22/01/2010

"Ampunkanlah dosa-dosa yang telah saya lakukan, mak."


  "Ampunkanlah dosa-dosa yang telah saya lakukan, mak."





(KERATAN Kosmo! 8 Januari 2010)
-Foto digunakan di sini tanpa tujuan komersil-



"Ampunkanlah dosa-dosa yang telah saya lakukan, mak..", ucap seorang pemuda bernama Rasidi Ismail, berusia 32 tahun kepada ibunya.

Ucapan pemuda ini mungkin mengundang rasa sentimental pada hari raya. Namun, berbeza ketika dia mengucapkannya waktu itu. Waktu itu, pemuda ini, sedang berada dalam van polis, dengan berpakaian oren dan kedua belah tangan digari.

Lebih memilukan, pemuda ini memohon ampun daripada ibunya, selepas dia ditahan kerana disyaki membunuh adik perempuannya, ayahnya, datuknya dan neneknya.




Terharu, sedih dan pilu. Itulah yang saya rasakan sepanjang mengikuti perkembangan kisah Rasidi ini. Saya pernah menulis tentang ini beberapa hari yang lalu, anda boleh KLIK SINI untuk membacanya. Selalu saya merenung gambar-gambar mereka lama-lama, bertanya, 'Apa sebenarnya yang berlaku ya?', Bagaimana perasaan Rasidi? Bagaimana perasaan ibunya? Memang, alangkan berat mata memandang, sesungguhnya berat lagi bahu mereka yang memikul. 

Saya selalu cuba menempatkan diri di tempat mereka. Kata yang ahli, perbuatan saya ini dinamakan sebagai 'emphati'-satu sikap yang melebihi simpati. Apa yang saya rasakan adalah berat dan tidak tertanggung rasanya. sedih dan pilu mencengkam hulu hati. Apalah yang mampu saya lakukan, selain berdoa.

Betapa besarnya kasih sayang seorang ibu. Betapa ibu Rasidi seorang wanita yang reda dan penyayang. Mak cik Zaharah, sudah kehilangan ibu, ayah, suami dan anak gadisnya sekaligus. Kematian empat orang tersayang secara serentak, sudah cukup berat. Ditambah lagi melihat anak yang kini ditahan dan berdepan hukuman. Besarnya kasih seorang ibu, Mak Cik Zaharah ingin merayu agar anaknya Rasidi tidak dihukum gantung sampai mati. Sungguh, ibu malang ini tidak mahu kehilangan lagi.

Kisah ini memberi saya banyak teladan dan hikmah. Ia menambahkan rasa kasih dan sayang saya kepada keluarga. Ia mengajar saya untuk lebih menghargai dan menghormati ibu. Paling penting, kisah Rasidi ini, mendorong saya lebih memahami dan bersikap emphaty. Satu sikap yang perlu ada pada seorang guru dan pendakwah. Seorang guru dan pendakwah, bukan sahaja memerlukan sikap kasih sayang dan belas kasihan, juga perlu lebih memahami.

Ingin rasanya hati ini menemui ibu yang reda dan penuh kasih sayang ini. Ingin rasanya saya menemani mereka dalam musibah ini. Namun, siapalah saya. Tentu sanak saudara mereka yang lain sedang memberi yang terbaik kepada mereka. Saya mendoakan mereka agar tabah menghadapi semua ini dan beroleh hikmah serta pahala daripada ujian yang Allah (SWT) berikan, Amin Ya Rabb Al-Alamin.

Saya mengingatkan diri saya sendiri, sayangi dan hargailah keluarga kita terutama ibu. Saya mencuba menjadi anak yang baik dan juga seorang abang yang memberikan yang terbaik. Juga, saya berdoa, agar kita dilindungi daripada musibah yang seberat ini, Amin Ya Rabb Al-Alamin.







Photobucket


ZAHARAH meraung kesedihan dipapah ahli keluarga ketika bertemu Rasidi di dalam van polis di Kampung Batang Rokan, Gemencheh.


Photobucket


Pipi Rasidi diusap ibunya, Zaharah ketika dia dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Rembau, Negeri Sembilan.



 




MAKLUMAN PENTING:

Post ini saya tulis dengan ikhlas atas tujuan motivasi dan teladan, untuk menyedarkan diri dan orang lain agar lebih menyayangi dan menghargai keluarga, terutama ibu. Saya TIDAK BERMAKSUD untuk mensensasikan isu ini,  bertujuan menarik trafik ke blog ini, mengaibkan keluarga yang terlibat, apatah lagi untuk mencampuri proses undang-undang dan siasatan yang sedang berjalan.

Gambar-gambar dalam post ini saya ambil daripada portal berita online seperti dinyatakan di bawah. Gambar-gambar digunakan di sini dengan TIDAK ADA tujuan komersil.

Gambar-gambar diambil dari:

1. http://berita-harian-online.com/dituduh-bunuh-4-ahli-keluarga/

8 ulasan:

  1. pada siibu.. mmg kasihnya amat tinggi, sbg ibu sy amat fhm skali n pd anaknya tu.. mmg kita x tau apa kisah disebaliknya.. tp membunuh 4 org kuarga sndri adalah kejam.. adakah itu jln penyelesaiannya

    moga si ibu akan tabah dan terima ujian dr Allah ini

    BalasPadam
  2. Salam..
    Maaf sebab saya agak ketinggalan berkenaan cerita ini... Ada tak dinyatakan sebab kenapa Si Rasidi itu membunuh? sampai empat org dan terdiri daripada keluarga sendiri itu sesuatu amat berat utk dilakukan oleh seorang manusia waras... Saya cuma mahu tahu....punca rasidi melakukannya...pasikologinya yg lampau dan semasa itu.....

    BalasPadam
  3. maiyah:

    Salam Kak Maiyah. Amin Ya Rabb Al-Alamin. Kak Maiyah tentu lebih faham lagi, kerana akak seorang ibu..

    Kesian saya, pada ibu malang itu.. Sebagai manusia, saya juga kesian pada Rasidi.. Itulah yang selalu saya tanyakan, apa sebenarnya yang berlaku ya..?

    BalasPadam
  4. ari:

    Salam cikgu Hai. Saya juga jarang mengikuti perkembangan kes jenayah. Cuma saya tertarik mengikuti kes rasidi ini, kerana ia agak sentimental dan mengharukan. Jika diandaikan kes ini adalah sebuah drama tv, kisah ini adalah drama yang menarik minat saya sejak episod pertama yang membawa saya kepada episod2 seterusnya.

    Cikgu hai tentu lebih arif tentang psikologi kan, kerana cikgu adalah guru pendidikan khas. Saya juga tidak pasti tentang soalan2 cikgu itu..

    Insya Allah, saya memang akan mengikuti kes ini. Jika ada perkembangan terbaru nanti, saya akan tuliskan di sini ya.

    BalasPadam
  5. salam semua,

    Apa pun tiada yang mustahil jika Allah hendak sesuatu itu berlaku.Siapa yang tak sedih ,geram dan simpati..ketika membaca cerita ini.

    BalasPadam
  6. salam
    saya baca saya rasa complicated
    tak tau nak komen apa tapi nak juga taip komen...

    baru ada anak seorang baru 4 tahun tapi memang rasa apa pun jadi anakku tetap Nombor 1....

    BalasPadam
  7. Mama Tanjong:

    Salam Kak Natrah.

    La haula wa la quwwata illa billah al-'ali al-azhim.. Hikmahnya terlalu besar. Saya terharu membaca kata2 ibu Rasidi dalam NST Jumaat lepas..

    BalasPadam
  8. Fid:

    Salam Puan Rafidah.. Apa yang complicated ya? Kisah ini atau tulisan saya?

    Terima kasih taip juga komen di sini;-)

    Anak kamu memang cerdik dan comel;-)

    BalasPadam