Kisah Jenaka Sekitar
Kenaikan Harga Gula
Rancangan Al Kuliyyah petang ni memang best! jangan sesekali letak nama anak hasil gabungan ibu dan ayah. Bahaya....
" Emak namanya Nisah... ayah namanya Hassan... dah anaknya pula diberi nama Nissan"
Begitu yang ditulis oleh Encik Rohaizad di dinding FB beliau. Terketawa sendiri saya dibuatnya. Apalagi, rakan-rakan FB yang lain pun menambah di bahagian komen. Anda boleh KLIK SINI untuk membaca selanjutnya komen-komen yang boleh membuat anda ketawa itu;-)
Mulanya pada hari bahagia saya ini (bahagia kerana hari ini adalah hari Jumaat yang menjadi hari kesukaan saya), saya ingin menulis sedikit tips perbelanjaan yang saya perolehi daripada guru saya, Ustaz Haji Sarbini Haji Dahlan yang pernah disampaikan oleh beliau di radio satu masa dahulu. Iyala, sepanjang minggu ini, selain isu kalimah Allah; kenaikan harga gula adalah perkara yang paling banyak dibincangkan oleh semua selain kisah beg tangan RM40k.
Awal tahun ini, ramai orang sedang menghadapi tekanan dan delima dalam soal kewangan dan saya sendiri tidak terlepas. Sejak hari Isnin hingga Khamis semalam, saya menulis berkaitan kewangan dalam blog ini. Kemudian, saya berfikir semula, mungkin untuk hari ini, biarlah kita lupakan seketika masalah-masalah kewangan dan kenaikan harga gula. Kebetulan pula, sepanjang hari ini saya menemui banyak kisah lucu yang boleh saya kongsikan dengan saudara semua.
Awal tahun ini, ramai orang sedang menghadapi tekanan dan delima dalam soal kewangan dan saya sendiri tidak terlepas. Sejak hari Isnin hingga Khamis semalam, saya menulis berkaitan kewangan dalam blog ini. Kemudian, saya berfikir semula, mungkin untuk hari ini, biarlah kita lupakan seketika masalah-masalah kewangan dan kenaikan harga gula. Kebetulan pula, sepanjang hari ini saya menemui banyak kisah lucu yang boleh saya kongsikan dengan saudara semua.
KISAH JENAKA 1
Pagi tadi, saya mendengar di radio, ada rancangan teka-teki. Soalan yang diutarakan oleh juruhebah yang bertugas adalah, "Banyak-banyak huruf jawi, huruf apakah yang ada angin?". Lantas saya berfikir, pastinya huruf 'syin'. Kemudian ramai pendengar yang cuba menjawab dengan pelbagai jawapan sehingga adalah yang menjawab dengan jawapan seperti yang saya fikirkan. Salah juga. Tunggu punya tunggu, akhirnya seorang pemanggil menjawab dengan kool dan santai sekali. Jawapannya ialah huruf 'ta' dan huruf 'ya'. Mengapa? Apabila huruf 'ta' dan 'ya' disambung, jadilah perkataan 'tayar'. Tayar kan ada angin;D
Pagi-pagi lagi saya berfikir, nampaknya 'keseriusan' tidak menyelesaikan masalah terutamanya masalah yang menjadi teka-teki;-)
Pagi-pagi lagi saya berfikir, nampaknya 'keseriusan' tidak menyelesaikan masalah terutamanya masalah yang menjadi teka-teki;-)
KISAH JENAKA2
Antara perkara yang selalu saya lakukan setiap hari ialah menyemak dari mana pelawat blog ini sampai ke sini dan menyemak blog dan laman web lain yang link ke sini. Iyalah, saya ni guna blogspot, tidak ada fungsi automatik untuk tugasan ini tidak seperti wordpress, maka perlulah dibuat manual. Antara hasil pemantauan saya hari ini, saya sampai ke blog Puan Fid pada entry yang bertajuk "Harga Barang Makin Naik Kos Sara Hidup Makin Melonjak Tapi Pendapatan Tak Berganjak" -KLIK PADA TAJUK untuk membacanya. Puan Fid memang berkebolehan menulis dengan santai, humor tapi berisi. Tersenyum sendiri saya membaca entry tersebut. Salah satu yang membuatkan saya ketawa sendiri ialah ayat ini:
“esok lusa tambang teksi pun akan naik
sebab driver teksi minum kopi bergula!”
Bukankah senyum dan tawa itu antara pengubat dan penawar tekanan, dan sesungguhnya tekanan tidak menyelesaikan masalah. Tidak percaya? Mungkin kuiz di bawah boleh membantu saudara mempercayainya;-)
Andaikan saudara dalam situasi di bawah. Cepat-cepat fikir bagaimana untuk menghalang api lilin membakar tali dan menyebabkan anda jatuh kerana jika anda jatuh, singa sudah sedia untuk membaham anda.. Jeng jeng jeng'
Keseriusan tidak membantu dalam situasi begini..
Apa yang perlu anda lakukan adalah menyanyi lagu 'Happy Birthday To You' dan singa akan meniupkan api lilin sehingga padam. Selesai satu masalah;-)
Saya percaya, senyum dan gurau senda adalah penawar yang terbaik ketika menghadapi tekanan. Selalu dalam kehidupan, ketika menghadapi masalah, apabila kita serius memikirkannya, malah keadaan menjadi semakin buntu. Namun, selepas melupakan seketika masalah tersebut, Insya Allah jalan keluar akan mempamerkan dirinya. Tapi awas, hati-hati bergurau atau mencuba menghiburkan orang yang sedang dalam masalah;-)
Biarkan saja mereka, dan biarkan saja kita bahagia. Bahagia milik semua...
Bahagia tidak boleh dipaksa, terpaksa tidak membawa bahagia...
Buang saja segala yang menghalang bahagia. Semoga kita semua bahagia....
aduii nak guling2 jap baca hehe.. serius jap.. ada tgk al kuliyah gak.. mmg menarik topik kelahiran tu
BalasPadamSalam. Sesekali entri begini boleh menceriakan pembaca dan memanggil pembaca menghampiri kita. Ini satu kaedah berhikmah dalam menyampaikan mesej. Selalunya lelucon banyak menyelitkan cerita lucah. Mengikut segelintir orang, tak ada lucah, tak ada kelakar. Ustaz berjaya menafikan pendapat itu. Wallahualam.
BalasPadamohh ta ya.....hahaha
BalasPadammacam dimana letaknya kekuatan hang tuah la juga ya...
dihuruf 'ta' nya
huhuhuhu
UstazCahaya
terima kasih kerana layan blog saya....
maiyah:
BalasPadamSalam Kak Maiyah, maaf la buat akak terguling-guling;-) Sayang nya saya tak dapat tengok Al-Kuliyyah semalam. Saya suka juga dengan suami Ustazah Norbaiyah bila dia dalam tv, dia buat lucu selamba saja muka dia tak macam nak bergurau pun;-)
Eh Kak Maiyah, Ustaz ke Ustazah yang buat lawak Nissan tu?
Mybabah:
BalasPadamSalam Bang Samsudin.
Alhamdulillah jika abang dan pembaca lain boleh terima cara begini. Saya setuju kaedah berhemah dalam menyampaikan mesej adalah melalui jenaka, saya juga selalu berjenaka dalam penyampaian saya di depan umum, terutama ketika memulakan, pertengahan dan penghujung ceramah.
Andai pendengar tidak dapat mengingati ilmu yang disampaikan, setidak-tidaknya mereka akan ingat jenaka yang kita berikan dan Insya Allah akan dapat menyedari mesejnya.
Tentang yang terakhir itu, saya sendiri juga menghadapi masalah dengan penceramah yang menggunakan lelucon XXX. Sebagai orang bujang, saya jadi malu sendiri bila penceramah dalam kursus atau orang yang lebih senior membuat lulucon begitu.
Terima kasih;-)
Fid:
BalasPadamSalam Puan Fid. Itulah, dalam hidup kita ini banyak perkara yang boleh membahagiakan kita.
Terima kasih kembali. Saya ni memang selalu cari bahan bacaan yang menghiburkan. Iyalah, pekerjaan saya sehari-hari menuntut 'pemerahan' otak dan 'keseriusan', jadi perlu selalu merehatkan diri dengan lawak jenaka;-)
jangan biarkan isu kenaekan harga gula menyebabkan kite kekurangan manis dalam senyuman.. mari kite berseloka dan berlawak jenaka menghiburkan hati ini.. aha.. :D
BalasPadamAhmad Zulfadhli:
BalasPadamSalam Putra Al-Maliki. Setuju sangat, jangan biarkan masalah menghalang kebahagian kita. Senyum itu sedekah dan saya percaya membuat orang tersenyum juga boleh menjadi sedekah.
Senyum selalu;-)