Selasa, Oktober 06, 2009

Rancangan Permulaan Sebuah Blog



Rancangan Permulaan Sebuah Blog.

Dalam seminggu dua ini, saya meluangkan lebih banyak masa saya sebagai seorang blogger. Misi saya kini adalah untuk mempertingkatkan persembahan www.ustazcahaya.com. Saya tidak bercadang untuk menulis tentang itu dalam post ini. Insya Allah di lain post saya akan bercerita tentang itu. Dalam post ini saya akan menulis bagaimana saya merancang permulaan blog Jurnal Online UstazCahaya ini.

Memulakan blog adalah sangat mudah. Hanya ada beberapa perkara sahaja yang kita perlu tanyakan kepada diri kita sendiri dan tetapkan jawapannya. Perkara-perkara itu ialah:
  1. Apakah jenis blog yang hendak ditulis?
  2. Pilih blog engine yang hendak digunakan?
  3. Senaraikan topik yang hendak ditulis?
  4. Apakah komponen, teknologi dan kemudahan yang hendak dimasukkan ke dalam blog?
  5. Siapakah golongan sasar pembaca blog?
Ya, itulah 5 soalan yang perlu dijawab jika kita hendak membuat sebuah blog. Dalam bahasa jawanya bolehlah disebut sebagai "Asas Bolog Iku Limo Perkarane..". (Ikut lagu Tombo Ati; Sunan Bonang. Hehe..)

Insya Allah, dalam Blogger Dakwah nanti saya akan menulis lebih lanjut tentang perkara ini. Dalam post ini, saya akan memberi contoh jawapan soalan-soalan di atas berdasarkan blog Jurnal Online UstazCahaya ini. Baiklah, di sini saya kongsikan Rancangan Permulaan blog Jurnal Online UstazCahaya ini.

Teknik Blogging:
Rancangan Permulaan Sebuah Blog.

Case Study:

Persoalan Utama Dalam Merancang Permulaan Sebuah Blog:
  1. Apakah jenis blog yang hendak ditulis?
  2. Pilih blog engine yang hendak digunakan?
  3. Senaraikan topik yang hendak ditulis?
  4. Apakah komponen, teknologi dan kemudahan yang hendak dimasukkan ke dalam blog?
  5. Siapakah golongan sasar pembaca blog?
Jawapan:

1. Apakah jenis blog yang hendak ditulis?
  • Jenis blog: Blog Peribadi.
2.  Pilih blog engine yang hendak digunakan?
3.  Senaraikan topik yang hendak ditulis?
  • Senarai topik: Catatan Harian/ jurnal peribadi, pendapat, kehidupan sebagai guru agama, pendakwah, blogger dan usahawan online. Lebih kepada perkongsian ilmu.
4. Apakah komponen, teknologi dan kemudahan yang hendak dimasukkan ke dalam blog?

Blog Jurnal Online UstazCahaya ini akan disusun secara simple dan santai. Pada sidebar, hanya diletakkan komponen-komponen yang di perlukan oleh pelawat/ pembaca. Komponen-komponen itu ialah:
  • Kemudahan Langganan Email RSS.
  • Kekotak profile diri.
  • Senarai artikel wajib baca dahulu.
  • Senarai Topik Artikel.
  • Arkib artikel terdahulu.
  • Pautan ke blog saya yang lain.
  • Pautan ke blog lain yang memaut ke blog ini.
  • Kotak sembang.
  • Kotak mybloglog.
  • Produk yang mungkin diperlukan oleh pembaca.
  • Sitemeter.
  • Kekotak undian.
5. Siapakah golongan sasar pembaca blog?
  • Mereka yang mengenali saya.
  • Pelayar internet.

Kesimpulan:

Inilah serba sedikit bagaimana saya merancang blog ini. Blog ini telah didaftarkan 2 tahun yang lalu ketika awal pembabitan saya dalam dunia blogging ini. Namun kerana kekurangan ilmu dan kemahiran blogging, blog ini terbiar begitu sahaja sehingga ia merajuk. Merajuk dengan tidak membenarkan saya log masuk. Alhamdulillah, berkat doa dan usaha juga skill-skill blogging yang panjang sejengkal, saya berjaya mendapatkan semula blog ini.

Adakah post ini memberi ilmu pengetahuan baru kepada anda? Atau anda ada sesuatu untuk ditambah? Sila gunakan ruangan komen di bawah untuk memberitahu saya. Setiap komen dalam.


... di bawah ini adalah antara ebook terbaik yang pernah saya miliki. ebook inilah yang memberi saya lebih keyakinan untuk menceburi bidang blogging ini. klik pada gambar untuk keterangan lanjut...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan