26/04/2010

Siaran Tergendala Sementara Waktu


Siaran Tergendala Sementara Waktu




Salam kepada saudara yang membaca ini. Dengan dukacitanya saya memaklumkan, siaran blog ini tergendala buat sementara waktu. Saya mencuba dan berusaha agar ke'tergendala'an ini tidak lama. Terima kasih kerana anda terus melawat blog ini. Harap maaf;-)

PS: Terimalah lagu istimewa dari saya untuk saudara. Ya, saya sedang bergemuruh jiwa dengan semangat membara ;D









Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti



23/04/2010

Percayalah, umat Islam adalah masyarakat yang paling banyak membaca... (Salam Hari Buku Sedunia)


Percayalah, umat Islam adalah masyarakat
yang paling banyak membaca...
(Salam Hari Buku Sedunia)



Selamat Hari Buku Sedunia! Percayalah, umat Islam adalah masyarakat yang paling banyak membaca. (Saya sedang berada dalam debaran...) - Begitulah yang saya tulis di dinding FaceBook saya pagi tadi.
Hari ini adalah hari Jumaat, yang merupakan hari paling saya suka dalam seminggu. Alhamdulillah hari ini adalah hari yang indah dan baik. Saya mendoakan semoga anda juga, Amin. Hari ini seperti yang kita sedia maklum, adalah Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Jadi, selamat ya. Oh, semalam 22 April pula adalah Hari Bumi Sedunia kan. Selamat juga;-)

Tadi semasa Jumaat, khatib di tempat anda bersolat berkhutbah tentang apa? Di tempat saya, khatib berkhutbah tentang amanah, setiap kita adalah pemegang amanah dan tentang pemimpin dan kepimpinan.

Kembali ke perbincangan sebenar kita. Adakah anda percaya? Percayalah, umat Islam adalah umat yang paling banyak membaca. Buka sahaja mata awal pagi, kita sudah baca doa bangun tidur. Bangkit dari tempat tidur hendak masuk ke bilik air, baca doa masuk bilik air. Keluar bilik air baca doa keluar bilik air. Keluar rumah hendak ke masjid/ surau, baca doa keluar rumah dan doa memandu. Sampai di masjid hendak masuk ke masjid baca doa masuk masjid. Dalam solat lagi baca surah, doa dan bacaan solat yang lainnya. Pendek kata, umat Islam adalah umat yang paling banyak membaca. Dan kebanyakkan apa yang kita baca itu adalah dari Al-Quran dan hadith Rasulullah (SAW). Kedua-dua sumber bacaan itu adalah sumber terbaik di dunia sehingga hari kiamat.

Tetapi cukupkah sekadar membaca?

Insya Allah, kita sama-sama tahu jawapannya. Sebelum mengakhiri tulisan ini, saya suka berkongsi sebuah kata-kata hikmah yang saya hafal ketika kali pertama membacanya beberapa tahun dahulu dan kekal saya hafal sehingga kini. Cuma, saya tidak tahu, milik siapakah kata-kata yang indah ini.
Bacalah yang terbaik dari yang kamu jumpa. Tuliskan yang terbaik dari apa yang kamu baca. Hafalkan yang terbaik dari yang kamu tulis. Berbicaralah dengan yang terbaik dari apa yang kamu hafal.



Info Hari Buku Sedunia 2010
Hari Buku Sedunia diraikan setiap tahun pada 23 April.

Bermula pada tahun 2001, sebuah bandar dipilih oleh UNESCO, IPA, IBF dan IFLA sebagai Ibu Kota Buku Sedunia; dimulai dengan Madrid (2001), Alexandria (2002), New Delhi (2003), Antwerp (2004), Montreal (2005), Turin (2006), Bogotá (2007), Amsterdam (2008) dan Beirut (2009).

Ibu Kota Buku Sedunia 2010 adalah Ljubljana di Slovenia, menewaskan calon-calon kota lain seperti Vienna, Lisbon, St. Petersburg, Riga, Guadalajara dan Wellington. Ibu Kota Buku Sedunia 2011 pula ialah Buenos Aires (Argentina). Manakala pencalonan untuk Ibu Kota Buku Sedunia 2012 telah tamat pada 31 Mac 2010 mengikut waktu Perancis.


Syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh sesebuah bandar untuk dinobatkan sebagai Ibu Kota Buku Sedunia adalah:

1. Penyerahan senarai program termasuk aktiviti yang akan diadakan oleh bandar tersebut sepanjang setahun penobatannya sebagai Ibu Kota Buku Sedunia; aktiviti-aktiviti tersebut haruslah istimewa dan hanya khusus diadakan untuk mendapatkan penobatan serta bukan aktiviti tahunan yang biasa;

2. Penglibatan semua tahap pada peringkat perbandaran, wilayah, nasional dan antarabangsa serta ukuran sejauh mana potensi aktiviti yang diadakan boleh memberi impak meluas;

3. Jumlah dan mutu jalinan kerjasama yang sedang berjalan di bandar tersebut dengan pihak profesional nasional dan antarabangsa yang mewakili penulis, penerbit, penjual buku dan pustakawan.

4. Jumlah dan mutu pelbagai aktiviti lain yang mempromosikan buku dan budaya membaca.

5. Memenuhi prinsip kebebasan ekspresi, kebebasan menerbit dan kebebasan menyebar maklumat seperti yang digariskan Perlembagaan UNESCO, Artikel 19 dan 27 Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia dan Perjanjian Florence.

SUMBER: http://bukuria-malaysia.com/2010/04/ibu-kota-buku-sedunia/



22/04/2010

Selagi Kita Sihat


Selagi Kita Sihat



Maksud hadith:

"Rebutlah oleh kamu LIMA sebelum LIMA:
Hidup sebelum Mati, Sihat sebelum Sakit,

Lapang sebelum Sibuk, Muda Sebelum Tua

dan Kaya sebelum Miskin".




Alhamdulillah, hari Khamis yang baik. Siapa sudah tengok KAIJI? Saya sekarang boleh diumpamakan seperti babak ketika Kaiji dan kawan-kawannya semasa mereka sedang melintas sebuah titian kecil antara dua buah bangunan tinggi mencakar langit.

Saya mahu menjerit kepada diri sendiri. Bertahanlah dan teruskan melangkah! Saya perlu menyelesaikannya. Terlanjur sudah melangkah dan menerima cabaran, berundur bukan pilihan. Ayuh! Tinggal 30% saja lagi.. Whoahh! Bertahanlah dan teruskan melangkah!!!

Hehe.. maaf ya. Saya sedang memberi semangat kepada diri sendiri;p



Masih ingat hadith 'Lima sebelum Lima' yang pernah kita bincangkan beberapa hari yang lalu. Malam ini kita menyambung lagi perbincangan berkaitan hadith itu.

Islam adalah agama yang menyeru penganutnya untuk sentiasa memerhatikan kesihatan. Lihat sahaja pada Rukun Islam yang lima. Selepas mengakui Allah sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad sebagai Rasul, ada tuntutan kepada solat, puasa, zakat dan haji. Keempat-empat tuntutan itu sangat menuntut kepada kesihatan. Sepatutnya seorang muslim perlu sentiasa menjaga kesihatan dirinya agar dapat menyempurnakan Rukun Islam dengan baik.

Sebagai manusia, sihat dan sakit umpama pergantian siang dengan malam. Setiap yang sihat pasti akan merasai sakit kerana tanpa sakit tiadalah yang dinamakan sihat. Antara hak seorang muslim dengan muslim yang lain ialah untuk saling menziarahi sewaktu salah seorangnya sakit. Tuntutan menziarahi saudara kita yang sakit, antara lain adalah agar kita mensyukuri nikmat kesihatan yang kita miliki.
1. Sentiasa menjaga kesihatan diri. Setiap muslim wajib menyimpan cita-cita untuk mengerjakan haji ke Mekah. Kewajipan haji tidak hanya menuntut persediaan wang ringgit. Haji juga mengingatkan kita untuk berusaha agar sentiasa sihat dan cergas. Biasakan diri berjalan atau berjogging kerana antara rukun haji ialah Tawaf, Melontar dan Sai yang tentunya lebih berat daripada riadah jogging.

2. Membandingkan kesakitan yang kita alami dengan kesakitan orang yang lebih teruk dan berat. Antara cara untuk hidup sihat ialah dengan menganggap sakit yang kita alami adalah kecil dan mudah berbanding orang lain. Ini kerana, kesihatan dan kekuatan diri untuk melawan penyakit sangat berkait dengan pemikiran dan anggapan kita kepada penyakit atau kesakitan yang sedang kita alami.

3. Menggunakan kesihatan untuk melakukan ibadah dan usaha dengan baik kerana kita pasti satu hari kita akan sakit dan kemampuan untuk berusaha dan beribadah pasti akan berkurangan.
Justeru, pada malam Jumaat yang berkat ini, saya mengingatkan diri kita sendiri dan saudara yang sudi membaca bingkisan ini. marilah kita pergunakanlah nikmat sihat yang sedang kita nikmati ni sebaik-baiknya.

21/04/2010

Sebuah Puisi Penyesalan (Apa Yang Telah Aku Lakukan?!)


Sebuah Puisi Penyesalan
(Apa Yang Telah Aku Lakukan?!)




(Image By ninja-fighter)

Oh, hari penuh ilham. Bangun pagi sudah berfikir tentang buku dan tulisan. Seawal pagi membuka FB berkongsi bicara tentang buku dan penulisan. Jika malam tadi saya menyiarkan senikata lagu untuk berkongsi perasaan, malam ini saya menulis sebuah puisi untuk meluah rasa tentang penyesalan.

(Wah, ayat.. Berseni, halus dan tulus. Hehe;p)

Baru ini tadi, saya mengarang sebuah sajak untuk dijadikan post malam ini di blog ini. Sajak ini  sebenarnya, saya cuma terjemahkan dan edit daripada lirik lagu Linkin Park -What Ive Done itu. Oh, Linkin Park ada 'kenangan' tentang kehidupan saya satu masa dulu;p
Terima lah sebuah deklamasi, walau bukan idea sendiri,
namun tetap tulus dari hati,

ehem-ehem;-)
Apa Yang Telah Aku Lakukan

Dalam perpisahan ini
tiada darah
tiada alibi

Kerana aku sudah terhapus oleh penyesalan
tentang kebenaran
tentang ribuan pembohongan

Ayuh ke marilah!
oh, yang bernama belas kasihan
untuk kucuci semua
apa yang telah aku lakukan

Sudah kuhadapi, diriku sendiri
ingin merubah yang telah terjadi
menghapus diri sendiri
dan biarkan pergi dari
apa yang telah aku lakukan

Ingin kukuburkan dalam damai
apa yang kalian fikirkan tentangku
agar aku bersih dari segala prasangka
serta salah dan dosa
dengan tangan yang terketar
oleh ketidakpastian

Untuk apa yang telah aku lakukan
aku mahu memulakan semula
walaupun ribuan kesakitan mungkin datang

Hari ini akan berakhir
aku mengharap keampunan,
apa yang telah aku lakukan

apa yang telah aku lakukan
Aku mengharap keampunan,

apa yang telah aku lakukan..




What Ive Done - LINKIN PARK





In this farewell
There’s no blood
There’s no Alibi
‘Cause I’ve Drawn Regret
From the truth
Of a Thousand Lies

[Pre-Chorus]
So let Mercy Come
And Wash Away


[Chorus]
what i`ve Done
I've faced myself
To Cross out what I’ve Become
Erase Myself
And let Go of What I’ve done

Put to rest
What you Thought of Me
While I clean this Slate
With the Hands of Uncertainty

[Pre-Chorus]

[Chorus]

For What I’ve Done
I start again
And whatever pain may come
Today this ends
I’m Forgiving What I’ve Done

[Chorus]

What I’ve Done
Forgiving What I’ve Done


20/04/2010

Pemimpi kecil yang berangan tuk merubah nasibnya… (Boleh saya berbicara melalui senikata lagu?)


Pemimpi kecil yang berangan
tuk merubah nasibnya…
(Boleh saya berbicara melalui senikata lagu?))




    ku hanya pemimpi kecil yang berangan
    tuk merubah nasibnya…

            oh.. bukankah ku pernah melihat bintang
            senyum menghiasi sang malam
            yang berkilau bagai permata
            menghibur yang lelah jiwanya
            yang sedih hatinya
            yang lelah jiwanya
            yang sedih hatinya

                    ku gerakkan langkah kaki
                    di mana CINTA akan bertumbuh
                    ku layangkan jauh mata memadang
                    tuk melanjutkan mimpi yang terutus
                    masih ku coba mengejar rinduku
                    meski peluh membasahi tangan
                    lelah penat tak menghalangiku
                    menemukan bahagia


Salam malam Selasa kepada anda yang sudi membacanya. Saya menaip post ini sambil mendengar lagu dalam video di bawah;-)

Orang kata, gambar berbicara lebih daripada kata-kata. Dan, ada masanya, senikata lagu lebih baik dalam meluahkan rasa. Jadi, malam ini saya ingin berbicara melalui senikata lagu, boleh?

Saya menaip post ini sambil mendengar lagu dalam video di bawah. Lagu 'Sang Penghibur' dendangan Padi. Padi adalah antara band kegemaran saya, cuma sekarang saya sudah agak kurang mendengar lagu-lagu dari band ini. Saya suka dengan muzik Padi yang sedap (sebab itu Padi jadi duta mi Sedaap;p) dan senikata lagunya yang puitis dan 'Begitu Indah'. Nama Padi itu sendiri agak unik lagipun ia sesuatu yang sangat dekat dengan kita sehari-hari. ;-)








setiap perkataan yang menjatuhkan
tak lagi ku dengar dengan sungguh

juga tutur kata yang mencela
tak lagi ku cerna dalam jiwa

aku bukanlah seorang yang mengerti
tentang kelihaian membaca hati

ku hanya pemimpi kecil yang berangan
tuk merubah nasibnya…

oh.. bukankah ku pernah melihat bintang
senyum menghiasi sang malam
yang berkilau bagai permata
menghibur yang lelah jiwanya
yang sedih hatinya
yang lelah jiwanya
yang sedih hatinya


ku gerakkan langkah kaki
di mana CINTA akan bertumbuh
ku layangkan jauh mata memadang
tuk melanjutkan mimpi yang terutus
masih ku coba mengejar rinduku
meski peluh membasahi tangan
lelah penat tak menghalangiku
menemukan bahagia

o… o…
bukankah ku pernah melihat bintang
senyum menghiasi sang malam
yang berkilau bagai permata
menghibur yang lelah jiwanya
yang sedih hatinya
yang lelah jiwanya
yang sedih hatinya

yang lelah jiwanya
oo..
bukankah ku bisa melihat bintang
senyum menghiasi sang malam
yang berkilau bagai permata
menghibur yang lelah jiwanya

bukankah hidup ada PERHENTIAN
tak harus kencang terus berlari
ku helakan nafas panjang
tuk siap berlari kembali…
berlari kembali..
melangkahkan kaki
menuju cahaya

bagai bintang yang bersinar
menghibur yang lelah jiwanya
bagai bintang yang berpijar
menghibur yang sedih hatinya




19/04/2010

Baby Hana Update: Email dari ibu Hana


Baby Hana Update: Email dari ibu Hana



(Baby Hana)

Salam semua. Sebelum itu, saya memohon berbanyak-banyak maaf untuk komen, mesej dan email anda yang belum saya jawab. Saya dalam keadaan yang agak kritikal sekarang oleh 'sesuatu' yang sangat penting yang perlu dibereskan sebelum bulan April ini berakhir. Mohon doakan saya ya;-)

Insya Allah, esok saya akan meluangkan masa untuk itu semua kerana komen, mesej dan email dari anda yang sudi menghantarnya adalah sangat penting bagi saya..;-)

Kembali kepada kisah baby Hana. Mohon saudara semua memberi cadangan untuk kita sama-sama bantu saudara seagama kita yang sedang dalam ujian ini. Di bawah adalah email dari ibu baby Hana yang saya terima semalam.


Ingat lagi dengan baby Hana?
Baby Hana yang sedang sakit yang saya ceritakan tempoh hari...
Jika anda sudah lupa, sila KLIK SINI;-)

Di bawah adalah screenshot email dari ibu baby Hana kepada saya..


(Email dari ibu Baby Hana)

Assalammualaikum
Saya Rohaiza Binti Ishak. Ibu kepada Hana. Tujuan saya menghantar email ini kerana saya terbaca komen ustaz di blog uncle joe. Ustaz menanyakan maklumat tentang kami. Di bawah ini ada sedikit maklumat mengenai kami.
Nama Ayah : Mohemed Helmi B. Mohamed Aris
Nama Ibu : Rohaiza Bt Ishak
Nama bayi : NurHannah
Alamat : No 52, Jln PJ8 Tmn Pengkalan Jaya, Bukit Katil Melaka.

Saya harap dengan maklumat yang tak seberapa ini bolehlah ustaz bantu kami sekeluarga. Mungkin ada antara teman2 malahan ustz sendiri yang kedudukannya lebih rapat dengan Allah, maka doanya lebih makbul. Saya dan suami mengucapkan terima kasih di atas usaha ustz. Hanya Allah yang lebih layak utk membalasnya. Kalau tidak menyusahkan, hebahkan lah bantuan yang saya pinta ini kepada teman2. Doakan agar NurHannah dipulihkan kerosakan otaknya, dijauhkan dari kecacatan dan boleh membesar seperti kanak2 yang sempurna. Amin.


18/04/2010

(Jawapan) Cara Terbaik Untuk Menegur Supaya Yang Ditegur Tidak Kecil Hati dan Yang Menegur Tidak Makan Hati


(Jawapan) Cara Terbaik Untuk Menegur
Supaya Yang Ditegur Tidak Kecil Hati
dan Yang Menegur Tidak Makan Hati






(Macam mana orang Jepun ini boleh tanggalkan kepala dia ya?)


-Ini adalah penyelesaian masalah yang kita bincangkan hari Jumaat yang lalu. KLIK SINI untuk siri pertama-

Masalah PM adalah kerana barang-barang berharga milik negara diambil a.k.a. oleh tetamu kehormat dari negara lain. Bukanlah harga barang-barang itu yang menjadi soal tetapi barang-barang itu adalah khazanah berharga negara yang adanya sudah berusia ratusan tahun.

Baik malam ini kita melihat bagaimana PM tersebut menyelesaikan masalah itu...




ANALISIS MASALAH

Pihak yang ingin ditegur:
Tetamu yang mengambil (mencuri) barang-barang yang digunakan dalam jamuan.

Matlamat teguran:
Untuk menyelamatkan khazanah negara yang berharga dan penting.

Masalah:
Tidak boleh memalukan pihak yang ingin ditegur.






PENYELESAIAN

Perdana menteri negara tuan rumah meminta seorang daripada pengawalnya untuk menyamar menjadi ahli silap mata. Sebelum majlis berakhir, pengacara majlis memberitahu para hadirin bahawa satu pertunjukan silap mata akan dipersembahkan.

Ahli silap mata 'olok-olok' lalu dijemput ke atas pentas. Sebaik berada di atas pentas, ahli silap mata itu memperkenalkan diri. Selepas itu dia memberitahu tentang silap mata yang akan dipersembahkan olehnya, yang mungkin tidak akan dialami lagi oleh para tetamu selepas itu.

"Tuan-tuan dan puan-puan. Silap mata ini adalah permintaan istimewa oleh perdana menteri negara kami yang dipersembahkan khas untuk para pemimpin negara tetamu yang sudi melawat negara kami. Ini mungkin kali pertama dan terakhir tuan-tuan dan puan-puan sekalian melalui saat yang ajaib seperti ini".

"Baiklah, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati. Selepas saya menghitung kiraan tiga, semua lampu dalam dewan ini akan ditutup dalam masa lima saat.. dan dalam masa lima saat itu, saya akan memasukkan beberapa barang yang berada di atas meja ke dalam beg tuan-tuan dan puan-puan sekalian.. Lebih menarik, sesiapa yang barang-barang di atas meja yang saya masukkan ke dalam beg mereka akan menerima hadiah istimewa dari perdana menteri".

Tepukan bergemuruh.

"Sebelum itu, ada satu syarat yang perlu dipatuhi oleh kita semua. Semua hadirin yang membawa beg tangan, diminta menutup beg mereka dengan kemas dan sila peluk beg itu dengan erat."

"Nampaknya semua sudah bersedia... satu.. dua.. tiga!"

Dewan pun bergelap selama lima saat. Pada masa itulah perdana menteri dan isteri serta beberapa pemimpin negara tuan rumah yang tahu akan hal itu, turut memasukkan beberapa barang ke dalam beg mereka. Ini bertujuan agar tetamu tidak merasa curiga dan malu dengan persembahan itu.

Selepas lima saat, lampu dinyalakan semula. Kelihatan semua tetamu masih memeluk dengan erat beg tangan mereka.

"Bailah, tuan puan sekalian sila periksa beg masing-masing. Sesiapa yang di dalam beg meraka ada dimasukkan barang-barang di atas meja, sila keluarkan barang tersebut dan panggil pelayan. Pelayan akan mengambil nama untuk perdana menteri memberikan hadiah istimewa. Hadiah akan dikirim melalui pos".
Ramailah tetamu yang berpura-pura menjerit 'kegembiraan' kerana di dalam beg mereka ada barang yang 'dimasukkan' oleh ahli silap mata. Oleh kerana perdana menteri dan beberapa orang pemimpin negara tuan rumah juga 'ada barang' di dalam beg mereka, maka tetamu yang cuba mencuri tadi tidak berasa malu dan bersalah.

Maka selesailah satu masalah;-)







17/04/2010

Berehat bersama Kaiji Ito


Berehat bersama Kaiji Ito




Sejak pagi tadi, saya mengambil keputusan untuk berehat. Bukan kerana saya letih atau tertekan, cuma ya, sekadar mahu berehat. Mengikut petua 'berhenti semasa panas' agar selepas itu boleh meletup dan menjerit "EUREKA!!". Hehe;-)

Malam ini saya mahu berehat bersama KAIJI ITO. Siapa itu Kaiji Ito? Beliau adalah hero dalam filem Jepun yang sedang meletup itu - KAIJI THE ULTIMATE GAMBLER. Sebuah filem thriller psikologi menarik dari Jepun yang sangat mengujakan dan sebenarnya menyampaikan banyak mesej motivasi.

Insya Allah, sambungan untuk post semalam akan saya siarkan esok. Ok, saya mahu menonton sekarang. (Sebenarnya , saya sudah menonton sampai 30 minit pertama hari itu, tetapi saya perlu tangguhkan sehingga malam ini untuk menontonnya sehingga habis).









Kaiji: The Gambler Ultimate adalah sebuah filem thriller psikologi dari Jepun yang sangat menarik, mendebarkan dan mengujakan. Dibintangi oleh Fujiwara Tatsuya sebagai Kaiji. Filem ini berdasarkan manga (komik Jepun) oleh Nobuyuki Fukumoto's yang telah terjual lebih dari 11 juta naskah. Kaiji seorang pemuda 26 tahun yang 'jiwa kacau' dan malas. Hidup terumbang ambing. Suka bertukar kerja yang akhirnya dia terperangkap untuk menyertai perjudian dalam sebuah kapal mewah.

Apakah yang berlaku seterusnya? Mengapakah filem ini menarik bagi saya?

Saya perlu menonton filem ini sehingga habis dulu untuk menjawabnya;-)


16/04/2010

Cara Terbaik Untuk Menegur Supaya Yang Ditegur Tidak Kecil Hati dan Yang Menegur Tidak Makan Hati


Cara Terbaik Untuk Menegur
Supaya Yang Ditegur Tidak Kecil Hati
dan
Yang Menegur Tidak Makan Hati




(Image By lengtarang)

Fuh. Panjangnya tajuk. Melebihi 12 patah perkataan. Secara teorinya, untuk post blog, tajuk yang baik adalah terdiri daripada satu hingga enam patah perkataan. Tajuk saya malam ini adalah dua kali ganda format itu. Erm, mungkin anda yang membaca ini boleh mencadangkan tajuk baru yang lebih 'kompak' daripada ini? Jika ada, silakan..

Bukan kadang-kadang, malah selalu, kita perlu menegur orang lain dan ada masanya sama ada kita mahu atau tidak, sama ada kita suka atau tidak, kita terpaksa menegur juga. Masalahnya, kadangkala kita tersilap cara menegur sehingga orang yang ditegur kecil hati. Kadang-kadang, kita terlanjur menegur dengan cara yang salah dan kasar sehingga membuat orang yang ditegur 'sentap'.

Apabila ada orang yang sentap, perhubungan pun boleh terganggu gugat. Bila perhubungan terganggu gugat, mulalah masing-masing bermuka masam dan kelat. Jika muka dah masam dan kelat, komunikasi pun dilanda guruh dan kilat. Akhirnya, teguran menyebabkan perbalahan dan tidak mencapai matlamat.

Sempena hari Jumaat yang penuh berkat ini, sama-samalah kita beringat. Malam ini saya ingin membawa saudara yang saya hormat. Kita berbincang tentang cara menegur yang berhemat. Kita ingin berlatih menegur dengan cara yang tepat dan teguran kita mencapai matlamat. ;-)

Unruk itu, malam ini saya hidangkan sebuah masalah untuk renungan kita bersama. Sama-samalah kita memikirkan jalan penyelesaiannya. Harap anda boleh beri cadangan bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah ini. Esok pula, kita akan berkongsi kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Insya Allah....



Satu masa, seorang Perdana Menteri mengadakan jamuan minum petang bersama seorang Perdana Menteri negera lain. Majlis itu dihadiri ramai pembesar dari kedua-dua buah negara; sama ada negara tuan rumah mahupun negara yang datang bertamu.

Majlis itu diadakan di rumah Perdana Menteri tersebut. Cawan, piring, pinggan, sudu, garpu, mangkuk dan lain sebagainya yang digunakan dalam majlis itu adalah antara khazanah negara yang mahal-mahal dan sangat bernilai. Ada antaranya yang berusia ratusan tahun dan merupakan khazanah sejarah negara. Tentulah pinggan mangkuk pada pasangan suami isteri Perdana Menteri yang bertamu adalah lebih istimewa daripada pembesar yang lainnya.

Al-maklumlah, negara tuan rumah adalah negara yang terkenal dengan bahan-bahan seperti itu. Serata dunia mengenali negara itu sebagai negara yang pakar dan hebat dalam pembuatan Cawan, piring, pinggan, mangkuk, sudu dan garpu yang cantik, unik dan tiada tandingan di dunia ini.

Selepas jamuan, perdana menteri negara tuan rumah naik ke atas pentas untuk memberikan ucapan. Masa inilah beliau 'perasan' beberapa orang isteri tetamu yang hadir memasukkan sudu, garpu, piring dan mangkuk yang kecil ke dalam tas tangan mereka yang besar-besar dan mahal-mahal itu.

Maka, perdana menteripun jiwa kacau melihat keadaan itu. Ucapannya pun mula hilang fokus dan akhirnya ucapan itu dihentikan cepat. Selalunya, perdana menteri ini bila berucap punyalah panjang lebar. Mungkin kerana itu, beberapa orang isteri tetamu yang hadir merasakan beliau tidak nampak mereka sedang mengambil sudu, garpu, piring dan mangkuk itu.

Selepas perdana menteri mengakhiri ucapannya, tibalah giliran perdana menteri negara tetamu memberi ucapan dan selepas itu pula ada persembahan kebudayaan dari kedua-dua negara. Perdana menteri negara tuan rumah mengambil kesempatan ini untuk berbincang dengan isterinya.

Perdana menteri negara tuan rumah dan isterinya ke bahagian belakang pentas dan berbincang. Bagaimana caranya untuk menyelamatkan sudu, garpu, piring dan mangkuk yang diambil itu dengan cara yang paling bijak dan halus. Mereka tidak boleh memalukan tetamu tersebut kerana hubungan diplomatik antara kedua negara boleh terjejas sekiranya tetamu malu dengan apa yang berlaku.

Dan...

Inilah masalah yang hendak kita bincangkan. Mohon anda berikan cadangan anda ya. Bagaimana caranya untuk menyelamatkan sudu, garpu, piring dan mangkuk yang diambil itu dengan cara yang paling bijak tetapi berkesan. ;-)



15/04/2010

Betapa beratnya dugaan ini...


Betapa beratnya dugaan ini...


Sekadar renungan ringkas kita bersama malam Jumaat yang penuh barokah ini.

Alhamdulillah, hari yang baik dan saya dalam keadaan sihat wal afiat. Anda pula bagaimana? Sihat? Masih boleh bernafas dengan sendiri tanpa bantuan alat pernafasan? Dapat menggerakkan jari jemari anda? Dapat makan dan minum dengan normal dan baik? Alhamdulillah, syukur jika semuanya dapat;-)
Dalam kita menikmati anugerah kesihatan yang percuma ini, yang ada antaranya tidak perlu kita fikirkan dan kawal pun. Seperti pernafasan, berapa kali agaknya kita berfikir dan mengatur nafas kita- tarik, tahan hembus dan sebarkan oksigen itu ke sistem tubuh kita. Pernah kita kawal sistem peredaran darah dalam tubuh kita? Pernah kita fikirkan agar makanan yang masuk ke mulut kita lepas dikunyah perlu di'apa'kan?

Ketika kita membaca ini, berapa juta proses yang berlaku bermula dari mata yang melihat huruf, kemudian minda kita yang mengenal huruf-huruf ini dan menterjemahkan ia menjadi imej dalam minda kreatif kita dan memberi kita kefahaman perkataan demi perkataan yang kita baca itu.

Sesungguhnya, Ketika kita sedang menikmati semuanya, bersyukurlah dan hargailah ia... kerana ada orang yang tidak menikmatinya...





Betapa berat mata yang memandang..

KLIK SINI untuk kisah lanjut bayi dalam gambar-gambar di bawah


Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.


Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi ibu Hana 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kauasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.


Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut.


Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah.

KLIK SINI untuk kisah lanjut bayi dalam gambar-gambar di atas






14/04/2010

ORANG BUKAN ISLAM MENEMUI KEAJAIBAN SOLAT


ORANG BUKAN ISLAM
MENEMUI KEAJAIBAN SOLAT






(Image By faizal_0306)

Malam ini kita berkongsi cerita tentang solat. Cerita tentang seorang non-muslim yang mengkaji tentang solat dan menemui keajaiban solat. Keajaiban itu ialah bahawa masa paling tenang bagi seseorang ialah ketika dalam solat. Benarlah seperti kebiasaan Rasulullah (SAW) ketika menyuruh Bilal (RA) untuk melaungkan azan; Baginda (SAW) akan berkata kepada Bilal, 'Rehatkan kami dengan solat'.

Sebenarnya ini cerita lama. Saya baca ini dalam suratkhabar tahun 2008 begitu. Namun, rasanya tidak salah kita mengulang dan mengingati kisah lama, sekali-sekala, mungkin boleh jadi pengingat kepada yang lupa.

Cuma, yang kurang enaknya ialah, pada tahun lepas seingat saya. Ada seorang pendakwah tu (Ustaz) datang ke tempat saya ini untuk berceramah sempena Maal Hijrah. Ustaz ini boleh dikatakan agak terkenal juga. Kerap juga masuk televisyen dan jika tidak silap ada buku. Apa yang saya agak kurang setuju dengan Ustaz ini ialah, dia tidak suka kajian tentang solat ini dibesar-besarkan, bimbang orang nanti solat kerana berkehendakkan kebaikan-kebaikan itu, jadi bukan kerana Allah lagi.

Apapun, itu persepsi Ustaz itu. Mungkin dari segi kelulusan dan gelaran, dia lebih tinggi daripada saya. Namun, persepsi beliau itu agak kurang enak dan tidak positif bagi saya. Kena pula itu ceramah umum, jika dalam perbualan tertutup dengan sesama ahli agama mungkin tidak mengapa kot. Sebenarnya ustaz itu 'komplen' satu program tv itu, yang membincangkan tentang keajaiban dan kebaikan solat.


ORANG BUKAN ISLAM
MENEMUI KEAJAIBAN SOLAT


(Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah
dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains)

Ng Siew Chok; Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Melaya (UM), bersama dua orang lagi Professor di UM telah menjalankan kajian saintifik terhadap solat yang pertama di Malaysia. Menurut Siew Chok, otak dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Dalam bidang kejuruteraan perubatan, ketenangan fikiran (otak) dapat diukur menggunakan EEG (electroencephalography)-sejenis alat untuk mengukur gelombang otak.

Gelombang otak jenis Alfa(813hz) merupakan keadaan tenang. Siew Chok mendapati, semasa I’tidal (berdiri selepas solat sebelum sujud dengan thoma’ninah); isyarat Alfa daripada gelombang otak orang yang bersolat meningkat dengan mendadak.

Peningkatan mendadak isyarat Alfa membuktikan otak sangat tenang pada ketika itu. Beliau merumuskan semasa I’tidal dengan thoma’ninah adalah masa yang paling tenang dalam solat.

Pada setiap akhir sesi ujikaji, Siew Chok mendapati keadaan fizikal dan mental selepas seseorang mendirikan solat berada dalam keadaan segar dan tenang seperti baru bangun dari tidur yang cukup.

Siew Chok merumuskan solat boleh menjadi sesi refreshment untuk seseorang sebelum meneruskan rutin kehidupan yang memerlukan banyak tenaga baik fizikal dan kekuatan mental dalam mengharungi cabaran dan masalah hidup.

Antara keajaiban solat yang ditemui oleh Ng Siew Chok dan dua orang rakannya mendapati:


1. Umat Islam bertuah kerana solat wajib yang dilakukan 5 waktu sehari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otak dan fizikal.


2. Komposisi tubuh terbaik bagi seorang manusia boleh diperolehi dengan solat wajib lima kali sehari, kefahaman terhadap apa yang dibaca dalam solat, solat berjamaah, dan rukuk dan sujud dengan tepat/betul.


3. Didapati orang yang solat berjamaah lebih tenang dan sihat berbanding orang yang solat bersendirian.


4. Solat boleh merawat ED (erectly disfunction) atau lebih dikenali sbagai mati pucuk.


5. Menurut pakar, pesakit jantung perlu melakukan senaman 30minit setiap hari dan ini menyamai solat wajib yang lima.

Lebih daripada itu, banyak lagi penemuan oleh pakar-pakar Islam mahupun bukan Islam yang membuktikan keajaiban, kepentingan dan kebaikan solat terhadap manusia.

Antaranya ialah penemuan Dr Moh Sholeh; seorang doctor perubatan di Indonesia yang mendapati solat sunat tahajjud boleh merawat barah. Lagi, penemuan tiga orang doktor di Jepun yang mendapati solat mencegah dan merawat sakit sendi dan tulang pada umur tua.

Kesimpulannya; Melakukan solat belum tentu dapat memperolehi kebaikan-kebaikan tersebut andai solat kita tidak tepat dalam perlaksanaannya.

Kebaikan hasil solat itu tentu hanya dapat diperolehi dan dirasai dengan solat yang betul dan tepat dalam perlaksanaannya. Selebihnya; matlamat solat itu (sebagaimana yang dikehendaki Allah) hanya dapat dicapai oleh orang yang menghadirkan seluruh dirinya menghadap Allah semasa solat.

Bagaimana yang dikatakan orang yang menghadirkan seluruh dirinya manghadap Allah ketika solat? Itulah orang yang hadir jasadnya, mindanya, akalnya, hatinya dan jiwanya ketika solat. Akhirkata, hanya dengan ilmu kita akan memahami dan memperolehinya. Ingat, amalan tanpa ilmu ibarat pokok tidak berdahan dan tidak berbuah.

WALLAHU’ALAM.








13/04/2010

Ngilu dan Malu!


Ngilu dan Malu!



(MANSOR bersama Siti Rohani (dua dari kiri) serta sanak saudara menyaksikan majlis pernikahan Eezalela dan Hassan Aqeel menerusi sidang video menggunakan Skype di St Gabriel, Los Angeles, di rumahnya di Lorong Al-Falah, Batu 7, Simpang Renggam, Johor, semalam. KLIK SINI untuk berita lanjut) - Harap maklum. Berita ini tidak termasuk dalam isu 'Ngilu dan Malu' ya.
Alhamdulillah, hari Selasa yang baik. Saya dalam keadaan yang baik dan dapat menjalani kehidupan dengan baik. Anda bagaimana? Saya selalu berdoa, anda yang membaca blog ini agar sentiasa berada di bawah limpahan kasih sayang Allah (SWT).

Semalam saya menulis tentang ngilu? Ngilu ke nyilu? Alhamdulillah, post semalam menjadi antara post blog ini yang agak popular dan banyak dibuka. Hari ini kita bercerita lagi tentang ngilu. Tentang berita yang membawa ngilu dan malu.

Ada dua berita 'ngilu dan malu' yang hendak kita kisahkan malam ini. Berita yang membuat orang bujang seperti kami-kami ini, boleh menarik nafas lega sedikit kerana masih membujang. (Hehe, ni kira ayat-ayat nak pujuk diri sendiri la ni;p)

Pertama, kisah 'suami simbah cuka getah ke muka isteri' yang berlaku di negara kita minggu lalu. Dengarnya, hari ini si suami itu dijatuhkan hukuman 6 tahun penjara dan 2 sebatan. Kesian. Apapun, kita tidak tahu apa sebenarnya masalah mereka itu. Mengikut apa yang diberitakan, mungkin si suami malang itu 'jiwa kacau' kerana isterinya 'bermain sms' dan tidak mahu pula telefon bimbitnya dilihat suami. Dikatakan si isteri melecur lapan peratus di bahagian muka. Mengapa agaknya ya sampai jadi begitu? Ish, memang ngilu dan malu.

Satu lagi kisah yang berlaku di Indonesia. Seorang lelaki bujang ditangkap sedang berasmara dengan seorang isteri orang. Selepas ditangkap, kedua-duanya diarak keliling kampung dalam keadaan bogel! Masya Allah. Kemudian diikat di sebatang tiang dan dipukul oleh penduduk kampung. Astaghfirullah. Dosa bertingkat-tingkat, dan bertambah-tambah. Mulanya kerana pasangan itu berzina sememangnya berdosa. Kemudiannya yang orang kampung mengarak mereka dalam keadaan bogel itu, ikut hukum mana pula? Islam tidak pernah ada hukum begitu. Memang satu berita yang 'ngilu dan malu' bagi kita umat Islam.

PS: Dengarnya ada berita orang Malaysia kita yang duduk di Amerika kahwin guna Skype. Eh, bukan kahwin guna Skype, mereka tunjuk majlis kahwin guna Skype untuk family di Malaysia tengok. Ehem, besok jika ada jodoh, ehem-ehem, pembaca blog ini bolehlah tengok saya di Skype jugak. Bersiaran langsung tu. Doa-doalah ya;-)

PSP: Dengar lagi. Halimaton batal hasrat kahwin. Syukur Alhamdulillah. Kadang-kadang, orang tua kita ni, bila tengok anak pandai kat sekolah, dia yakin anak akan pandai dalam hidup. Tidak semestinya kan.





BERITA NGILU dan MALU 1
Pasangan berzina diarak bogel keliling kampung

BANDA ACHEH 8 April 2010 - Seorang guru bersama kekasihnya yang merupakan isteri orang, diarak bogel mengelilingi kampung mereka setelah didapati berzina sebelum dipukul oleh penduduk dan kini berdepan hukuman sebat di khalayak umum.

Guru itu yang hanya dikenali sebagi Bus, berusia 36 tahun ditangkap semasa mengadakan hubungan seks dengan seorang suri rumah Yus, 28, di Acheh oleh penduduk kampung.

"Penduduk kampung menyerbu rumah wanita itu dan mendapati mereka sedang berdua-duaan," kata pegawai penguatkuasa Syariah Aceh Barat, Teuku Abdurrazak.

"Mereka kemudiannya ditarik keluar dan diarak berbogel keliling kampung, diikat di sebatang tiang dan dipukul menggunakan kayu serta tangan mereka sehingga lebam dan biru.

"Penduduk kampung sangat marah... jika polis lambat tiba di tempat kejadian, pasangan itu mungkin mati," kata Abdurrazak.

Menurutnya lagi, pasangan itu kini berdepan hukuman sembilan sebatan jika didapati bersalah berzina.

Aceh melaksanakan sebahagian undang-undang Syariah pada 2001 sebagai sebahagian daripada pakej autonomi dari Jakarta bertujuan untuk menghapuskan sentimen puak pemisah.

SUMBER: AFP






BERITA NGILU dan MALU 2

Suami simbah asid kena 6 tahun, 2 sebatan

Oleh Irwan Shafrizan Ismail
irwansha@bharian.com.my
2010/04/13

KUANTAN: Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan terhadap seorang penganggur selepas mengaku bersalah atas tuduhan menyimbah cuka getah terhadap isterinya apabila keinginannya untuk melakukan hubungan seks ditolak.

Ketika menjatuhkan hukuman itu terhadap Supian Hani Ismail, 47, Hakim Irwan Suainbon menegaskan mahkamah memandang serius kesalahan dilakukan tertuduh yang sepatutnya melindungi isterinya. Irwan memerintahkan hukuman penjara dilaksanakan bermula hari ini.

KLIK SINI untuk berita lanjut

12/04/2010

Ngilu hati dan ngilu gigi


Ngilu hati dan ngilu gigi



(Image By findstuff22)

NGILU. Ada masanya bila mendengar sesuatu bunyi, gigi saya merasa ngilu. Itu ngilu gigi. Selalu pula ketika membaca akhbar, saya merasa ngilu hati. Perkataan ngilu itu sendiri agak unik bagi saya. Ia satu perkataan yang agak pelik juga. Ngilu.

Bukan hari ini sahaja, malah boleh dikatakan setiap kali membaca akhbar nasional, ada sahaja berita yang membuat saya ngilu hati dan ngilu gusi juga ngilu gigi. Semalam saya tidak membaca sebarang akhbar yang fizikal mahupun yang digital. Hari ini pun mulanya saya tidak mahu membaca akhbar, namun berita muka depan sebuah akhbar itu memanggil-manggil saya untuk mengambil akhbar itu dan membacanya. Saya kengiluan lagi.

Gambar di muka depan sebuah akhbar membuat saya ngilu hati. Gambar mayat seorang bayi yang dibungkus kertas surat khabar yang ditemui dalam tong sampah. Memang perbuatan dilaknat Allah. Memang tidak sanggup saya untuk melihat lama-lama gambar itu. Subhanallah.

Di sebelah gambar itu pula kisah Halimaton yang sudah beberapa minggu memang membuat hati saya kengiluan dan kegeraman. Ceritanya semalam kekasih Halimaton itu ditangkap polis kerana melarikan Halimaton. Memang, dia tidak melarikan Halimaton kerana Halimaton kata dia yang rela. Namun, bagi saya samalah macam kes rogol gadis bawah umur, tetap dikira rogol sama ada rela tak rela. Rasanya kita semua dah sedia maklum kisah Halimaton ini. Kisah pelajar pintar berusia 15 tahun yang berkeras hendak berkahwin dengan teman lelakinya itu. Walahai adik, kenapalah sanggup buat begitu pada keluarga kamu. Cerita kamu itu bukan heboh sekampung saja tau, sudah heboh ke seluruh negara. Astaghfirrullah..

Saya teruskan pembacaan kerana kisah bayi dalam tong sampah itu berita selanjutnya di dalam akhbar. Saya 'kengiluan' lagi. Ngilu ketika membaca berita seorang warga tua berumur 69 tahun yang badannya hancur berkecai digilis puluhan kenderaan. Lebih ngilu lagi, pakcik itu dikatakan sedang melintas jalan untuk membeli makanan. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

Na'uzubillah. Itu cerita dalam akhbar. Saya berdoa semoga saya dan anda yang membaca ini serta ahli keluarga kita yang kita sayangi, dilindungi Allah daripada musibah seperti tiga berita yang saya kisahkan di atas. Amin Ya Rabb Al-Alamin.

PS: Lagi berita yang membuat saya ngilu hati ialah tentang nilai ringgit yang dikatakan meningkat itu. Erm, dulu masa saya kanak-kanak, seringgit boleh buat beli DUA BUNGKUS maggi mee. Sekarang ni, seringgit itu boleh beli satu bungkus Maggi sahaja. Jika sekarang saya boleh balik ke nilai duit masa saya kanak-kanak dulu, saya tidak akan ngilu hati membaca berita itu.





BERITA NGILU 1

‘Tidurkan’ bayi dalam tong sampah
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim dan Md Fuzi Abd Lateh
bhnews@bharian.com.my
2010/04/12

Mayat mangsa dibungkus dengan surat khabar ditemui kakitangan MDHS

KUALA LUMPUR: Lagi kes pembuangan bayi berlaku, terbaru dengan penemuan mayat bayi lelaki dibungkus dengan surat khabar dan masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan di dalam tong sampah di Kampung Tanjung dekat Sungai Choh, Hulu Selangor, pagi semalam. Mayat bayi itu ditemui Mohd Kamil Enoh, 44, pekerja Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) ketika memulakan kerja hariannya di kawasan berkenaan, kira-kira jam 8 pagi.

KLIK SINI untuk baca selanjutnya






BERITA NGILU 2



Remaja larikan Halimaton ditahan
Oleh Nahar Tajri dan Hamzah Osman
bhnews@bharian.com.my
2010/04/12
LANGKAWI: Teman lelaki Halimaton Abdul Rashid, pelajar pintar yang melarikan diri ke pulau ini bulan lalu untuk berkahwin, ditahan polis pada Jumaat lalu untuk disiasat kerana disyaki melarikan pelajar berkenaan daripada penjaganya.

Mohamad Noor Abdullah, 19, atau lebih dikenali sebagai Adam, ditahan di rumahnya oleh sepasukan polis dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi sebelum dihantar ke IPD Kuala Muda, tempat laporan kehilangannya dibuat pada 22 Mac lalu. Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Ishak Hasan, ketika dihubungi mengesahkan penahanan remaja lelaki itu dan kes diserahkan kepada IPD Kuala Muda untuk siasatan lanjut.

KLIK SINI untuk baca selanjutnya







BERITA NGILU 3

Mayat hancur di lebuh raya
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim dan Md Fuzi Abd Lateh
bhnews@bharian.com.my
2010/04/12
Mangsa digilis puluhan kenderaan ketika melintas beli makanan

RAWANG: Seorang lelaki, Azit Saat, 69, ditemui maut dengan badan hancur berkecai, tali perut terburai dan tulangnya bertaburan sepanjang kira-kira 50 meter akibat digilis puluhan kenderaan di lebuh raya berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Rawang, di sini, kelmarin. Kejadian di Kilometer 439.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara itu berlaku kira-kira jam 8 malam apabila mangsa dikatakan cuba melintasi lebuh raya berkenaan untuk membeli makanan di kawasan hentian bersebelahan.

KLIK SINI untuk baca selanjutnya






11/04/2010

Hari Minggu: Jiwa Kacau dan Sudoku


Hari Minggu: Jiwa Kacau dan Sudoku




(Image By hunkus)

Salam hari minggu saudaraku semua.

Hari ini hari minggu. Hari untuk berehat dan bersantai bagi kebanyakkan orang. Pada mulanya sejak subuh, saya masih bergelut dengan projek yang MESTI disiapkan bulan ini. Namun, sesuatu berlaku. Mungkin diri saya minta dikasihani dan mungkin diri saya sedang merayu-rayu untuk direhatkan.

Adik perempuan saya yang sedang mengikuti kursus kejururawatan, yang kini sedang berada di pedalaman Kapit, memerlukan wang. Saya ke bandar untuk memasukkan wang tersebut (tidak dapat guna perbankan internet). Malangnya, mesin deposit tunai pula 'Out-of-Servis'. Di tempat saya ini ada dua tempat sahaja ada mesin deposit tunai tersebut. Saya pergi ke tempat yang satu lagi, walahai, sama juga. Kena pula hari ini hari minggu, tentu agak lambat mesin itu akan diselenggara.

Kemudian seorang sepupu pula menelefon, mengadu sedikit masalah komputer. Hehe, kadang-kadang saya ini diharap juga dalam hal komputer;-). Saya ke rumah sepupu itu. Hal duit adik tadi saya serahkan kepada adik perempuan saya yang seorang lagi untuk memasukkannya agak-agak tengah hari nanti. Selepas dari rumah sepupu, saya cuba menghadap komputer. Namun, mood saya sudah tiada. Mungkin feel kerja saya sudah merajuk dan menjauh.

Saya cuba memujuk diri dengan menonton filem 'How To Teach Your Dragon' yang saya muat-turun beberapa minggu yang lalu (yang sampai hari ini belum saya tonton juga). Mood saya semakin hilang kerana filem yang didownload itu kualiti gambarnya sangatlah hampeh. Ish, udahlah cerita itu cerita animasi 3D. Mood saya semakin hilang. Sudahnya saya tak buat apa sehingga waktu zuhur. Saya bersolat.

Selepas solat zuhur, ketika ahli keluarga saya yang lain sedang makan tengah hari dengan seorang tetamu (kawan adik saya). Saya tidak makan bersama mereka kerana saya sudah kenyang. Saya makan berat untuk sarapan saya pagi tadi.

Saya sambung balik nak buat kerja. Aduh, tak dapat juga. Saya semakin tidak ada mood. Kepala saya sudah mula rasa berdengung. Tengkuk saya sudah lenguh. Badan pula rasa tidak selesa. Saya semakin tidak menentu. Saya pun merayau-rayau di internet. YouTube sekejap dan cuba menonton sebuah filem seram negara kita yang diuar-uarkan sebagai bagus, tetapi huh, tidak ada yang menarik langsung. Tak seram dan tak mampu membuat saya terkejut.

Saya berkeadaan tidak menentu begitu sehingga hampir ke pukul 2.30. Akhirnya, saya 'fed-up'. Saya berhenti dan makan tengah hari. Astaghfirrullah, selera makan saya pula terganggu. Saya paksa diri juga untuk makan. Akhirnya, selepas makan saya membaca sebuah buku (hanya untuk beberapa baris ayat) sebelum saya terlelap dalam keadaan duduk di sofa di ruang tamu. Ibu dan adik-adik saya tidak ada di rumah mereka sudah keluar bersama kawan adik tadi. Adik lelaki saya pula bersama seorang sepupu melawat seorang sepupu di kem PLKN Similajau. Saya terlelap sehingga hampir waktu asar (3.40 ptg). Saya terjaga pukul 3.20; bersihkan diri dan bersedia untuk asar.

Selepas asar saya menikmati minum secawan nescafe dengan roti kacang. Saya mengambil keputusan untuk melupakan terus kerja saya sehingga malam nanti. Ini adalah mengikut teknik 'Eureka' itu; Sama macam orang buat kek lapis, mesti juga dalam mood yang bagus, kalau tidak lapisnya tak menjadi dan boleh jadi juga akan hangus;D

Nak tahu apa saya buat dari selepas solat asar sehingga waktu maghrib? Tidur? Oh tidak. Keluar? Memang saya nak tapi tidak ada mood, lagipun langit mendung (dan hujan tidak lama selepas itu). Saya capai sebuah buku Sudoku dan saya bermain Sudoku. Hujan turun dengan agak lebat. Saya merasa sedikit selesa dan nyaman. Saya memang seorang yang sukakan waktu hujan dengan syarat saya tidak perlu ke mana-mana;-)

Selepas maghrib, saya ke pasar malam. Tadi saya tidak menikmati makan tengah hari saya kerana saya memaksa diri untuk makan. Di pasar malam saya membeli makanan yang menyelerakan saya. Balik ke rumah saya makan, dan ke surau untuk solat Isya. Selepas isya saya berehat sahaja.

Sempat juga saya menonton sekejap cerita idea asal oleh Mawi di Astro Prima, drama 'Jiwa Kacau' itu. Hujan masih turun dengan lebatnya. Saya tidak tertarik untuk terus menonton Jiwa Kacau. Saya lalu tidur awal kerana ahli keluarga yang lain juga sudah tidur.

Walaupun dari pagi hingga ke waktu asar saya agak tidak menentu dan terganggu, akhirnya selepas makan tengah hari pada pukul 2.30 sehingga saya menutup mata malam tadi, saya dapat merehatkan diri saya.

Walaupun hanya setengah hari, tetapi saya menikmatinya. Nikmat hari minggu yang mungkin sudah lebih sebulan tidak saya rasakan.

Alhamdulillah;-)

Moral 1: Kesimpulannya, sememangnya kita perlukan rehat. Jika saya berniat untuk berehat sejak saya bangun sebelum subuh pagi tadi, mungkin hari ini menjadi hari yang baik sepanjang hari. Mungkin juga saya tidak akan membazirkan masa hampir setengah hari.

Moral 2: Pakar kata jika anda masih bekerja keras, anda belum hebat kerana professional bekerja sedikit untuk hasil yang hebat. Tapi saya memang bukan pro pun' huh;p












Idea dan cerita asal dari Asmawi Ani atau lebih dikenali dengan nama Mawi World atau sekarang lebih sinonim dengan Mawi Ekin.

Telemovie Jiwa Kacau merupakan buah tangan kedua MW production dan bakal ditayangkan pada 11 April ini di Astro Prima pada pukul 10.30 malam. Antara pelakon lain yang menjayakan Telemovie ini ialah Intan Ladyana, Hafidzuddin Fazil, Sheila Mambo, Faizal yusuf, Along Cham dan ramai lagi serta penampilan istimewa daripada penerbit iaitu Mawi sebagai Inspektor Johar.

Kisah tentang penagih dadah yang kepulangannya tidak diterima masyarakat sehingga menyebabkan dia terjebak semula ke kancah itu. Pemuda bernama Kamil yang sentiasa dipersalahkan oleh masyarakat akhirnya kembali menagih akibat dari patah hati dengan teman wanitanya. Banyak lagi pengajaran yang cuba diterapkan dalam telefilem ini.











10/04/2010

Selagi ada nyawa...


Selagi ada nyawa...


Malam ini malam minggu. Selamat malam minggu saya ucapkan kepada saudara;-)

Semalam kita berbincang tentang peringatan Rasulullah (SAW) kepada kita untuk merebut lima peluang sebelum datang lima sekatan. Insya Allah, malam ini kita melihat peringatan yang pertama iaitu tentang 'hidup sebelum mati'. Insya Allah, berselang dua tiga hari kita akan melihat lagi empat perkara yang lain yang disebut dalam hadith tersebut.

HIDUP sebelum MATI

Untuk memahami berkenaan peluang yang berbunyi 'hidup sebelum mati' bukanlah perkara yang susah. Jika kita masih bernafas dan masih mendiami dunia ini, bermakna kita masih hidup. Namun, untuk mensyukuri nikmat kehidupan itu mungkin ramai yang lalai.

Disebabkan pentingnya manusia mensyukuri nikmat hidup, maka Rasulullah (SAW) pernah mengiktiraf orang yang selalu mengingati mati sebagai orang yang bijak. Mengingati mati adalah kunci utama untuk bersyukur dan menjalani kehidupan dengan sebaik-baiknya.

Dikatakan oleh ahli hikmah;
“Sungguh pelik keadaan manusia. Mereka tahu mereka pasti akan mati, tetapi mereka hidup seperti tidak akan mati”
Untuk menggunakan nikmat kehidupan ini dengan sebaiknya, Rasulullah (SAW) telah memberi dua cara yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian;
1. Bersungguh-sungguh dalam Bekerja dan Beribadat.

2. Sentiasa menjadi lebih baik.
Rasulullah (SAW) ada bersabda yang bermaksud:
"Berkerjalah kamu seperti kamu akan hidup seribu tahun. Beramallah kamu seperti kamu akan mati sebentar lagi".
Pesanan ini sudah memadai untuk kita menjalani kehidupan dengan seimbang dan baik untuk kepentingan dunia dan akhirat. 

Baginda juga ada berpesan supaya kita sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik. Sebagaimana yang disebut dalam sebuah hadith yang popular yang bermaksud:
"Barangsiapa yang hari ini lebih baik dari semalam dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini sama dengan semalam dia adalah orang yang rugi. Barangsiapa yang hari ini lebih buruk dari semalam dia adalah orang yang celaka".
Kesimpulannya, masa kita hidup di dunia ini ada tiga hari sahaja iaitu: semalam, hari ini dan esok. Kenang dan syukuri kebaikan hari kita yang semalam dan kekalkan kebaikan itu hari ini. Ingatilah dosa yang kita lakukan semalam dan bertaubatlah hari ini serta lakukan kebaikan untuk menebusnya. Rancanglah hari esok agar kita bersedia untuk menjadi lebih baik.








Duhai Teman dan Tuan-puan
Mari Kita Berpesan-pesanan
Baik Lelaki Juga Perempuan
Duduk Di Kampung Atau Di Pekan

Zaman ini Zamam Kemajuan
Kebendaan Menjadi Ukuran
Hidup Saling Bersaingan
Jika Lalai Tinggal Sendirian

Nabi Junjungan Pernah Berpesan
Agar Hidup Ada Pegangan
Semak Selalu Jangan Lupakan
Agar Tak Susah Di Hari Kemudian

Kena DiIngat Lima Perkara
Sebelum Tiba Lima Perkara
Aaa

Aaa

Semoga Hidup Aman Bahagia

Waktu Lapang Buatlah Amalan
Sebelum Sibuk Pelbagai Urusan
Isilah Dengan Amal Kebajikan
Menuntut Ilmu dan Baca Al-quran

Waktu Senang BerIngatlah
Sebelum Tiba Waktunya Susah
Jika Datang Ancaman Musibah
Mampu Bersedia Selesai Masalah

Bila Sihat Jagalah Badan
Sebelum Derita Sakit Tak Keruan
Kawallah Makan Untuk Kesihatan
Ringan Ibadah Nak Dikerjakan

Jika Kaya Bermurah Hati
Dapat Pahala Menolong Orang
Aaa

Aaa

Jikalau Miskin Apa Pun Tak Ada

Waktu Kita Hidup Di Dunia
Sediakan Bekalan Sebelum Mati
Walaupun Susah Banyak Halangan
Tabah dan Sabar Allah Kan Sayang

Ingat-Ingat Kita Semua
Jangan Mudah Sombong Diri
Insafilah Pesanan Ini
Untuk Kita Suluh Diri

Semoga Lembut Hati Kita
Untuk Taat dan Berbakti
Dari Allah Kita Datang
Kepada Allah Kita Kembali


09/04/2010

Selagi ada waktu...


Selagi ada waktu...







Maksud hadith:
"Rebutlah oleh kamu LIMA sebelum LIMA:
Hidup sebelum Mati, Sihat sebelum Sakit,
Lapang sebelum Sibuk, Muda Sebelum Tua
dan Kaya sebelum Miskin".



Selagi ada waktu. Heh, macam tajuk lagu itu pula, 'Selagi Ada Rindu'. Bukan tajuk lagu. Hari ini kita bercakap tentang waktu. Waktu sangat berkait-rapat dengan peluang dan kejayaan. Antara takdir dan waktu juga antara waktu dan kejayaan. Jangan biarkan diri kita dihimpit oleh keadaan dan ditinggalkan waktu yang terus berjalan. Selagi ada umur, selagi ada waktu, selagi itu kita akan dipersoalkan tentang bagaimanakah waktu itu kita pergunakan.

Salah satu ciri keperibadian orang yang berjaya ialah mereka cepat melihat peluang dan cekap mengambil peluang. Junjungan kita Nabi Muhammad Rasulullah (SAW) sendiri berpesan agar kita selalu menggunakan peluang dan kesempatan yang ada seperti yang tercatat dalam hadith di atas.

Peluang sangat berkait rapat dengan sifat syukur. Ini kerana, orang yang bersyukur dapat menerima dan menggunakan nikmat yang sedikit. Sebaliknya, orang yang tidak bersyukur malah tidak merasa cukup dengan nikmat dan peluang yang banyak.

Selain itu, peluang yang kita miliki adalah nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Sebagai muslim, kita wajib mensyukuri setiap nikmat yang kita terima daripada pemberian Allah. Syukur tidak hanya pada ucapan „Alhamdulillah‟, lebih dari itu cara mensyukuri nikmat ialah dengan menggunakan nikmat yang dimiliki dengan sebaik-baiknya.

Semakin kita bersyukur, kita akan dapat melihat lebih banyak peluang dan nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Walaupun peluang dan nikmat yang dimiliki nampak kecil dibandingkan dengan orang lain, tetapi dengan adanya rasa syukur dan kesedaran untuk menggunakan nikmat Allah dengan sebaik-baiknya, maka nikmat yang kecil akan terasa besar dan indahnya. Dari sikap inilah bermulanya kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup.

Berdasarkan hadith di atas, Rasulullah (SAW) mengingatkan kita agar mensyukuri nikmat Allah yang ada pada kita meliputi umur yang dipanjangkan Allah, kesihatan tubuh badan, kelapangan waktu dan kemudahan untuk kita bergerak, usia yang masih ada yang semakin hari kian bertambah dan nikmat rezeki yang kita miliki.

Satu daripada doa yang selalu dibaca oleh Baginda Rasulullah SAW adalah doa yang bermaksud: “Ya Allah berikan kami kebahagian hidup di dunia dan kebahagiaan hidup di akhirat dan lindungilah kami dari azab neraka”.

Kebahagiaan adalah sinonim dengan kejayaan. Antara jalan untuk mendapat kebahagiaan dan kejayaan hidup di dunia dan akhirat adalah dengan mensyukuri dan menggunakan LIMA PELUANG berikut;


1. HIDUP sebelum MATI.
2. SIHAT sebelum SAKIT.
3. LAPANG sebelum SIBUK.
4. MUDA sebelum TUA.
5. KAYA sebelum MISKIN.

Ramai orang tidak nampak peluang kerana mereka tidak memerhatikannya dan tidak mensyukurinya. Ramai orang juga tidak mahu merebut dan mengambil peluang kerana mereka tidak mahu berusaha dan tidak sanggup merasa susah.

Mengambil peluang dan menggunakan peluang dengan sebaik-baiknya bukanlah satu perkara yang mudah dan indah. Peluang ibarat selonggok tanah yang mengandungi emas. Tanah perlu diayak untuk mengasingkan butir-butir pasir yang mengandungi unsur emas. Kemudiannya butir-butir pasir tersebut akan diproses untuk mendapatkan emas. Emas tulen itu akan ditempa dan dibentuk untuk menjadi perhiasan dan barang kemas yang mahal harganya.

Kunci utama untuk kita menjadi orang yang merebut peluang dan menggunakan peluang ialah sifat syukur yang sebenar-benarnya. Orang yang bersyukur tidak akan membiarkan setiap nikmat yang dimilikinya berlalu begitu sahaja tanpa dimanfaatkan atau tanpa mengambil faedah daripadanya.





DOA

“Ya Allah, panjangkan umur kami dalam iman, taqwa dan amal soleh.
Berikan kami nikmat kesihatan jasmani, rohani, mental dan emosi.
Kami memohon dari-MU keberkatan umur dan masa dalam hidup kami.
Kami memohon perlindungan-Mu daripada kesibukan yang sia-sia
dan urusan yang tidak berfaedah.

Kami memohon daripada-Mu limpah kurnia
dan rezeki dari-Mu baik dalam bentuk apapun jua
sama ada wang ringgit, harta benda, ilmu dan lain sebagainya.
Kami memohon perlindungan-Mu daripada kekafiran dan kemiskinan.

Ya Allah, segala nikmat yang kami perolehi
dan apa yang diperolehi oleh setiap makhluk-Mu,
semua itu adalah daripada-Mu,
maka bagi-Mu segala puji dan syukur.

Amin Ya Rabb Al-Alamin”