16/12/2009

KUIZ MAAL HIJRAH 1431 (Apa Yang Saya Tahu Tentang Hijrah?)


  KUIZ MAAL HIJRAH 1431
(Apa Yang Saya Tahu Tentang Hijrah?)





Photobucket

Malam esok, boleh dikatakan di kebanyakkan masjid dan surau akan mengadakan majlis sambutan Maal Hijrah. Hari Jumaat, 18 Disember 2009 adalah tahun baru bagi umat Islam bersamaan 1 Muharam 1431H. Saya agak teruja menunggu kedatangan malam esok. Bagaimana anda? Apakah anda ada rasa teruja atau biasa saja menyambut tahun baru Hijrah?
Sebenarnya, tahun Masehi dan tahun Hijrah sama penting dan perlu diperhatikan oleh kita sebagai umat Islam. Lebih daripada itu, peristiwa Hijrah ini adalah peristiwa besar yang perlu diketahui dan dihayati oleh setiap kita yang mengaku Islam dan beriman.
Dalam post hari ini, saya ingin membawa saudara bersama saya menilai diri kita; tentang apa yang kita tahu mengenai Hijrah. Saya sudah menyediakan sebuah kuiz yang ringkas dan mudah untuk tujuan itu. Jum, kita mulakan sekarang.



SEBELUM KITA BERMULA…

1. Ambil beberapa helai kertas tulis dan pen. Atau, anda boleh cetak kuiz ini. KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD FORMAT PDF kuiz ini, jika anda ingin mencetaknya.

2. Satu sahaja syaratnya; ANDA TIDAK BOLEH MEMBUAT RUJUKAN. Baca soalan dan jawab mengikut pengetahuan dan kemampuan anda pada masa ini.

3. Insya Allah, jawapan saya akan siarkan esok, 17 Disember 2009. 




_____________________________________________________________________________

SOALAN KUIZ:


1. Sebenarnya, tahun Masehi dan tahun Hijrah sama penting dan perlu diperhatikan oleh kita sebagai umat Islam, kerana kedua-dua sistem kelendar itu penting dalam soal ibadat khusus dalam Islam. Sila tuliskan kepentingan kedua-dua sistem kelendar Masehi dan kalendar Hijrah dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim:

2. Secara mudahnya, apakah yang anda tahu tentang Hijrah?

3. Boleh anda bercerita tentang beberapa peristiwa dalam sejarah Hijrah?

4. Adakah anda tahu salah seorang sahabat yang memainkan peranan penting dalam peristiwa Hijrah. Siapakah sahabat itu dan apakah peranan penting beliau?

5. Boleh anda tuliskan moto sambutan Maal Hijrah 1431 di negara kita tahun ini?

6. Sebagai muslim, apakah yang boleh anda lakukan untuk menjayakan moto Sambutan Maal Hijrah 1431 ini?

7. Apa azam Hijrah anda tahun ini? Senaraikan.

8. Boleh anda luangkan sedikit, untuk menilai diri dan menghayati sejarah Hijrah? Soalan terakhir ini tidak memerlukan jawapan, cuma lakukan ia sebelum malam esok.

_____________________________________________________________________________



Tiada ulasan:

Catat Ulasan