10/10/2009

Faedah Melanggan Email RSS Sebuah Blog

Masih bercerita tentang Email RSS. Artikel ini selain sebuah perkongsian ilmu di blog ini, juga untuk melengkapkan fungsi blog ini. Pada post sebelum ini, kita sudah berbincang sedikit tentang apa itu email rss.

(Jika anda belum membaca post tersebut, anda boleh klik di sini untuk membacanya kemudian anda baca pula post ini)

Mungkin anda masih ada kemusykilan, seperti..

•Pentingkah melanggan email rss?
•Selamatkah alamat email yang saya gunakan untuk melanggan email rss?
•Nanti kotak email saya penuh dan saya akan terlepas pandang dengan email yang penting..
•Dan sebagainya... 

Dalam post ini, saya cuma dapat menulis tentang faedah dan kebaikan melanggan email rss. Insya Alllah saya akan menyambung dalam post esok hari pula.

5 FAEDAH DAN KEBAIKAN MELANGGAN EMAIL RSS

1. Menjimatkan masa.

Dengan melanggan email rss, anda boleh menjimatkan masa. Anda tidak perlu selalu melawat sesebuah blog kerana post terbaru dari blog tersebut akan dihantarkan ke email anda. Anda hanya perlu baca di email.

2. Mengelakkan anda terlupa atau ‘hilang jejak’ kepada blog yang baik dan bermutu.

Dengan kemudahan Langganan RSS, anda boleh mengelak daripada terlupa blog yang baik dan bermutu yang baru anda jumpai/ lawati. Sebuah fakta yang saya baca mencatatkan, lebih kurang 40 000 blog baru dibina setiap hari. NAmun hanya 1 peratus saja yang akan bertahan dan dengan kandungan yang baik.



3. Memudahkan anda membuat rujukan.

Mungkin anda sebagai pelajar, guru, pensyarah, penceramah, penulis dan lain sebagainya yang sentiasa menyimpan dan memerlukan bahan rujukan. Bayangkan berapa banyak kali anda perlu copy dan paste artikel ke notepad/ word? Berapa banyak file yang akan anda buat dan lebih penting berapa banyak masa yang anda perlukan untuk membuat arkib rujukan anda itu? Dengan menggunakan kemudahan RSS ini, semuanya tersimpan dengan sendirinya di email anda. Malah kurang risiko kehilangan berbanding simpanan dalam pc, pendrive, hard-disk etc.


4. Melindungi anda daripada ‘pencuri masa’.

Ya, melawat dan membaca blog adakalanya boleh menjadi antara pencuri masa anda. Mungkin anda selalu melawat ke sebuah blog hanya untuk menunggu post terbaru padanya, namun tanpa sedar anda ‘merayau-rayau’ dalam blog tersebut contohnya membaca arkib artikel yang terlepas dan lain-lain lagi yang kurang penting. Dengan hanya menunggu post terbaru dihantar ke email anda, ‘pencuri masa’ ini boleh anda elakkan.

5. Memastikan anda tidak terlepas atau tertinggal maklumat terbaru yang penting dan menarik.

Sanggupkah anda melawat secara rutin ke sesebuah blog kerana tidak mahu ketinggalan post/ maklumat terbaru dan penting daripada seseorang blogger? Jika anda sanggup sekalipun, apakah anda mampu melakukan rawatan rutin atau setiap hari ke sesebuah blog? Pilihan yang bijak ialah dengan melanggan RSS blog tersebut. Terutama blog yang anda rasa anda mahu ‘belajar’ daripadanya.

Ini saja yang saya dapat kongsikan untuk malam ini. Hari ini saya ada masalah pada ruangan post di blogspot saya ini.. Ruangan untuk menulis post tidak berfungsi dengan baik. Saya sedang mencari penyelesaiannya, atau mungkin juga menunggu ia pulih sendiri. Disebabkan saya ini masih kurang mahir membuat post menggunakan html, maka post ini menjadi sukar untuk saya siapkan dan terbitkan.

Alhamdulillah, dapat juga saya siapkan kerana anda dapat membacanya sekarang;-)

(Artikel ini disaring dari artikel pada blog utama saya iaitu www.usatzacahaya.com)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan