur, yang jelas datang daripada Nabi Muhammad saw untuk mengelakkan sebarang keraguan. Dalam buku “At-Tarbiatul Islamiyyah wa Madrasatul Hassan al Banna” karya Dr. Yusuf Qardhawi tertulis di sana “Sebaik-baik zikir ialah membaca al-Quran”.
Kata Imam Nawawi dalam Al-Adzkar: “Ketahuilah bahawa keutamaan zikir tidaklah terbatas kepada tasbih, tahlil, tahmid dan takbir serta yang seumpama dengannya, akan tetapi setiap orang yang beramal kerana Allah Taala dengan ketaatan, maka ia pun berzikir kepada Allah swt (juga).” Demikianlah yang dikatakan oleh Said bin Jubair ra dan ulama lainnya.
Hadith Rasulullah saw:
“Apabila seorang lelaki membangunkan isterinya pada waktu malam kemudian keduanya bersembahyang dua rakaat bersama-sama, maka keduanya ditulis sebagai lelaki dan perempuan yang banyak berzikir kepada Allah .”
(Abu Daud, Nasa’i & Ibnu Majah)
Sewaktu kita tiada sebarang pekerjaan, maka eloklah kita berzikir secara bersuara sebagaimana hadith yang dipetik oleh Hasan al Banna dalam risalahnya ini:
“Seorang lelaki berkata: “Wahai Rasulullah, syariat Islam terlalu banyak untuk saya. Sila beritahu saya suatu perkara yang saya boleh tumpukan”. Baginda bersabda: “Hendaklah lidahmu sentiasa basah kerana berzikir kepada Allah”.
(Turmizi)
Ada orang yang berzikir tetapi tidak lebih sebutan di mulut sahaja kerana hatinya memikirkan perkara lain. Berzikir di mulut dengan kehadiran hati adalah yang terbaik.
Maka jauhilah diri kita dari menghukum pada sesuatu yang diri kita sendiri tidak mengetahuinya...
Wallahualam
Jazakallah Khair..