01/12/2009

Cara Mengambil Screenshot


  Cara Mengambil Screenshot






Photobucket
(kekunci [Print Screen| SysRQ] pada keyboard computer)




Dalam tutorial ringkas ini, saya akan menunjuk-cara mengambil (membuat) screenshot untuk paparan di komputer kita. Screenshot diambil untuk pelbagai kegunaan dan adakalanya ia sangat penting terutama jika berkaitan membuat pembayaran di internet. Ramai juga menggunakan screenshot untuk membuat artikel tunjuk-cara atau tutorial.

Melalui post ini saya akan:
1.    Menunjuk cara mengambil screenshot untuk kegunaan biasa.
2.    Menunjuk cara mengambil screenshot untuk kegunaan membuat tutorial.

Mengambil screenshot Untuk Kegunaan Biasa


Cara mengambil screenshot untuk kegunaan biasa adalah mudah sahaja. Jika anda menggunakan komputer desktop, tekan kekunci [Print Screen| SysRQ] pada keyboard komputer anda. Jika anda menggunakan komputer riba, tekan kekunci [FN] dan [Print Screen| SysRQ] atau [FN] dan [insert| prt sc] serentak.




Photobucket
(Dalam bulatan kuning ialah kekunci [Print Screen| SysRQ] pada keyboard computer)




Photobucket
(kekunci [FN] dan [Print Screen| SysRQ] pada komputer riba)


Kemudian, buka program Paint dalam komputer anda. Di program Paint klik tab [Edit]. Kemudian klik paste. Sepatutnya screenshot yang anda ambil tadi akan dipaparkan dalam program Paint selepas anda klik paste.




Photobucket
(Program Paint)


Photobucket
(Di program Paint klik tab [Edit]. Kemudian klik paste.
Boleh juga menggunakan pintasan kekunci [ctrl] dan [v])


Photobucket
( Sepatutnya screenshot yang anda ambil tadi akan berada
dalam program Paint selepas anda klik paste)







Begitulah cara mengambil screenshot di komputer kita. Anda boleh edit screenshot tersebut menggunakan program Paint dan anda simpan. Dinasihatkan anda simpan screenshot anda dalam format JPG, JPEG atau GIF untuk memudahkan ia digunakan di internet.

Mengambil Screenshot Untuk Kegunaan Membuat Tutorial

Ada masanya anda perlu mengambil screenshot yang banyak untuk membuat sebuah artikel tunjuk-cara atau tutorial. Contohnya anda boleh lihat post di blog ini yang bertajuk “Email daripada Perompak Maybank”-Klik Sini untuk baca. Dalam post tersebut saya menggunakan banyak screenshot. Cara mengambil screenshot seperti yang ditunjukkan sebelum ini adalah tidak praktikal digunakan untuk tujuan ini. Cara di atas mengambil masa dan screenshot yang diambil tidak menunjukkan ‘cursor’ tetikus komputer kita.

Untuk post “Email daripada Perompak Maybank”, saya merakam paparan komputer saya secara ‘live’ semasa saya mendapat email tersebut dan membuat laporan kepada pihak Maybank.

Apa yang kita lakukan menggunakan komputer kita boleh dirakam dalam bentuk video dengan menggunakan perisian CamStudio. Sesudah selesai merakam menggunakan CamStudio, video tersebut kita boleh extract untuk mendapatkan gambar dalam format JPG dengan menggunakan perisian Free Studio- Video to JPG Converter. Tutorial berkaitan akan saya terbitkan pada masa akan datang

Jika anda ingin mendapatkan dengan percuma perisian CamStudio dan perisian Free Studio- Video to JPG Converter ; sila ikut langkah berikut:

1. Daftar sebagai Langganan Email RSS blog ini. Rujuk sidebar (sisi sebelah kanan blog ini) di bahagian atas sekali.
2. Setelah Langganan Email RSS anda diaktifkan, anda hantar email ke ustazcahaya@gmail.com dengan tajuk email [CamStudio dan Free Sudio].

(Sebenarnya saya menjual perisian CamStudio dengan harga USD9.90 di pasaran online. Namun untuk pembaca artikel ini, saya berikan percuma-untuk kegunaan sendiri sahaja. Sekiranya anda berminat untuk menjual atau menghadiahkan perisian CamStudio kepada orang lain, anda perlu membeli perisian tersebut daripada saya dengan harga seperti yang saya nyatakan iaitu USD9.90. Istimewa untuk pembaca blog ini, harga untuk anda boleh dirunding, sila email ke ustazcahaya@gmail.com harga yang anda ingin rundingkan).

Saya harap post ini bermanfaat untuk kita bersama. Sebarang soalan, teguran atau cadangan; sila tinggalkan di ruangan komen di bawah.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan