12/01/2010

Jum Tengok Kekayaan Saidina Abdul Rahman Auf (RA)


  Jum Tengok Kekayaan
Saidina Abdul Rahman Auf (RA)





Photobucket 


Malam tadi saya menulis tentang merancang kekayaan melalui zakat, haji dan sedekah. Jika anda belum membacanya, anda boleh Klik Sini untuk membacanya. Kerap juga ya, saya menulis tentang kekayaan dalam blog ini, walaupun saya ini belum kaya;-)

Jika anda berminat untuk membaca post-post lain berkaitan kekayaan yang pernah saya tulis dalam blog ini, anda boleh semak dalam senarai post di bawah label berikut:


Malam ini, apakata kita melihat kekayaan yang ditinggalkan oleh Saidina Abdul Rahman Auf (RA),  yang merupakan salah seorang konglomerat Madinah sepanjang sejarah permulaan Islam. Berikut adalah senarai harta pusaka yang beliau tinggalkan, seperti yang ditulis oleh Abdurrahman Haqqi dalam Berita Minggu/ Agama/, Ahad 20 Disembber 2009.



Harta peninggalan
Abdul Rahman Bin Auf
ketika beliau meninggal dunia:

 * 1000 unta (RM3 juta).


 * 100 kuda (RM1 juta).

 
* 3000 kambing (RM 900,000).

 
* 4 orang isteri masing-masing mendapat pemberian khusus 80,000 dinar seorang (RM40.8 juta)

 
* Memerdekakan sejumlah besar hamba-hamba yang dimilikinya.

 
* Wasiat memberikan 400 dinar (RM204,000) kepada masing-masing bekas pejuang Perang Badar. Mereka berjumlah 100 orang dan semuanya mendapat bahagian masing-masing (RM20.4 juta)

 
* Peninggalan emas dan perak, yang jika beliau membahagikannya kepada ahli warisnya dengan mengapak, maka potongan emasa dan perak itu sahaja cukup menjadikan seorang ahli warisnya menjadi kaya raya.

 
* Beliau pernah menyedekahkan hartanya untuk kepentingan jihad sebanyak 40,000 dinar (20.4 juta), 500 kuda (RM5 juta) dan 1500 unta (RM4.5 juta).
 
Subahanallah, kayanya Sahabat yang dijanjikan menghuni syurga ini. Semoga maklumat ringkas ini memberi motivasi kepada kita untuk meraih kekayaan di dunia ini. Saya mohon anda mendoakan saya dalam usaha saya, dan saya mendoakan anda juga, Amin Ya Rabb Al-'Alamin.

Anda juga patut membaca dua buah post di blog ini tentang Saidina Abdul Rahman Auf yang pernah saya tulis sebelum ini:




10 ulasan:

  1. terimakasih kerana berkongsi..memang memberikan inspirasi..

    Great Teacher Onizuka

    BalasPadam
  2. Eyriqazz:

    Salam Eyriqazz. Jum usaha jadi macam mereka, amin;-)

    BalasPadam
  3. maiysh:

    Salam Kak Maiyah. Iye bener, para sahabat bukan sahaja kaya harta, malah kaya jiwa, hingga dijanjikan menghuni syurga.

    Semoga kita juga sama, Amin Ya Rabb Al-A'lamim;-)

    BalasPadam
  4. kayanya tokoh Islam ini..begitu hebat sekali..tak tahu pun sy, ustaz..

    BalasPadam
  5. sahromnasrudin:

    Salam Sahrom;-)

    Kaya serta bertaqwa dan dijanjikan syurga, Subhanallah.. Doa saya semoga kita pun diberi Allah kedua-dua nikmat yang itu. Kaya dunia, kaya di syurga, Amin;-)

    BalasPadam
  6. Bayangkan Rm3 juta zaman dahulu. 1400 tahun yang lalu. Kalau RM3 juta sekarang nampak sikit tapi beliau memiliki harta Rm3 juta pada zaman dahulu. Betapa kayanya . Rasulullah jua memiliki beratus ekor unta dan kambing yang dihadiakna sebagai hantaran untuk Siti Khadijah. baginda juga saudagar terkenal di Syam. Bayangkan sekarang siapa bisnes yang terkenal mesti dikenali sebagai jutawan. Rasulullah dan sahabat tidak pernah berkata kamilah hartawan ..kamilah yang paling kaya... atau kamilah yang berjaya mengumpul harta...sebenarnya mereka golongan hartawan , ilmuwan...

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah. ...rupenye islam kaye ekk....

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama8/1/16 08:29

    Jangan lupa ini ya....

    Beliau pernah menyedekahkan hartanya untuk kepentingan jihad sebanyak 40,000 dinar (20.4 juta), 500 kuda (RM5 juta) dan 1500 unta (RM4.5 juta).

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama8/1/16 08:30

    Juga ini


    Wasiat memberikan 400 dinar (RM204,000) kepada masing-masing bekas pejuang Perang Badar. Mereka berjumlah 100 orang dan semuanya mendapat bahagian masing-masing (RM20.4 juta)

    BalasPadam