Jika anda bertanya saya, daripada 7 hari dalam seminggu, apakah hari terbaik atau hari feveret saya? Jawapan saya ialah hari Jumaat dan jawapan ini tidak pernah berubah sejak sekian lama. Sejak saya mula pandai berfikir dan mula pandai menyukai sesuatu.
Saya sukakan hari Jumaat, sejak zaman sekolah rendah, sehingga ke zaman sekolah menengah, membawa ke zaman pengajian tinggi dan sehingga kini.. Saya Sukakan Hari Jumaat. Bila dah besar panjang ni, jika hari Jumaat adalah hari cuti, lagi best. Macam hari ini:-)
Bagi saya, hari Jumaat ada feel yang tersendiri. Tambahan hari ini cerah, angin agak kuat ketika saya balik dari masjid tadi, dan sungguh menyamankan serta menambah lagi mood indahnya hari Jumaat ini. Namun, yang agak kurang bestnya ialah, hari Jumaat adalah hari yang pendek saya rasa. Terasa cepat je hari Jumaat ini berlalu. Sedar-sedar sekarang dah jam 9 malam.
Pagi tadi saya bersantai sekejap, membaca novel Harry Potter, meluangkan masa sejam untuk menulis ebook, bersarapan dan membaca. Bila dah berehat, mulalah fikiran mengembara... Berfikir dan mengalamun bermacam-macam perkara. Berfikir tentang hari Jumaat, mengenang kembali hari-hari Jumaat yang pernah dilalui dalam hidup ini setakat yang boleh diingati.
Dan waktu santai begini lebih dapat memuhasabah diri sendiri terutama dari segi umur yang sudah semakin 'dewasa'. Semasa ayah saya dulu berada pada umur saya sekarang, saya sudah berumur empat tahun, jika tidak silap perkiraan saya kerana saya lahir pada tahun kedua perkahwinan ayah dan ibu.
Ehem! Terlebih sudah..Jum layan video. Penjelasan untuk video ini akan menjadi post esok, hari Sabtu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan