Langit mencurahkan hujan sejak petang tadi. Kilat sambar-menyambar, guruh dentum-berdentum, titik-titik hujan turun dengan lebatnya dan angin betiup kencang. Kemuncaknya, kawasan kediaman saya ini terputus bekalan elektrik. Saya suka dengan masa begini. Masa hujan begini mendatangkan rasa tersendiri kepada saya, ditambah pula kerana 'blackout' ini. Sementelah pula, hujan ini memberi saya idea untuk memulakan blog novel saya. Kita tinggalkan dulu kisah hujan ini..
Alhamdulillah, mendapat semula blog ini (blog http://ustazcahaya.blogspot.com/ ini) adalah perkara paling menggembirakan saya pada hari ini sehingga saya melakukan sujud syukur selepas solat maghrib tadi atas nikmat ini. Sejak pagi tadi saya cuba untuk masuk ke blog ini tapi asyik gagal. Blog ini sudah saya buat sejak Oktober 2007, dan tidak pernah saya pedulikan selepas itu.
[screenshot dashboard blog ini]
Hari ini juga, saya membuka semula buku 'Blog Blogger Blogging' (oleh Rosli Jamal; terbitan AmeenBooks). Buku ini tetap menjadi buku rujukan blogging terbaik dalam negara yang pernah saya baca dan miliki. Tambahan pula, buku ini lebih mengkhusus kepada teknik blogging menggunakan blog engine percuma khasnya blogger.com ini. (Klik sini untuk baca kisah Rosli Jamal dipenjarakan).
buku
'Blog Blogger Blogging'
Buku itu memang sangat membantu saya dalam permulaan saya menjadi seorang blogger dan buku itu akan terus membantu saya dalam membangunkan semula blog ustazcahaya.blogspot.com/ ini. Banyak yang perlu dilakukan pada blog ini untuk beberapa hari selepas ini.
penulis buku
'Blog Blogger Blogging'
'Blog Blogger Blogging'
Cukup dulu kisah ustazcahaya.blogspot.com/. Kita ke kisah lelong pula. Hari ini saya mendapat email dari Yuzafi (mentor saya di lelong.com.my). Email yang mengingatkan saya bahawa cuti raya sudah berlalu dan sudah tiba masanya untuk meneruskan perjuangan di lelong.com.my. Email itu juga secara tidak langsung mengingatkan saya bahawa tempoh personal couching saya dengan Yuzafi tinggal tak berapa lama saja lagi.
(petikan email Yuzafi kepada saya)
Ayuh,masih ada masa lagi untuk anda semua bangkit dari segala rintangan
dan masalah.Hari Raya juga dah berlalu dan mungkin kini giliran Subra
pula untuk menyambut Deepavali nanti..bagi anda yang lain..kembali
komited kepada kerja..tanpa komitmen nescaya satu hasil pun tidak akan
berlaku.
Salam hormat;
-Yuzafi
Mohd Yuzafi Yunos
(Jurulatih saya di lelong.com.my)
Ok, sebelum mengakhiri post ini, kita sambung semula kisah hujan tadi. Masa hujan begini, perkara yang paling sempoi dan best untuk dilakukan ialah berbaring sambil baca buku dan sekali-sekali bangun duduk termenung sambil menghirup minuman panas. Malam-malam begini, milo semestinya menjadi pilihan hati ku...
Berita As (berbaju biru) dalam suratkhabar china. Gambar ketika As kemalangan kerana hilang kawalan kereta ayahnya yang dipandunya.
Bersama As ketika itu ialah Yin (berbaju putih pegang kepala).
As dan Yin adalah sepupu saya.
Tragedi ini berlaku pada Jun 2009 yang lalu. Alhamdulillah kedua-duanya sihat wal afiat kini.
Ps; Seronok juga sekali-sekala berhujan dengan motorsikal kerana tidak membawa baju hujan. Kesian As yang tidak pasal-pasal terpaksa ikut berhujan dengan saya.
Pss: Habis menaip post ini ingatkan dapat baring-baring sambil membaca buku untuk menikmati masa hujan ini, tapi sayang.... hujan pun berhenti dan elektrik dah berfungsi kembali.
...... boleh la untuk memulakan blog novel....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan