KEBAIKAN AKTIVITI BLOGGING NOMBOR 8
8. Tidak adil adalah fitrah dunia-jika ada pembaca yang sama situasi, di sini kita boleh berkongsi rasa.
Jika kita ingin mencari dan menegakkan keadilan di dunia ini; ia adalah sesuatu perkara yang mustahil. Ketidakadilan adalah lumrah dunia. Jika anda baik, tidak bermakna dunia akan melayan anda dengan baik. Begitu juga dengan orang yang jahat, kita dapat melihat dunia masih melayan mereka dengan baik.
Ada masanya ketika menghadapi ketidakadilan dunia terhadap kita, kita boleh menuliskannya di dalam blog kita. Mungkin ada orang lain yang menghadapi perkara yang sama dengan kita, maka kita boleh berkongsi rasa dan bertukar pendapat. Kita juga boleh membaca luahan perasaan blogger lain di blog mereka.

Adakalanya, kita merasakan masalah orang lain adalah kecil dan berasa lucu ketika membaca kesedihan mereka kerana perkara tersebut. Malah kita merasakan masalah kita lebih besar dan cabaran kita lebih hebat. Pada masa yang lain pula, kita berasa malu kerana kita berputus asa dan sedih oleh perkara yang kecil. sedangkan di blog orang lain kita boleh membaca bagaimana mereka yang menghadapi cabaran dan ujian yang lebih hebat daripada kita masih boleh menghadapinya. Kita kagum dengan mereka dan malu kerana tertekan dengan masalah kecil yang kita hadapi. Ini secara langsung boleh meningkatkan motivasi, samangat dan keyakinan diri kita.
Ada masanya kita mempunyai pendirian dan pendapat, atau idea dan cadangan yang baik; tetapi ia tidak diterima oleh orang-orang di sekeliling kita. Mungkin dalam keadaan seperti ini, kita boleh mencari orang lain yang bersetuju dengan kita atau sama dengan kita di blogosphere. Membaca tentang orang lain juga mempunyai pendapat dan idea seperti kita, dan melihat mereka mampu menjayakannya; boleh menjadi pendorong kepada kita dan yang lebih penting, kita boleh mengelakkan daripada merasa kecewa dan menghadapi kejatuhan motivasi.

Kita perhatikan, tokoh, pakar dan ilmuan dalam masyarakat kita juga begitu. Banyak daripada pemikiran dan idea mereka yang hebat dan baik tidak dapat diterima oleh orang lain namun mereka tetap memperjuangkannya. Mereka berkumpul dalam golongan yang memahami dan dapat menilai pemikiran dan idea mereka dengan adil. Begitu juga yang boleh kita sebagai orang biasa lakukan. Kita boleh mencari di blog-blog di seluruh dunia tentang mereka yang sama dengan kita yang boleh menilai pendapat dan idea kita dengan lebih baik, bijak dan adil.
Ya, dunia ini tidak adil. Dunia tidak membalas semua kebaikan kita dengan baik dan dunia tidak menyokong semua idea dan usaha baik yang kita rancangkan. Namun, ingatlah selalu, dunia ini tidak kecil. Dunia ini luas tambahan pula dalam zaman blog seperti kini. Jika kita mahu meneroka dunia yang luas, di ceruk lain dunia ini sebenarnya ada tempat yang kita boleh mendapatkan sedikit keadilan daripadanya. Jika di sini kita merasa ditolak, di sana, di ceruk lain dunia ada tersedia satu tempat di mana dunia bersedia menyambut dan mengangkat kita.
Jika anda menutup dunia anda kepada tanah di tempat anda berdiri sahaja, maka anda akan percaya bahawa dunia ini tidak adil. Namun jika anda bersedia melangkah lebih jauh ke ceruk lain dunia, anda akan percaya dunia masih menyediakan keadilan. Anda pilih yang mana? Jika anda bertanya saya, saya akan memilih untuk melangkah kerana saya tahu dunia ini tidak adil tetapi dalam masa yang sama ia tetap adil. Kita tidak boleh menunggu keadilan dan kebaikan dunia datang kepada kita kerana kebaikan dan keadilan itu patut dicari dan didekati.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan