01/12/2009

Ulang Tahun Bulan Senyum


  Ulang Tahun Bulan Senyum






Photobucket




Hari ini, 1 Disember merupakan hari lahir ibu saya. Beliau masih agak muda, baru berumur 47 tahun. Hari ini genap setahun yang lalu..

Alhamdulillah, malam itu saya antara yang berpeluang menyaksikan fenomena `bulan senyum' yang dikatakan berlaku 5 tahun sekali itu. Malam itu, selepas menyambut hari lahir ibu dengan sebuah jamuan yang sederhana, saya yang dalam perjalanan ke kedai basikal milik teman karib saya yang bernama Sarep. Ketika berhenti di sebuah simpang, secara tidak sengaja saya menoleh ke langit. Saya memang seorang yang suka melihat langit malam. Langit malam bagi saya sangat indah ketika cuaca baik, ia menayangkan gugusan bintang dan satelit di angkasa. Ketika cuaca buruk, ia menggerunkan dan menjadi suatu zikir mengingati kebesaran dan kekuasaan Allah yang menciptakan dan memiliki sekalian alam.

Apa yang saya tuliskan ini sekadar persoalan yang saya fikirkan tentang fenomena itu..

Mahukah bulan dan dua planet itu menghadiahkan manusia sebuah senyuman? Juga, apakah maksud di sebalik senyuman itu.

Dengan keadaan manusia yang tidak menghargai alam malah memusnahkannya. Manusia yang saling bermusuhan dan berbunuhan. Manusia yang saling menganiaya dan menzalimi makhluk Allah yang lain.

Dengan keadaan manusia yang semakin kurang mengenal dan mengingati Allah. Mahukah 'mereka' di atas sana senyum kepada manusia? Sedangkan merekalah yang setia 'memerhati' kita dari atas sana. Mereka (matahari, bulan, planet dan bintang) adalah makhluk/ciptaan Allah yang paling taat mematuhi aturan (ketetapan) Allah. Mungkinkah senyuman itu sinis untuk menyedarkan manusia yang terlalu kecil berbanding mereka, tetapi manusia lebih angkuh daripada mereka. Tidak malukah manusia?
Bayangkan jika mereka di atas sana, ingkar kepada ketetapan Allah seperti kita manusia. Bayangkan jika bulan dan matahari saling berebut untuk berada di satu tempat yang sama pada satu-satu masa. Bayangkan bagaimana jika matahari,bulan, bintang dan planet lain saling berlumba untuk menjadi juara. Pasti, sudah lama seluruh alam ini berantakan dan musnah.

Satu perkara yg pasti, bahawa Allah menjadikan setiap ciptaanNYA dengan aturan. Semua ciptaan Allah mematuhinya kecuali TIGA; iaitu MANUSIA, JIN, IBLIS dan SYAITAN yang masih mahu memilih untuk ingkar kepada Allah. Na'uzubillah, semoga kita tidak termasuk golongan manusia yang ingkar itu yang akan bersama Iblis, Syaitan dan Jin di dalam neraka.

Boleh jadi juga, senyuman itu menandakan masih ada manusia di muka bumi ini yang ingat dan mengenali Tuhan Yang Haq. Syukurlah kita, jika kita masih mampu membuat sedikit kebaikan dan masih menemui manusia yang baik.

Kesimpulannya, benarlah kata Syeikh Aidh Abdullah Al-Qarni dalam buku La Tahzan beliau; bahawa alam ini adalah sebuah buku besar yang tidak akan pernah selesai dibaca oleh kita manusia.

PS: Oh ya, bercakap tentang bulan, saya teringat sebuah lagu kumpulan rock Indonesia SLANK, yang berjudul 'Bulan dan Bintang'. Lagu yang menjadi intro dan soundtrack filem 'Novel Tanpa Huruf R'. Filem itu menghidangkan kisah kekeliruan dan kekacauan minda manusia dalam memahami agama dan takdir. Sebenarnya, semua kekejaman yang dilakonkan semula dalam filem itu boleh dielakkan sekiranya semua manusia patuh kepada ketentuan ALLAH; iaitu telah ditetapkan satu(hanya satu) agama yang benar untuk manusia.. Wallahhu'alam.






"Buat ibu, saya mendoakan segala kebaikan dan kebahagian untuk dia. Dialah yang bergadai nyawa seketika dia melahirkan saya. Dialah yang sentiasa bersusah payah memelihara saya dari kecil hingga dewasa. Saya mohon kemaafan daripada ibu atas segala kesilapan, kesalahan dan kekurangan saya. semoga Allah memanjangkan umur ibu agar saya mampu memberikan dia apa yang belum sempat saya berikan. Semoga ibu kekal dalam kasih sayang dan keredhaan Allah SWT.

Ibu, kaulah permata hatiku, di tapak kakimu syurgaku dan pada keredhaanmu kebahagian dan kejayaanku. Ketika berusaha untuk menggenggam dunia berserta isinya, kerap diri ini melukakan dan menyusahkan ibu. Andai satu hari dunia dan isinya berada dalam genggamanku, apakah aku mampu membalas jasamu, ibu?

Ya Allah, berilah hamba kejayaan dan kesempatan. Hamba tidak tahu siapa yang akan menemui-Mu dulu sama ada hamba atau ibu. Amin,"







Photobucket

2 ulasan:

  1. sayangilah ibu kita sementara dia masih ada.. =)

    psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

    BalasPadam
  2. Putra Al-Maliki->>

    Saya setuju dengan saudara. Layanilah ibu sementara dia masih ada dan sayangi ia sehingga ia hingga ke akhir nyawa kita:-)

    Wslm wrb, terima kasih kerana berziarah. Insya Allah, saya sedang membina link untuk blog ini.

    BalasPadam