Apa Itu Langganan Email RSS?
(Post ini saya tulis khas untuk berfungsi pada kekotak langganan email rss di top sidebar blog ini.
Di mana, jika pembaca klik pada ayat [Apa Ini? Klik Di Sini Untuk Penerangan]
maka 'klikan' itu akan sampai ke sini.)
kekotak langganan email rss di top sidebar blog ini
Apa Itu Langganan Email RSS?
Secara mudahnya, cuba anda fahami analogi ini;
- Katakan blog ini adalah suratkhabar.
- Katakan anda adalah pembaca suratkhabar.
- Katakan FeedBurner adalah penghantar suratkhabar.
Macam suratkhabar, kita boleh pergi ke kedai dan beli suratkhbar setiap hari. Kita juga boleh melanggan suratkhabar tanpa perlu membeli suratkhabar setiap hari. Suratkhabar itu nanti akan dihantar terus ke rumah kita setiap hari tanpa mengira hujan ribut dan juga banjir. Serius ni;-).
Begitu juga blog, anda boleh datang ke sesebuah blog setiap hari dan membacanya dan anda juga boleh melanggan blog tersebut melalui email. Apabila blogger blog tersebut ada menerbitkan post baru, post tersebut akan dihantar ke email anda.
Melanggan suratkhabar dengan melanggan rss blog ada bezanya tak?
Jawapannya ada. Melanggan suratkhabar anda perlu bayar tapi biasanya lebih murah le kan. Namun, melanggan blog adalah percuma malah ada blogger yang memberi keistimewaan kepada pelanggan rss blog beliau. Macam saya, saya juga sekarang ini sedang memikirkan apakah nilai tambah yang berbaloi-baloi untuk saya berikan kepada pelanggan email rss blog ini.
Masih Perlukan Penjelesan Lanjut?
teruskan membaca...
BAGAIMANA UNTUK MELANGGAN EMAIL RSS?
- Anda hanya perlu memasukkan alamat email anda dalam kekotak Langganan Email RSS,
- Selepas itu sebuah kemudian sebuah tetingkap baru akan terbuka. Di situ, anda perlu memasukkan kod keselamatan yang ditunjukkan. Setelah selesai, anda akan diberitahu untuk memeriksa email anda.
- Buka email anda dan buat pengesahan pada email yang dihantarkan kepada anda oleh penyedia kemudahan RSS tersebut. Pernyedia perkhidmatan RSS yang popular antaranya ialah feedburner yang saya gunakan untuk blog ini. Anda akan diberitahu bahawa langganan anda telah diaktifkan jika anda mengikut arahan pada email tersebut dengan betul.
APA YANG BERLAKU SELEPAS ANDA MELANGGAN EMAIL RSS?
Setiap kali penulis blog yang anda ‘langgani RSS’nya menerbitkan post baru di blog beliau, post tersebut akan dihantar kepada alamat email yang anda masukkan tadi. Pastikan anda mengesahkan/ mangaktifkan langganan anda. Jika tidak langganan anda tidak akan berfungsi.
Contohnya anda melanggan RSS blog ini. Setiap kali saya menambah artikel baru di blog ini, secara automatic anda akan menerima artikel tersebut di email anda, sama seperti yang tersiar di blog ini. Masih Ada Kemusykilan?
teruskan membaca... Insya Allah, saya akan menyambung artikel ini esok.
Mungkin anda masih ada kemusykilan, seperti..
- Pentingkah melanggan email rss?
- Selamatkah alamat email yang saya gunakan untuk melanggan email rss?
- Nanti kotak email saya penuh dan saya akan terlepas pandang dengan email yang penting?
- Dan sebagainya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan