07/10/2009

Menyusun Rekabentuk Blog





(..saya mula menaip post ini di Perpustakaan Awam BDA, Bintulu. Kemudian saya edit di rumah..)
 
Hari ini saya masih fokus kepada blog Jurnal Online UstazCahaya ini. Kali ini saya lebih menumpukan kepada rekabentuk blog. Dalam post ini, saya akan membicarakan tentang reka-bentuk  'header' blog ini. [Mungkin jika anda membaca post ini setahun selepas tarikh saya menulis ini, header blog ini sudah berubah;-)].

Pentingkah 'header' blog kita?  Jawapannya ialah sangat penting. Sudah namanya 'header' yang bermaksud 'kepala', sudah pastilah ia penting. Anda bayangkan, ada orang boleh hidup tanpa kaki, tanpa badan atau tinggal kepala sahaja tapi tidak ada manusia yang boleh hidup tanpa kepala .Begitulah juga peri pentingnya 'kelapa'.. ops, 'kepala' ('header') blog kita;-)

Pada 'header' blog terdapat tajuk dan deskripsi blog kita. 'Header' blog juga adalah bahagian dalam blog kita yang  pertama sekali menangkap pandangan pengunjung yang baru tiba Oleh sebab itu, saya meluangkan masa yang agak banyak pada hari ini untuk memperelokkan 'header' blog Jurnal Online UstazCahaya ini.

Kerja mengedit 'header' blog ini bukanlah satu kerja yang susah, malah ia adalah kerja yang santai dan boleh merehatkan diri. Tambahan pula blog ini menggunakan platform blogger.com. Salah satu kelebihan blog engine blogger.com ini ialah kemudahan untuk mengedit dan memasukkan gambar pada 'header' blog kita.

Tidak susah untuk saya membuat 'header' blog ini. Saya hanya perlukan gambar yang hendak diletakkan pada 'header'. Setelah memilih dan menetapkan gambar yang hendak diletakkan, saya menggunakan perisian berikut untuk mengedit gambar tersebut:
  1. Program Windows Paint.
  2. Program MicroSoft Office Word 2007 (digunakan untuk membuat efek blur/ kabur dan bebayang pada gambar, juga untuk memasukkan gambar pada frame yang 'jambu' itu- frame yang jambu, bukan saya ye:-)) 
  3. Template minisite Luvlee (yang digunakan sebagai frame. Anda boleh download template itu secara percuma dengan KLIK DI SINI. Ada tutorial percuma disediakan sekali)
  4. Software VSO Image Resizer (yang digunakan untuk mengedit resolusi/ size gambar) Resolusi gambar yang betul penting untuk meastikan gambar masuk sepenuhnya dan dengan sempurna pada 'header' blog. 
  5. Menggunakan keempat-empat tools di atas, siaplah gambar untuk 'header' blog saya ini.
  6. Terakhir, saya mengedit font/warna untuk tajuk dan deskripsi blog bagi disepadankan dengan gambar 'header' blog saya ini.
Ini saja perkongsian kita malam ini. Jika ada pertanyaan silakan komen di bawah. Atau mungkin anda hendak memberikan pendapat anda tentang header blog ini. Mungkin juga anda ada maklumat yang hendak ditambah. Gunakan saja ruangan komen di bawah ini (ikut intonasi Zizan dalam 'Bolos saaaj ja dinding itu'...;-))


PS: Sebelum mendraft post ini tadi saya mengambil beberapa screenshot untuk ebook yang sedang saya hasilkan sekarang. Ebook yang akan digunakan untuk pelancaran 'Kumpulan Blog UstazCahaya' nanti. Di bawah adalah gambar screenshot-screenshot itu.. 

tutorial blog lelong


PS: Post ini saya drafkan di Perpustakaan Awam BDA Bintulu. Di sebelah saya, sepupu saya sedang membaca novel Harry Potter. Hanya kami berdua orang bumi di sini (tidak termasuk staff library) lainnya semua Chinese yang terdiri dari pelbagai lapisan umur. Majoriti mereka adalah remaja... Hmmm, kenapa ya?

... jika kita tahu arah tuju dan tahu apa yang perlu dilakukan 
tiada apa yang mustahil dalam dunia ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan