Pernahkah Kita Sehabis Daya Membantu? Saya tertarik dengan kisah yang dikongsikan oleh Xarine dalam 'Bintang-bintang Ke Syurga'. Sebuah kisah tentang peminta sedekah dengan orang gila. Ketika seorang peminta sedekah duduk di tepi jalan, semua orang melintas sahaja. Berat untuk memberi kerana pelbagai prasangka dan kerana merasakan diri masing-masing pun susah juga. Kemudian, datang seorang gila, diterajangnya si pengemis tua. Sampai terpelanting. Akhirnya orang ramai menangkap dan membelasah si gila itu. Si gila dengan tenaga yang ada, dapat meloloskan diri. Selepas itu, orang ramai memberi perhatian kepada si pengemis. Sekejap masa, tin kosong si pengemis tadi penuh dengan wang kertas pelbagai warna.. Itu pertolongan dari si gila yang merelakan dirinya dipukul dan dipandang hina oleh orang ramai kerana kasihnya kepada pengemis. Mengingatkan kisah ini, saya berfikir banyak perkara. Salah satunya, ketika orang lain susah, kita selalu berkata hanya mampu berdoa. Jarang kita berusaha sehabis daya membantu. Malu saya dengan si gila dalam kisah ini. ...yang pahit itu, tidak semestinya tidak baik. Mungkin ia jauh lebih baik....
Kita Kawan Biasa atau Kawan Luar Biasa? Ketika kita nangis, kawan biasa hanya sama menangis.. agar kita rasa dia peduli. Tapi kawan luar biasa, jika kita menangis, dia cuba buat kita ketawa dan riang gembira semula. Kawan biasa, buat-buat jatuh ketika kita terjatuh, agar kita rasa ada orang bersama kita. Tapi kawan luar biasa, ketika kita jatuh, dia menunduk, menghulurkan tangannya, dan membantu kita bangun semula. Kawan biasa, jika kita bersalah, dia memaafkan.. atau jika tidak perlu dia diamkan saja, tidak mahu membincangkannya. Kawan luar biasa, jika kita bersalah, dia bantu kita memperbetulkannya dan mengingatkan kita agar tidak mengulang semula. Kawan luar biasa, jika kita bersalah, dia bantu kita memperbetulkannya dan mengingatkan kita agar tidak mengulang semula. Note: Hak Cinta Terpelihara. Ops! Hak Cipta Terpelihara ;-) Nukilan spontan di tengah hari. Isnin, 18 Oktober 2010. Jam 14:15. * Hak Cinta Terpelihara tu novel by Lynn Dayana. :p **Kak Lynn Dayana pula menambah di FB tadi. Tambahan yang menarik sekali.. tambahnya.. kawan biasa selalu belanja makan... kawan luar biasa, jarang belanja makan sebab mahu menjaga kesihatan kawannya itu. Hehe... Kawan biasa duit tak berkira, kawan luar biasa akan tolong mengira duit itu... sebab bekal utk masa hadapan dan mahu ...sama2 mengerjakan haji bersama. (Trimas Kak Lynn Dayana. Ya, kebetulan musim haji ni ;p)
Ketika kita nangis, kawan biasa hanya sama menangis.. agar kita rasa dia peduli. Tapi kawan luar biasa, jika kita menangis, dia cuba buat kita ketawa dan riang gembira semula. Kawan biasa, buat-buat jatuh ketika kita terjatuh, agar kita rasa ada orang bersama kita. Tapi kawan luar biasa, ketika kita jatuh, dia menunduk, menghulurkan tangannya, dan membantu kita bangun semula. Kawan biasa, jika kita bersalah, dia memaafkan.. atau jika tidak perlu dia diamkan saja, tidak mahu membincangkannya. Kawan luar biasa, jika kita bersalah, dia bantu kita memperbetulkannya dan mengingatkan kita agar tidak mengulang semula. Kawan luar biasa, jika kita bersalah, dia bantu kita memperbetulkannya dan mengingatkan kita agar tidak mengulang semula.
Note: Hak Cinta Terpelihara. Ops! Hak Cipta Terpelihara ;-) Nukilan spontan di tengah hari. Isnin, 18 Oktober 2010. Jam 14:15. * Hak Cinta Terpelihara tu novel by Lynn Dayana. :p **Kak Lynn Dayana pula menambah di FB tadi. Tambahan yang menarik sekali.. tambahnya.. kawan biasa selalu belanja makan... kawan luar biasa, jarang belanja makan sebab mahu menjaga kesihatan kawannya itu. Hehe... Kawan biasa duit tak berkira, kawan luar biasa akan tolong mengira duit itu... sebab bekal utk masa hadapan dan mahu ...sama2 mengerjakan haji bersama. (Trimas Kak Lynn Dayana. Ya, kebetulan musim haji ni ;p)
Ingat lagi dengan baby Hana? Baby Hana yang sedang sakit yang saya ceritakan tempoh hari... Jika anda sudah lupa, sila KLIK SINI;-) Beberapa hari yang lalu, saya mendapat email dari saudara kita, Cikgu Rohaiza, berkenaan Baby Hana. Setelah berjuang beberapa bulan, Baby Hana telah dijemput kembali kepada Allah SWT. Semoga dalam tempoh perjuangan itu, Cikgu Rohaiza dan suami adalah wira dan wirawati yang tabah dan gagah. Semoga mendapat pahala berlipat ganda di sisi Allah. Hana adalah hadiah terindah Allah buat Cikgu Rohaiza dan suami. Perjuangan kalian bernilai ibadah, pemergian Hana pula adalah saham akhirat dari Allah. Di bawah adalah email dari Cikgu Rohaiza..
Beberapa hari yang lalu, saya mendapat email dari saudara kita, Cikgu Rohaiza, berkenaan Baby Hana. Setelah berjuang beberapa bulan, Baby Hana telah dijemput kembali kepada Allah SWT. Semoga dalam tempoh perjuangan itu, Cikgu Rohaiza dan suami adalah wira dan wirawati yang tabah dan gagah. Semoga mendapat pahala berlipat ganda di sisi Allah. Hana adalah hadiah terindah Allah buat Cikgu Rohaiza dan suami. Perjuangan kalian bernilai ibadah, pemergian Hana pula adalah saham akhirat dari Allah. Di bawah adalah email dari Cikgu Rohaiza..
Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada saudara yang membaca ini. Semoga kehidupan kita lebih baik selepas ini. Semoga Ramadan yang baru berlalu, membawa perubahan kecil yang besar kesannya dalam kehidupan kita. Amin;-)
Slank – Kuil Cinta cinta itu suci, itu putih, itu tinggi cinta itu murni, itu bersih, itu tinggi cinta itu suci, itu putih, itu tinggi cinta itu murni, itu bersih, itu tinggi kuil cinta menebar kebahagiaan kuil cinta menebar perdamaian cinta itu benih, itu jernih, itu tinggi cinta itu air, itu bening, itu tinggi cinta itu cantik, itu wangi, itu tinggi kuil cinta membasuh penyegaran kuil cinta menyuluh kebenaran cinta itu api, yang alami, yang tertinggi cinta itu hati, itu kasih, itu tinggi, cinta itu api, itu sakit, itu tinggi cinta itu pasti, yang abadi, yang tertinggi
Nama Penulis: Norudin DramanJudul Buku: Reformat Hatimu Dalam 354 HariISBN: 978-967-5711-12-1Harga Semenanjung: RM18Harga Sabah & Sarawak: RM21 Editor : Siti Zarinah Bt Husain (siti .zarinah@karangkraf.com.my) Pengarah Seni : Nor Azam Syah Bin Razmi (azam.syah@karangkraf.com.my) Pereka Kreati f : Tengku Safrina Bt. Tengku Noorazland (tengku.safrina@karangkraf.com.my) Ketua Unit Foto : Jasmi Baba Penerbit: OASIS BOOKS SDN. BHD. (34682-M) Tingkat 1, Lot No. 7, Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-55106636 Faks : 03-55106637 Sinopsis: Dalam kehidupan kita setiap hari, kita banyak berurusan dengan hati. Baik atau buruk manusia ditentukan oleh hatinya. Antara perkara penting yang dibincangkan dalam buku ini ialah:- Ada apa dengan hati? Bagaimana mahu melakukan servis dan pemulihan hati? Mencari rahsia kunci kebaikan hati. Bagaimana mahu menjadi baik hati sehingga mati? Apakah harus dilakukan jika hati menjadi sedih? Bagaimana mahu mengelakkan diri menjadi ‘raja hati’? Sebenarnya, semua yang sudah kita bicarakan di atas adalahH – HarapanA – Agama (akidah)T – TakwaI – Ilmu ... itulah hati.
THANK YOU TEACHERS Thank you for all the Hours you spend Attention you give Need that you tend Knowledge you pass in Your special touch Offering guidance Undaunted by much Time you spend planning Efforts you make Angles to learn Changes you take Here's to our teachers Eeach one gem Recognized now, we Salute them!
Thank you for all the Hours you spend Attention you give Need that you tend Knowledge you pass in Your special touch Offering guidance Undaunted by much Time you spend planning Efforts you make Angles to learn Changes you take Here's to our teachers Eeach one gem Recognized now, we Salute them!
Bila bertalu rentak di kalbu Hasrat yang tersirat semakin ku buru Bila bergema laungan gempita Harapan bernyala nadiku berganda Gemuruh jiwa semangat membara Dari puncak ingin ke angkasa Berkalungkan bintang berkelipan Menyerlah jauh dari yang biasa Bila bertalu rentak di kalbu Hasrat yang tersirat semakin ku buru Bila bergema laungan gempita Harapan bernyala nadiku berganda Gemuruh jiwa semangat membara Dari puncak ingin ke angkasa Berkalungkan bintang berkelipan Menyerlah jauh dari yang biasa Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi Segalanya pastikan terbukti nanti
Selamat Hari Buku Sedunia! Percayalah, umat Islam adalah masyarakat yang paling banyak membaca. (Saya sedang berada dalam debaran...) - Begitulah yang saya tulis di dinding FaceBook saya pagi tadi.
Bacalah yang terbaik dari yang kamu jumpa. Tuliskan yang terbaik dari apa yang kamu baca. Hafalkan yang terbaik dari yang kamu tulis. Berbicaralah dengan yang terbaik dari apa yang kamu hafal.
Info Hari Buku Sedunia 2010 Hari Buku Sedunia diraikan setiap tahun pada 23 April. Bermula pada tahun 2001, sebuah bandar dipilih oleh UNESCO, IPA, IBF dan IFLA sebagai Ibu Kota Buku Sedunia; dimulai dengan Madrid (2001), Alexandria (2002), New Delhi (2003), Antwerp (2004), Montreal (2005), Turin (2006), Bogotá (2007), Amsterdam (2008) dan Beirut (2009). Ibu Kota Buku Sedunia 2010 adalah Ljubljana di Slovenia, menewaskan calon-calon kota lain seperti Vienna, Lisbon, St. Petersburg, Riga, Guadalajara dan Wellington. Ibu Kota Buku Sedunia 2011 pula ialah Buenos Aires (Argentina). Manakala pencalonan untuk Ibu Kota Buku Sedunia 2012 telah tamat pada 31 Mac 2010 mengikut waktu Perancis. Syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh sesebuah bandar untuk dinobatkan sebagai Ibu Kota Buku Sedunia adalah: 1. Penyerahan senarai program termasuk aktiviti yang akan diadakan oleh bandar tersebut sepanjang setahun penobatannya sebagai Ibu Kota Buku Sedunia; aktiviti-aktiviti tersebut haruslah istimewa dan hanya khusus diadakan untuk mendapatkan penobatan serta bukan aktiviti tahunan yang biasa; 2. Penglibatan semua tahap pada peringkat perbandaran, wilayah, nasional dan antarabangsa serta ukuran sejauh mana potensi aktiviti yang diadakan boleh memberi impak meluas; 3. Jumlah dan mutu jalinan kerjasama yang sedang berjalan di bandar tersebut dengan pihak profesional nasional dan antarabangsa yang mewakili penulis, penerbit, penjual buku dan pustakawan. 4. Jumlah dan mutu pelbagai aktiviti lain yang mempromosikan buku dan budaya membaca. 5. Memenuhi prinsip kebebasan ekspresi, kebebasan menerbit dan kebebasan menyebar maklumat seperti yang digariskan Perlembagaan UNESCO, Artikel 19 dan 27 Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia dan Perjanjian Florence. SUMBER: http://bukuria-malaysia.com/2010/04/ibu-kota-buku-sedunia/
Hari Buku Sedunia diraikan setiap tahun pada 23 April. Bermula pada tahun 2001, sebuah bandar dipilih oleh UNESCO, IPA, IBF dan IFLA sebagai Ibu Kota Buku Sedunia; dimulai dengan Madrid (2001), Alexandria (2002), New Delhi (2003), Antwerp (2004), Montreal (2005), Turin (2006), Bogotá (2007), Amsterdam (2008) dan Beirut (2009). Ibu Kota Buku Sedunia 2010 adalah Ljubljana di Slovenia, menewaskan calon-calon kota lain seperti Vienna, Lisbon, St. Petersburg, Riga, Guadalajara dan Wellington. Ibu Kota Buku Sedunia 2011 pula ialah Buenos Aires (Argentina). Manakala pencalonan untuk Ibu Kota Buku Sedunia 2012 telah tamat pada 31 Mac 2010 mengikut waktu Perancis. Syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh sesebuah bandar untuk dinobatkan sebagai Ibu Kota Buku Sedunia adalah: 1. Penyerahan senarai program termasuk aktiviti yang akan diadakan oleh bandar tersebut sepanjang setahun penobatannya sebagai Ibu Kota Buku Sedunia; aktiviti-aktiviti tersebut haruslah istimewa dan hanya khusus diadakan untuk mendapatkan penobatan serta bukan aktiviti tahunan yang biasa; 2. Penglibatan semua tahap pada peringkat perbandaran, wilayah, nasional dan antarabangsa serta ukuran sejauh mana potensi aktiviti yang diadakan boleh memberi impak meluas; 3. Jumlah dan mutu jalinan kerjasama yang sedang berjalan di bandar tersebut dengan pihak profesional nasional dan antarabangsa yang mewakili penulis, penerbit, penjual buku dan pustakawan. 4. Jumlah dan mutu pelbagai aktiviti lain yang mempromosikan buku dan budaya membaca. 5. Memenuhi prinsip kebebasan ekspresi, kebebasan menerbit dan kebebasan menyebar maklumat seperti yang digariskan Perlembagaan UNESCO, Artikel 19 dan 27 Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia dan Perjanjian Florence. SUMBER: http://bukuria-malaysia.com/2010/04/ibu-kota-buku-sedunia/
"Rebutlah oleh kamu LIMA sebelum LIMA: Hidup sebelum Mati, Sihat sebelum Sakit, Lapang sebelum Sibuk, Muda Sebelum Tua dan Kaya sebelum Miskin".
Alhamdulillah, hari Khamis yang baik. Siapa sudah tengok KAIJI? Saya sekarang boleh diumpamakan seperti babak ketika Kaiji dan kawan-kawannya semasa mereka sedang melintas sebuah titian kecil antara dua buah bangunan tinggi mencakar langit. Saya mahu menjerit kepada diri sendiri. Bertahanlah dan teruskan melangkah! Saya perlu menyelesaikannya. Terlanjur sudah melangkah dan menerima cabaran, berundur bukan pilihan. Ayuh! Tinggal 30% saja lagi.. Whoahh! Bertahanlah dan teruskan melangkah!!! Hehe.. maaf ya. Saya sedang memberi semangat kepada diri sendiri;p
1. Sentiasa menjaga kesihatan diri. Setiap muslim wajib menyimpan cita-cita untuk mengerjakan haji ke Mekah. Kewajipan haji tidak hanya menuntut persediaan wang ringgit. Haji juga mengingatkan kita untuk berusaha agar sentiasa sihat dan cergas. Biasakan diri berjalan atau berjogging kerana antara rukun haji ialah Tawaf, Melontar dan Sai yang tentunya lebih berat daripada riadah jogging. 2. Membandingkan kesakitan yang kita alami dengan kesakitan orang yang lebih teruk dan berat. Antara cara untuk hidup sihat ialah dengan menganggap sakit yang kita alami adalah kecil dan mudah berbanding orang lain. Ini kerana, kesihatan dan kekuatan diri untuk melawan penyakit sangat berkait dengan pemikiran dan anggapan kita kepada penyakit atau kesakitan yang sedang kita alami. 3. Menggunakan kesihatan untuk melakukan ibadah dan usaha dengan baik kerana kita pasti satu hari kita akan sakit dan kemampuan untuk berusaha dan beribadah pasti akan berkurangan.
Terima lah sebuah deklamasi, walau bukan idea sendiri, namun tetap tulus dari hati, ehem-ehem;-)
Apa Yang Telah Aku Lakukan Dalam perpisahan ini tiada darah tiada alibi Kerana aku sudah terhapus oleh penyesalan tentang kebenaran tentang ribuan pembohongan Ayuh ke marilah! oh, yang bernama belas kasihan untuk kucuci semua apa yang telah aku lakukan Sudah kuhadapi, diriku sendiri ingin merubah yang telah terjadi menghapus diri sendiri dan biarkan pergi dari apa yang telah aku lakukan Ingin kukuburkan dalam damai apa yang kalian fikirkan tentangku agar aku bersih dari segala prasangka serta salah dan dosa dengan tangan yang terketar oleh ketidakpastian Untuk apa yang telah aku lakukan aku mahu memulakan semula walaupun ribuan kesakitan mungkin datang Hari ini akan berakhir aku mengharap keampunan, apa yang telah aku lakukan apa yang telah aku lakukan Aku mengharap keampunan, apa yang telah aku lakukan..
What Ive Done - LINKIN PARK In this farewell There’s no blood There’s no Alibi ‘Cause I’ve Drawn Regret From the truth Of a Thousand Lies [Pre-Chorus] So let Mercy Come And Wash Away [Chorus] what i`ve Done I've faced myself To Cross out what I’ve Become Erase Myself And let Go of What I’ve done Put to rest What you Thought of Me While I clean this Slate With the Hands of Uncertainty [Pre-Chorus] [Chorus] For What I’ve Done I start again And whatever pain may come Today this ends I’m Forgiving What I’ve Done [Chorus] What I’ve Done Forgiving What I’ve Done
ku hanya pemimpi kecil yang berangan tuk merubah nasibnya… oh.. bukankah ku pernah melihat bintang senyum menghiasi sang malam yang berkilau bagai permata menghibur yang lelah jiwanya yang sedih hatinya yang lelah jiwanya yang sedih hatinya ku gerakkan langkah kaki di mana CINTA akan bertumbuh ku layangkan jauh mata memadang tuk melanjutkan mimpi yang terutus masih ku coba mengejar rinduku meski peluh membasahi tangan lelah penat tak menghalangiku menemukan bahagia
setiap perkataan yang menjatuhkan tak lagi ku dengar dengan sungguh juga tutur kata yang mencela tak lagi ku cerna dalam jiwa aku bukanlah seorang yang mengerti tentang kelihaian membaca hati ku hanya pemimpi kecil yang berangan tuk merubah nasibnya… oh.. bukankah ku pernah melihat bintang senyum menghiasi sang malam yang berkilau bagai permata menghibur yang lelah jiwanya yang sedih hatinya yang lelah jiwanya yang sedih hatinya ku gerakkan langkah kaki di mana CINTA akan bertumbuh ku layangkan jauh mata memadang tuk melanjutkan mimpi yang terutus masih ku coba mengejar rinduku meski peluh membasahi tangan lelah penat tak menghalangiku menemukan bahagia o… o… bukankah ku pernah melihat bintang senyum menghiasi sang malam yang berkilau bagai permata menghibur yang lelah jiwanya yang sedih hatinya yang lelah jiwanya yang sedih hatinya yang lelah jiwanya oo.. bukankah ku bisa melihat bintang senyum menghiasi sang malam yang berkilau bagai permata menghibur yang lelah jiwanya bukankah hidup ada PERHENTIAN tak harus kencang terus berlari ku helakan nafas panjang tuk siap berlari kembali… berlari kembali.. melangkahkan kaki menuju cahaya bagai bintang yang bersinar menghibur yang lelah jiwanya bagai bintang yang berpijar menghibur yang sedih hatinya
Ingat lagi dengan baby Hana? Baby Hana yang sedang sakit yang saya ceritakan tempoh hari... Jika anda sudah lupa, sila KLIK SINI;-) Di bawah adalah screenshot email dari ibu baby Hana kepada saya.. (Email dari ibu Baby Hana) AssalammualaikumSaya Rohaiza Binti Ishak. Ibu kepada Hana. Tujuan saya menghantar email ini kerana saya terbaca komen ustaz di blog uncle joe. Ustaz menanyakan maklumat tentang kami. Di bawah ini ada sedikit maklumat mengenai kami.Nama Ayah : Mohemed Helmi B. Mohamed ArisNama Ibu : Rohaiza Bt IshakNama bayi : NurHannahAlamat : No 52, Jln PJ8 Tmn Pengkalan Jaya, Bukit Katil Melaka. Saya harap dengan maklumat yang tak seberapa ini bolehlah ustaz bantu kami sekeluarga. Mungkin ada antara teman2 malahan ustz sendiri yang kedudukannya lebih rapat dengan Allah, maka doanya lebih makbul. Saya dan suami mengucapkan terima kasih di atas usaha ustz. Hanya Allah yang lebih layak utk membalasnya. Kalau tidak menyusahkan, hebahkan lah bantuan yang saya pinta ini kepada teman2. Doakan agar NurHannah dipulihkan kerosakan otaknya, dijauhkan dari kecacatan dan boleh membesar seperti kanak2 yang sempurna. Amin.
AssalammualaikumSaya Rohaiza Binti Ishak. Ibu kepada Hana. Tujuan saya menghantar email ini kerana saya terbaca komen ustaz di blog uncle joe. Ustaz menanyakan maklumat tentang kami. Di bawah ini ada sedikit maklumat mengenai kami.Nama Ayah : Mohemed Helmi B. Mohamed ArisNama Ibu : Rohaiza Bt IshakNama bayi : NurHannahAlamat : No 52, Jln PJ8 Tmn Pengkalan Jaya, Bukit Katil Melaka. Saya harap dengan maklumat yang tak seberapa ini bolehlah ustaz bantu kami sekeluarga. Mungkin ada antara teman2 malahan ustz sendiri yang kedudukannya lebih rapat dengan Allah, maka doanya lebih makbul. Saya dan suami mengucapkan terima kasih di atas usaha ustz. Hanya Allah yang lebih layak utk membalasnya. Kalau tidak menyusahkan, hebahkan lah bantuan yang saya pinta ini kepada teman2. Doakan agar NurHannah dipulihkan kerosakan otaknya, dijauhkan dari kecacatan dan boleh membesar seperti kanak2 yang sempurna. Amin.
ANALISIS MASALAH Pihak yang ingin ditegur: Tetamu yang mengambil (mencuri) barang-barang yang digunakan dalam jamuan. Matlamat teguran: Untuk menyelamatkan khazanah negara yang berharga dan penting. Masalah: Tidak boleh memalukan pihak yang ingin ditegur.
Pihak yang ingin ditegur: Tetamu yang mengambil (mencuri) barang-barang yang digunakan dalam jamuan. Matlamat teguran: Untuk menyelamatkan khazanah negara yang berharga dan penting. Masalah: Tidak boleh memalukan pihak yang ingin ditegur.
PENYELESAIAN Perdana menteri negara tuan rumah meminta seorang daripada pengawalnya untuk menyamar menjadi ahli silap mata. Sebelum majlis berakhir, pengacara majlis memberitahu para hadirin bahawa satu pertunjukan silap mata akan dipersembahkan. Ahli silap mata 'olok-olok' lalu dijemput ke atas pentas. Sebaik berada di atas pentas, ahli silap mata itu memperkenalkan diri. Selepas itu dia memberitahu tentang silap mata yang akan dipersembahkan olehnya, yang mungkin tidak akan dialami lagi oleh para tetamu selepas itu. "Tuan-tuan dan puan-puan. Silap mata ini adalah permintaan istimewa oleh perdana menteri negara kami yang dipersembahkan khas untuk para pemimpin negara tetamu yang sudi melawat negara kami. Ini mungkin kali pertama dan terakhir tuan-tuan dan puan-puan sekalian melalui saat yang ajaib seperti ini". "Baiklah, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati. Selepas saya menghitung kiraan tiga, semua lampu dalam dewan ini akan ditutup dalam masa lima saat.. dan dalam masa lima saat itu, saya akan memasukkan beberapa barang yang berada di atas meja ke dalam beg tuan-tuan dan puan-puan sekalian.. Lebih menarik, sesiapa yang barang-barang di atas meja yang saya masukkan ke dalam beg mereka akan menerima hadiah istimewa dari perdana menteri". Tepukan bergemuruh. "Sebelum itu, ada satu syarat yang perlu dipatuhi oleh kita semua. Semua hadirin yang membawa beg tangan, diminta menutup beg mereka dengan kemas dan sila peluk beg itu dengan erat." "Nampaknya semua sudah bersedia... satu.. dua.. tiga!" Dewan pun bergelap selama lima saat. Pada masa itulah perdana menteri dan isteri serta beberapa pemimpin negara tuan rumah yang tahu akan hal itu, turut memasukkan beberapa barang ke dalam beg mereka. Ini bertujuan agar tetamu tidak merasa curiga dan malu dengan persembahan itu. Selepas lima saat, lampu dinyalakan semula. Kelihatan semua tetamu masih memeluk dengan erat beg tangan mereka. "Bailah, tuan puan sekalian sila periksa beg masing-masing. Sesiapa yang di dalam beg meraka ada dimasukkan barang-barang di atas meja, sila keluarkan barang tersebut dan panggil pelayan. Pelayan akan mengambil nama untuk perdana menteri memberikan hadiah istimewa. Hadiah akan dikirim melalui pos".Ramailah tetamu yang berpura-pura menjerit 'kegembiraan' kerana di dalam beg mereka ada barang yang 'dimasukkan' oleh ahli silap mata. Oleh kerana perdana menteri dan beberapa orang pemimpin negara tuan rumah juga 'ada barang' di dalam beg mereka, maka tetamu yang cuba mencuri tadi tidak berasa malu dan bersalah. Maka selesailah satu masalah;-)
Perdana menteri negara tuan rumah meminta seorang daripada pengawalnya untuk menyamar menjadi ahli silap mata. Sebelum majlis berakhir, pengacara majlis memberitahu para hadirin bahawa satu pertunjukan silap mata akan dipersembahkan. Ahli silap mata 'olok-olok' lalu dijemput ke atas pentas. Sebaik berada di atas pentas, ahli silap mata itu memperkenalkan diri. Selepas itu dia memberitahu tentang silap mata yang akan dipersembahkan olehnya, yang mungkin tidak akan dialami lagi oleh para tetamu selepas itu. "Tuan-tuan dan puan-puan. Silap mata ini adalah permintaan istimewa oleh perdana menteri negara kami yang dipersembahkan khas untuk para pemimpin negara tetamu yang sudi melawat negara kami. Ini mungkin kali pertama dan terakhir tuan-tuan dan puan-puan sekalian melalui saat yang ajaib seperti ini". "Baiklah, tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati. Selepas saya menghitung kiraan tiga, semua lampu dalam dewan ini akan ditutup dalam masa lima saat.. dan dalam masa lima saat itu, saya akan memasukkan beberapa barang yang berada di atas meja ke dalam beg tuan-tuan dan puan-puan sekalian.. Lebih menarik, sesiapa yang barang-barang di atas meja yang saya masukkan ke dalam beg mereka akan menerima hadiah istimewa dari perdana menteri". Tepukan bergemuruh. "Sebelum itu, ada satu syarat yang perlu dipatuhi oleh kita semua. Semua hadirin yang membawa beg tangan, diminta menutup beg mereka dengan kemas dan sila peluk beg itu dengan erat." "Nampaknya semua sudah bersedia... satu.. dua.. tiga!" Dewan pun bergelap selama lima saat. Pada masa itulah perdana menteri dan isteri serta beberapa pemimpin negara tuan rumah yang tahu akan hal itu, turut memasukkan beberapa barang ke dalam beg mereka. Ini bertujuan agar tetamu tidak merasa curiga dan malu dengan persembahan itu. Selepas lima saat, lampu dinyalakan semula. Kelihatan semua tetamu masih memeluk dengan erat beg tangan mereka. "Bailah, tuan puan sekalian sila periksa beg masing-masing. Sesiapa yang di dalam beg meraka ada dimasukkan barang-barang di atas meja, sila keluarkan barang tersebut dan panggil pelayan. Pelayan akan mengambil nama untuk perdana menteri memberikan hadiah istimewa. Hadiah akan dikirim melalui pos".
Ramailah tetamu yang berpura-pura menjerit 'kegembiraan' kerana di dalam beg mereka ada barang yang 'dimasukkan' oleh ahli silap mata. Oleh kerana perdana menteri dan beberapa orang pemimpin negara tuan rumah juga 'ada barang' di dalam beg mereka, maka tetamu yang cuba mencuri tadi tidak berasa malu dan bersalah. Maka selesailah satu masalah;-)
Kaiji: The Gambler Ultimate adalah sebuah filem thriller psikologi dari Jepun yang sangat menarik, mendebarkan dan mengujakan. Dibintangi oleh Fujiwara Tatsuya sebagai Kaiji. Filem ini berdasarkan manga (komik Jepun) oleh Nobuyuki Fukumoto's yang telah terjual lebih dari 11 juta naskah. Kaiji seorang pemuda 26 tahun yang 'jiwa kacau' dan malas. Hidup terumbang ambing. Suka bertukar kerja yang akhirnya dia terperangkap untuk menyertai perjudian dalam sebuah kapal mewah. Apakah yang berlaku seterusnya? Mengapakah filem ini menarik bagi saya? Saya perlu menonton filem ini sehingga habis dulu untuk menjawabnya;-)
Satu masa, seorang Perdana Menteri mengadakan jamuan minum petang bersama seorang Perdana Menteri negera lain. Majlis itu dihadiri ramai pembesar dari kedua-dua buah negara; sama ada negara tuan rumah mahupun negara yang datang bertamu. Majlis itu diadakan di rumah Perdana Menteri tersebut. Cawan, piring, pinggan, sudu, garpu, mangkuk dan lain sebagainya yang digunakan dalam majlis itu adalah antara khazanah negara yang mahal-mahal dan sangat bernilai. Ada antaranya yang berusia ratusan tahun dan merupakan khazanah sejarah negara. Tentulah pinggan mangkuk pada pasangan suami isteri Perdana Menteri yang bertamu adalah lebih istimewa daripada pembesar yang lainnya. Al-maklumlah, negara tuan rumah adalah negara yang terkenal dengan bahan-bahan seperti itu. Serata dunia mengenali negara itu sebagai negara yang pakar dan hebat dalam pembuatan Cawan, piring, pinggan, mangkuk, sudu dan garpu yang cantik, unik dan tiada tandingan di dunia ini. Selepas jamuan, perdana menteri negara tuan rumah naik ke atas pentas untuk memberikan ucapan. Masa inilah beliau 'perasan' beberapa orang isteri tetamu yang hadir memasukkan sudu, garpu, piring dan mangkuk yang kecil ke dalam tas tangan mereka yang besar-besar dan mahal-mahal itu. Maka, perdana menteripun jiwa kacau melihat keadaan itu. Ucapannya pun mula hilang fokus dan akhirnya ucapan itu dihentikan cepat. Selalunya, perdana menteri ini bila berucap punyalah panjang lebar. Mungkin kerana itu, beberapa orang isteri tetamu yang hadir merasakan beliau tidak nampak mereka sedang mengambil sudu, garpu, piring dan mangkuk itu. Selepas perdana menteri mengakhiri ucapannya, tibalah giliran perdana menteri negara tetamu memberi ucapan dan selepas itu pula ada persembahan kebudayaan dari kedua-dua negara. Perdana menteri negara tuan rumah mengambil kesempatan ini untuk berbincang dengan isterinya. Perdana menteri negara tuan rumah dan isterinya ke bahagian belakang pentas dan berbincang. Bagaimana caranya untuk menyelamatkan sudu, garpu, piring dan mangkuk yang diambil itu dengan cara yang paling bijak dan halus. Mereka tidak boleh memalukan tetamu tersebut kerana hubungan diplomatik antara kedua negara boleh terjejas sekiranya tetamu malu dengan apa yang berlaku. Dan... Inilah masalah yang hendak kita bincangkan. Mohon anda berikan cadangan anda ya. Bagaimana caranya untuk menyelamatkan sudu, garpu, piring dan mangkuk yang diambil itu dengan cara yang paling bijak tetapi berkesan. ;-)
Betapa berat mata yang memandang.. KLIK SINI untuk kisah lanjut bayi dalam gambar-gambar di bawah Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah. Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi ibu Hana 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kauasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut. Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. KLIK SINI untuk kisah lanjut bayi dalam gambar-gambar di atas
KLIK SINI untuk kisah lanjut bayi dalam gambar-gambar di bawah Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah. Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi ibu Hana 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kauasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut. Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. KLIK SINI untuk kisah lanjut bayi dalam gambar-gambar di atas
ORANG BUKAN ISLAM MENEMUI KEAJAIBAN SOLAT (Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains) Ng Siew Chok; Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Melaya (UM), bersama dua orang lagi Professor di UM telah menjalankan kajian saintifik terhadap solat yang pertama di Malaysia. Menurut Siew Chok, otak dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Dalam bidang kejuruteraan perubatan, ketenangan fikiran (otak) dapat diukur menggunakan EEG (electroencephalography)-sejenis alat untuk mengukur gelombang otak. Gelombang otak jenis Alfa(813hz) merupakan keadaan tenang. Siew Chok mendapati, semasa I’tidal (berdiri selepas solat sebelum sujud dengan thoma’ninah); isyarat Alfa daripada gelombang otak orang yang bersolat meningkat dengan mendadak. Peningkatan mendadak isyarat Alfa membuktikan otak sangat tenang pada ketika itu. Beliau merumuskan semasa I’tidal dengan thoma’ninah adalah masa yang paling tenang dalam solat. Pada setiap akhir sesi ujikaji, Siew Chok mendapati keadaan fizikal dan mental selepas seseorang mendirikan solat berada dalam keadaan segar dan tenang seperti baru bangun dari tidur yang cukup. Siew Chok merumuskan solat boleh menjadi sesi refreshment untuk seseorang sebelum meneruskan rutin kehidupan yang memerlukan banyak tenaga baik fizikal dan kekuatan mental dalam mengharungi cabaran dan masalah hidup. Antara keajaiban solat yang ditemui oleh Ng Siew Chok dan dua orang rakannya mendapati: 1. Umat Islam bertuah kerana solat wajib yang dilakukan 5 waktu sehari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otak dan fizikal. 2. Komposisi tubuh terbaik bagi seorang manusia boleh diperolehi dengan solat wajib lima kali sehari, kefahaman terhadap apa yang dibaca dalam solat, solat berjamaah, dan rukuk dan sujud dengan tepat/betul. 3. Didapati orang yang solat berjamaah lebih tenang dan sihat berbanding orang yang solat bersendirian. 4. Solat boleh merawat ED (erectly disfunction) atau lebih dikenali sbagai mati pucuk. 5. Menurut pakar, pesakit jantung perlu melakukan senaman 30minit setiap hari dan ini menyamai solat wajib yang lima. Lebih daripada itu, banyak lagi penemuan oleh pakar-pakar Islam mahupun bukan Islam yang membuktikan keajaiban, kepentingan dan kebaikan solat terhadap manusia. Antaranya ialah penemuan Dr Moh Sholeh; seorang doctor perubatan di Indonesia yang mendapati solat sunat tahajjud boleh merawat barah. Lagi, penemuan tiga orang doktor di Jepun yang mendapati solat mencegah dan merawat sakit sendi dan tulang pada umur tua. Kesimpulannya; Melakukan solat belum tentu dapat memperolehi kebaikan-kebaikan tersebut andai solat kita tidak tepat dalam perlaksanaannya. Kebaikan hasil solat itu tentu hanya dapat diperolehi dan dirasai dengan solat yang betul dan tepat dalam perlaksanaannya. Selebihnya; matlamat solat itu (sebagaimana yang dikehendaki Allah) hanya dapat dicapai oleh orang yang menghadirkan seluruh dirinya menghadap Allah semasa solat. Bagaimana yang dikatakan orang yang menghadirkan seluruh dirinya manghadap Allah ketika solat? Itulah orang yang hadir jasadnya, mindanya, akalnya, hatinya dan jiwanya ketika solat. Akhirkata, hanya dengan ilmu kita akan memahami dan memperolehinya. Ingat, amalan tanpa ilmu ibarat pokok tidak berdahan dan tidak berbuah. WALLAHU’ALAM.
Ng Siew Chok; Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Melaya (UM), bersama dua orang lagi Professor di UM telah menjalankan kajian saintifik terhadap solat yang pertama di Malaysia. Menurut Siew Chok, otak dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Dalam bidang kejuruteraan perubatan, ketenangan fikiran (otak) dapat diukur menggunakan EEG (electroencephalography)-sejenis alat untuk mengukur gelombang otak. Gelombang otak jenis Alfa(813hz) merupakan keadaan tenang. Siew Chok mendapati, semasa I’tidal (berdiri selepas solat sebelum sujud dengan thoma’ninah); isyarat Alfa daripada gelombang otak orang yang bersolat meningkat dengan mendadak. Peningkatan mendadak isyarat Alfa membuktikan otak sangat tenang pada ketika itu. Beliau merumuskan semasa I’tidal dengan thoma’ninah adalah masa yang paling tenang dalam solat. Pada setiap akhir sesi ujikaji, Siew Chok mendapati keadaan fizikal dan mental selepas seseorang mendirikan solat berada dalam keadaan segar dan tenang seperti baru bangun dari tidur yang cukup. Siew Chok merumuskan solat boleh menjadi sesi refreshment untuk seseorang sebelum meneruskan rutin kehidupan yang memerlukan banyak tenaga baik fizikal dan kekuatan mental dalam mengharungi cabaran dan masalah hidup. Antara keajaiban solat yang ditemui oleh Ng Siew Chok dan dua orang rakannya mendapati: 1. Umat Islam bertuah kerana solat wajib yang dilakukan 5 waktu sehari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otak dan fizikal. 2. Komposisi tubuh terbaik bagi seorang manusia boleh diperolehi dengan solat wajib lima kali sehari, kefahaman terhadap apa yang dibaca dalam solat, solat berjamaah, dan rukuk dan sujud dengan tepat/betul. 3. Didapati orang yang solat berjamaah lebih tenang dan sihat berbanding orang yang solat bersendirian. 4. Solat boleh merawat ED (erectly disfunction) atau lebih dikenali sbagai mati pucuk. 5. Menurut pakar, pesakit jantung perlu melakukan senaman 30minit setiap hari dan ini menyamai solat wajib yang lima. Lebih daripada itu, banyak lagi penemuan oleh pakar-pakar Islam mahupun bukan Islam yang membuktikan keajaiban, kepentingan dan kebaikan solat terhadap manusia. Antaranya ialah penemuan Dr Moh Sholeh; seorang doctor perubatan di Indonesia yang mendapati solat sunat tahajjud boleh merawat barah. Lagi, penemuan tiga orang doktor di Jepun yang mendapati solat mencegah dan merawat sakit sendi dan tulang pada umur tua. Kesimpulannya; Melakukan solat belum tentu dapat memperolehi kebaikan-kebaikan tersebut andai solat kita tidak tepat dalam perlaksanaannya. Kebaikan hasil solat itu tentu hanya dapat diperolehi dan dirasai dengan solat yang betul dan tepat dalam perlaksanaannya. Selebihnya; matlamat solat itu (sebagaimana yang dikehendaki Allah) hanya dapat dicapai oleh orang yang menghadirkan seluruh dirinya menghadap Allah semasa solat. Bagaimana yang dikatakan orang yang menghadirkan seluruh dirinya manghadap Allah ketika solat? Itulah orang yang hadir jasadnya, mindanya, akalnya, hatinya dan jiwanya ketika solat. Akhirkata, hanya dengan ilmu kita akan memahami dan memperolehinya. Ingat, amalan tanpa ilmu ibarat pokok tidak berdahan dan tidak berbuah. WALLAHU’ALAM.
Antara keajaiban solat yang ditemui oleh Ng Siew Chok dan dua orang rakannya mendapati: 1. Umat Islam bertuah kerana solat wajib yang dilakukan 5 waktu sehari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otak dan fizikal. 2. Komposisi tubuh terbaik bagi seorang manusia boleh diperolehi dengan solat wajib lima kali sehari, kefahaman terhadap apa yang dibaca dalam solat, solat berjamaah, dan rukuk dan sujud dengan tepat/betul. 3. Didapati orang yang solat berjamaah lebih tenang dan sihat berbanding orang yang solat bersendirian. 4. Solat boleh merawat ED (erectly disfunction) atau lebih dikenali sbagai mati pucuk. 5. Menurut pakar, pesakit jantung perlu melakukan senaman 30minit setiap hari dan ini menyamai solat wajib yang lima.
(MANSOR bersama Siti Rohani (dua dari kiri) serta sanak saudara menyaksikan majlis pernikahan Eezalela dan Hassan Aqeel menerusi sidang video menggunakan Skype di St Gabriel, Los Angeles, di rumahnya di Lorong Al-Falah, Batu 7, Simpang Renggam, Johor, semalam. KLIK SINI untuk berita lanjut) - Harap maklum. Berita ini tidak termasuk dalam isu 'Ngilu dan Malu' ya.
BERITA NGILU dan MALU 1 Pasangan berzina diarak bogel keliling kampung BANDA ACHEH 8 April 2010 - Seorang guru bersama kekasihnya yang merupakan isteri orang, diarak bogel mengelilingi kampung mereka setelah didapati berzina sebelum dipukul oleh penduduk dan kini berdepan hukuman sebat di khalayak umum. Guru itu yang hanya dikenali sebagi Bus, berusia 36 tahun ditangkap semasa mengadakan hubungan seks dengan seorang suri rumah Yus, 28, di Acheh oleh penduduk kampung. "Penduduk kampung menyerbu rumah wanita itu dan mendapati mereka sedang berdua-duaan," kata pegawai penguatkuasa Syariah Aceh Barat, Teuku Abdurrazak. "Mereka kemudiannya ditarik keluar dan diarak berbogel keliling kampung, diikat di sebatang tiang dan dipukul menggunakan kayu serta tangan mereka sehingga lebam dan biru. "Penduduk kampung sangat marah... jika polis lambat tiba di tempat kejadian, pasangan itu mungkin mati," kata Abdurrazak. Menurutnya lagi, pasangan itu kini berdepan hukuman sembilan sebatan jika didapati bersalah berzina. Aceh melaksanakan sebahagian undang-undang Syariah pada 2001 sebagai sebahagian daripada pakej autonomi dari Jakarta bertujuan untuk menghapuskan sentimen puak pemisah. SUMBER: AFP
Pasangan berzina diarak bogel keliling kampung BANDA ACHEH 8 April 2010 - Seorang guru bersama kekasihnya yang merupakan isteri orang, diarak bogel mengelilingi kampung mereka setelah didapati berzina sebelum dipukul oleh penduduk dan kini berdepan hukuman sebat di khalayak umum. Guru itu yang hanya dikenali sebagi Bus, berusia 36 tahun ditangkap semasa mengadakan hubungan seks dengan seorang suri rumah Yus, 28, di Acheh oleh penduduk kampung. "Penduduk kampung menyerbu rumah wanita itu dan mendapati mereka sedang berdua-duaan," kata pegawai penguatkuasa Syariah Aceh Barat, Teuku Abdurrazak. "Mereka kemudiannya ditarik keluar dan diarak berbogel keliling kampung, diikat di sebatang tiang dan dipukul menggunakan kayu serta tangan mereka sehingga lebam dan biru. "Penduduk kampung sangat marah... jika polis lambat tiba di tempat kejadian, pasangan itu mungkin mati," kata Abdurrazak. Menurutnya lagi, pasangan itu kini berdepan hukuman sembilan sebatan jika didapati bersalah berzina. Aceh melaksanakan sebahagian undang-undang Syariah pada 2001 sebagai sebahagian daripada pakej autonomi dari Jakarta bertujuan untuk menghapuskan sentimen puak pemisah. SUMBER: AFP
BERITA NGILU dan MALU 2 Suami simbah asid kena 6 tahun, 2 sebatan Oleh Irwan Shafrizan Ismailirwansha@bharian.com.my2010/04/13 KUANTAN: Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan terhadap seorang penganggur selepas mengaku bersalah atas tuduhan menyimbah cuka getah terhadap isterinya apabila keinginannya untuk melakukan hubungan seks ditolak. Ketika menjatuhkan hukuman itu terhadap Supian Hani Ismail, 47, Hakim Irwan Suainbon menegaskan mahkamah memandang serius kesalahan dilakukan tertuduh yang sepatutnya melindungi isterinya. Irwan memerintahkan hukuman penjara dilaksanakan bermula hari ini. KLIK SINI untuk berita lanjut
Suami simbah asid kena 6 tahun, 2 sebatan Oleh Irwan Shafrizan Ismailirwansha@bharian.com.my2010/04/13 KUANTAN: Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan terhadap seorang penganggur selepas mengaku bersalah atas tuduhan menyimbah cuka getah terhadap isterinya apabila keinginannya untuk melakukan hubungan seks ditolak. Ketika menjatuhkan hukuman itu terhadap Supian Hani Ismail, 47, Hakim Irwan Suainbon menegaskan mahkamah memandang serius kesalahan dilakukan tertuduh yang sepatutnya melindungi isterinya. Irwan memerintahkan hukuman penjara dilaksanakan bermula hari ini. KLIK SINI untuk berita lanjut
BERITA NGILU 1 ‘Tidurkan’ bayi dalam tong sampahOleh Nor Fazlina Abdul Rahim dan Md Fuzi Abd Latehbhnews@bharian.com.my2010/04/12 Mayat mangsa dibungkus dengan surat khabar ditemui kakitangan MDHS KUALA LUMPUR: Lagi kes pembuangan bayi berlaku, terbaru dengan penemuan mayat bayi lelaki dibungkus dengan surat khabar dan masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan di dalam tong sampah di Kampung Tanjung dekat Sungai Choh, Hulu Selangor, pagi semalam. Mayat bayi itu ditemui Mohd Kamil Enoh, 44, pekerja Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) ketika memulakan kerja hariannya di kawasan berkenaan, kira-kira jam 8 pagi. KLIK SINI untuk baca selanjutnya
BERITA NGILU 2 Remaja larikan Halimaton ditahanOleh Nahar Tajri dan Hamzah Osmanbhnews@bharian.com.my2010/04/12LANGKAWI: Teman lelaki Halimaton Abdul Rashid, pelajar pintar yang melarikan diri ke pulau ini bulan lalu untuk berkahwin, ditahan polis pada Jumaat lalu untuk disiasat kerana disyaki melarikan pelajar berkenaan daripada penjaganya. Mohamad Noor Abdullah, 19, atau lebih dikenali sebagai Adam, ditahan di rumahnya oleh sepasukan polis dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi sebelum dihantar ke IPD Kuala Muda, tempat laporan kehilangannya dibuat pada 22 Mac lalu. Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Ishak Hasan, ketika dihubungi mengesahkan penahanan remaja lelaki itu dan kes diserahkan kepada IPD Kuala Muda untuk siasatan lanjut. KLIK SINI untuk baca selanjutnya
Remaja larikan Halimaton ditahanOleh Nahar Tajri dan Hamzah Osmanbhnews@bharian.com.my2010/04/12LANGKAWI: Teman lelaki Halimaton Abdul Rashid, pelajar pintar yang melarikan diri ke pulau ini bulan lalu untuk berkahwin, ditahan polis pada Jumaat lalu untuk disiasat kerana disyaki melarikan pelajar berkenaan daripada penjaganya. Mohamad Noor Abdullah, 19, atau lebih dikenali sebagai Adam, ditahan di rumahnya oleh sepasukan polis dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi sebelum dihantar ke IPD Kuala Muda, tempat laporan kehilangannya dibuat pada 22 Mac lalu. Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Ishak Hasan, ketika dihubungi mengesahkan penahanan remaja lelaki itu dan kes diserahkan kepada IPD Kuala Muda untuk siasatan lanjut. KLIK SINI untuk baca selanjutnya
BERITA NGILU 3 Mayat hancur di lebuh rayaOleh Nor Fazlina Abdul Rahim dan Md Fuzi Abd Latehbhnews@bharian.com.my2010/04/12Mangsa digilis puluhan kenderaan ketika melintas beli makanan RAWANG: Seorang lelaki, Azit Saat, 69, ditemui maut dengan badan hancur berkecai, tali perut terburai dan tulangnya bertaburan sepanjang kira-kira 50 meter akibat digilis puluhan kenderaan di lebuh raya berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Rawang, di sini, kelmarin. Kejadian di Kilometer 439.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara itu berlaku kira-kira jam 8 malam apabila mangsa dikatakan cuba melintasi lebuh raya berkenaan untuk membeli makanan di kawasan hentian bersebelahan. KLIK SINI untuk baca selanjutnya
Mayat hancur di lebuh rayaOleh Nor Fazlina Abdul Rahim dan Md Fuzi Abd Latehbhnews@bharian.com.my2010/04/12Mangsa digilis puluhan kenderaan ketika melintas beli makanan RAWANG: Seorang lelaki, Azit Saat, 69, ditemui maut dengan badan hancur berkecai, tali perut terburai dan tulangnya bertaburan sepanjang kira-kira 50 meter akibat digilis puluhan kenderaan di lebuh raya berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Rawang, di sini, kelmarin. Kejadian di Kilometer 439.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara itu berlaku kira-kira jam 8 malam apabila mangsa dikatakan cuba melintasi lebuh raya berkenaan untuk membeli makanan di kawasan hentian bersebelahan. KLIK SINI untuk baca selanjutnya