25/01/2010

Mencari Makna Hidup (Motivasi Melalui Cerita)


  Mencari Makna Hidup
(Motivasi Melalui Cerita)





Photobucket



Semalam saya membeli sebuah lagi buku, dengan kulit bertemakan warna merah dan kulit buku yang saya beli semalam sangat indah dan cantik. Rasa macam nak fotostep saja buku ini, sayang nak baca yang ori:-)

Nampaknya, sudah dua buah buku saya beli bulan ini, dengan design hampir sama, iaitu berwarna merah. Tempoh hari saya membeli Wo AI NI ALLAH karya Vanny Chrisma W, kerana design kulitnya disamping tajuknya yang 'menangkap'. Semalam saya membeli buku ini - Mencari Makna Hidup oleh Parlindungan Marpaung, juga kerana design kulitnya dan juga kerana saya meminati Parlindungan Marpaung sejak membaca buku beliau berjudul 'Setengah Berisi, Setengah Kosong.



Photobucket




Dalam buku terdahulu beliau, iaitu 'Setengah Berisi Setengah Kosong', Parlindungan memaparkan cerita-cerita motivasi dan teladan. Saya mula tertarik dengan 'Setengah Berisi Setengah Kosong' kerana kata pengantarnya ditulis oleh Aa Gym. Kisah-kisah yang terkandung dalam 'Setengah Berisi Setengah Kosong', selalu saya jadikan modal sebagai rencah dan rempah ratus dalam kuliah agama saya. Memang orang tertarik dengan kisah-kisah tersebut.

Namun dalam buku 'Mencari Makna Hidup' ini, Parlindungan Marpaung tidak hanya memaparkan kisah-kisah motivasi dan teladan, malah memberi panduan juga latihan berkaitan motivasi dan pembangunan diri. Saya masih membaca beberapa mukasurat awal kerana membaca buku begini, saya suka menikmati secara perlahan-lahan dan cuba menghadamkan satu per satu ilmu yang dibaca sebelum terus membaca selanjutnya.



Photobucket



Dalam novel WO AI NI ALLAH, diceritakan Amei, seorang gadis kecil yang mencari Tuhan, sangat suka sekali dengan kisah dan cerita teladan. Begitu juga dalam kehidupan kita, sebenarnya kita suka dengan cerita dan kisah. Al-Quran juga menggunakan method cerita di dalamnya.








Photobucket



Banyak peristiwa yang berlaku di sekeliling kita saban hari. Ada yang kecil dan ada yang besar. Namun, sejauh mana kita memanfaatkan peristiwa itu bagi mempelajari sesuatu mengenai kehidupan. Sejauh mana kita menggunakan pengalaman orang lain itu sebagai sempadan. Sejauh mana kita mempelajari hikmah di sebalik semua peristiwa di sekeliling yang ditunjukkan Tuhan.

Mencari Makna Hidup adalah kompilasi kisah-kisah kehidupan. Ia memberikan ruang bagi kita mempelajari makna kehidupan daripada pengalaman orang lain. Walaupun pengalaman itu dilalui oleh sehina-hina manusia hingga sehebat-hebat maharaja, semuanya mampu memberikan pelajaran dan hikmah berharga bagi kita semua. Lebih penting lagi, bagaimana kita dapat memanfaatkan hikmah itu untuk diterjemahkan kepada pelan tindakan dalam mendepani masa hadapan.

Mari kita singkap hikmah di sebalik kisah-kisah inspirasi yang menggugah ini sebagai landasan bagi sebuah kehidupan yang lebih bermakna dan bahagia.

Prakata

Bahagian 1: Cermin Diri Sendiri
Nilai Sebuah Pujian
Meniru Perangai Monyet
Keagungan Hati
Kekuasaan Penuh
Diriku Istimewa
Mengkaji Keadaan Diri
Sufi Tidak Lagi Memakan Gula-gula
Telinga yang Sabar Mendengar

Bahagian 2: Pandai Bersyukur
Berlian di Tanah Ladang
‘Bunga-bungaan’ Kemoterapi
In Spite Of
Indah pada Waktunya
Warga Tua pada Usia Indah

Bahagian 3: Hidup = Perjuangan
Manusia Bodoh yang Enggan Bekerja
Jalan yang Perlu Ditempuh
Duit Syiling Ajaib
Matahari dan Angin
Perjuangan Si Gegat
Slache yang Berani
Pemandu Saya pun Boleh

Bahagian 4: Belajar daripada Pengalaman
Kacang Lupakan Kulit
Kura-kura Pesimis
Sindrom Lowell
Lubang Bekas Paku
Mengulangi Kesalahan
Budak-budak Memang Begitu
Siapakah Pemilik Tongkat Ini?

Bahagian 5: Menabung Kebaikan
Boneka Ajaib
Laluan Berbatu Loncatan Washington
Melakukan dalam Kegelapan
Pengemis Penuh Misteri
Orang Asing yang Baik Hati
Pertolongan untuk Sang Sufi

(Sumber: http://pts.com.my/index.php/buku/mencari-makna-hidup/)
 




5 ulasan:

  1. salam Ustaz,
    balik Msia nanti, akk nak carila novel2 ni. dah lama sgt tak baca novel2 Melayu. Lgpun novel2 ni bukan cerita yg mengkhayalkan atau mcm "fairy tales".

    BalasPadam
  2. temp. housewife:

    Salam Kak Nuradyani;-)

    Nak beli online pun, mesti melambung kos penghantaran dia kan Kak Nurad?

    Sementara kat sana, akak cuba dulu baca e-novel percuma dalam bahasa Melayu. Banyak blog e-novel, lagipun, tak kalah best dan bermutu sama macam novel luar.

    Salah satu e-novel kegemaran saya ialah blog Anuar Kamaruddin di http://anuarkamaruddin.blogspot.com/.

    BalasPadam
  3. Salam Ustaz. Sayang sekali orang-orang kita tidak minat membaca. Mereka lebih minat berhibur...

    BalasPadam
  4. Mybabah:

    Salam Bang Samsudin. Lama abang tak respon pada tulisan saya di blog ini, tertunggu-tunggu juga saya..

    Apa ya usaha yang boleh kita lakukan untuk mengatasinya?

    BalasPadam