Hiburan Pada Zaman Kanak-kanak Saya
(Photo By findstuff22)
Pada tahun 1990-an, saya masih di sekolah rendah. Alhamdulillah, saya bersyukur dengan apa yang saya lalui pada zaman kanak-kanak saya dahulu. Saya sedar, masih ramai orang yang tidak menikmati zaman kanak-kanak yang indah sama ada di dalam negara kita, apatah lagi di negara luar seperti India, Indonesia, Thailand dan lain-lain.
Sejak kanak-kanak, hari minggu ada 'bau' dan 'rasa' yang tersendiri bagi saya. Saya ingat lagi, semasa kanak-kanak dulu, jika hari minggu itu seronok dan best, saya akan rasa sayang dan berat hati untuk mula bersekolah semula pada hari Isnin berikutnya. Terutama jika saya bermalam di rumah nenek atau rumah sepupu. Berat rasa untuk berpisah dengan hujung minggu. Berbeza pula pada hari Jumaat. Jika hari Jumaat itu saya melalui masa yang menyeronokkan di sekolah, saya akan berat hati untuk bercuti pada hujung minggu. Hehe, macam-macam saja kita pada waktu kanak-kank ya;-)
Tengah hari tadi, saya dan adik perempuan saya, bercerita kepada adik bongsu kami yang berumur 6 tahun itu; tentang hiburan pada masa kami kecil-kecil dulu. Kami beritahu dia, zaman itu tidak ada saluran seperti 611 dan 616 di Astro, malah Astro pun belum ada. Masa dulu belum ada Upin dan Ipin, Geng Bas Sekolah, Hikayat Putera Shazlan, Blalang, Backkom, Hagemaru, B-Daman dan entah apa-apa lagi nama kartun dan animasi yang menjadi hiburan kanak-kanak masa kini.
Pada zaman kanak-kanak kami, jika hari biasa, boleh menonton video-video seperti di bawah. Itulah antara hiburan kami zaman kanak-kanak dulu, kata saya kepada adik bongsu itu. Menceritakan itu, mengingatkan saya kepada kartun dan filem yang saya tonton berulang-ulang kali pada masa kecil dulu seperti; Soccer Boy, Gaban, Tom Sawyer, Magix BMX, Ninja, Incredible Hulk, Sesame's Street, Doraemon, apa la nama drama Jepun yang main bola tampar itu ya lupa sudah dan lain-lain kartun yang saya sudah tidak ingat lagi.
Jika filem pula, hanya harap menonton TV1 dan TV2 sahaja. Teringat filem-filem zaman 80-an seperti filem Awang Selamat (?), Keluarga 90-an, filem-filem Mr Os, filem Kung-Fu dari Hong Kong, Drunken Master, King of Gambler, Magix BMX dan banyak lagi nama-nama yang saya lupa. Bila sudah ada pemain video, baru dapat menonton Dennis The Manage, Child Play, Home Alone, Jumanji (?), Hot Shot dan lain sebagainya.
Teringat juga, masa kanak-kanak dulu, bila selepas menonton satu-satu cerita itu, tidak sah jika tidak berangan untuk menjadi seperti dalam cerita yang ditonton. Itu jugalah yang merisaukan saya dengan hiburan yang menjadi santapan minda dan jiwa kanak-kanak zaman kini. Pada zaman dahulu, memang sadah ada unsur-unsur negatif dalam hiburan untuk kanak-kanak, namun bila difikir semula, sekurang-kurangnya pada zaman dahulu unsur negatif dalam hiburan agak terkawal dan diimbangi oleh pendidikan moral yang positif dalam hiburan-hiburan itu.
Apapun, zaman kanak-kanak pada tahun 80-an ke 90-an memang indah dan nostalgik. Mengenang itu, oh baru terasa diri sudah semakin tua, hehe;-)
Inilah antara hiburan pada zaman kanak-kanak saya..
Assalamualaikum Ustaz. Zaman kanak2 babah antara cerita TV yang menarik kami tonton ialah Six Million Dollar Man, Bionoc Woman, The Man from Atlantis, A-Team, Combat, Mc Gyver dll. Apabila mengenang saat itu, sungguh seronok sekali. Sesungguhnya, zaman kanak2 dijadikan Allah saat paling indah dalam hidup seseorang. Kita patut bersyukur atas kurniaan itu kerana di sekitar kita ramai kanak-kanak yang menderita kerana kemiskinan, penyakit, malah peperangan. Semoga Allah mengurniakan kesejahteraan dan kebahagiaan kepada anak cucu kita. Amin...
BalasPadamustaz telah mengembalikan memori zaman kanak2 saya..tq ustaz
BalasPadamUstaz, cerita bola tampar tu namanya Meiro Attack...kebetulan masa cerita ni hit, me main bola tampar untuk sekolah...suker sangat cerita ni! My time ialah MAcGyver, A-Team, He-Man, Thundercats...permainan pulak Galah Panjang, Getah, main kejar2, badminton, batu seremban, konda-kondi..komputer belum wujud masa ni kan...
BalasPadamAssalammualaikum ustaz...
BalasPadamWah....video2 tu mengembalikan memori zaman kanak-kanak yang indah dan penuh ceria...terima kasih ustaz... masa kecik-kecik dulu, memang setiap hari isnin rasa berat hati nak pergi sekolah...bila dah besar ni pun, kadang-kadang rasa berat hati nak ke sekolah pada hari isnin tetap ada...terasa pula diri ni muda..hehehehe
Mybabah:
BalasPadamWa'alaikumsalam wrb, Bang Samsudin.
Six Million Dollar Man dan Bionic Women saya ingat lagi. Selalu juga diulang tayang penghujung 80-an.
Syukur Alhamdulillah, kita hidup di negara seperti Malaysia ini. Saya sangat prihatin kepada kanak-kanak, dan agak sentimental bila melihat mereka.
Saya juga berdoa seprti Babah, Amin Ya Rabb Al-Alamin.
sahromnasrudin:
BalasPadamSalam Sahrom. Alhamdulillah, sekiranya kita sama-sama berasa senang dan seronok mengenang zaman kanak-kanak kita;-)
Hanz:
BalasPadamSalam Puan Hanz;-)
Oh ya Meiro Attack. Terima kasih Hanz, mengingatkan saya. Nanti senang-senang saya nak cari cerita tu. Mana tak seronok tengok cerita tu, sampai leper bola tampar dibuat mereka ya. Lagi satu cerita Jepun dolu2 yang saya suka ialah 'Miss Commet'.
Oh, Puan Hanz kita ni salah seorang team Meiro Attack la ya ;D
Ha'ah, permaian zaman kita dolu2 menggalakkan interaksi dan hubungan sosial. Permainan dan hiburan kanak-kanak zaman sekarang ni, membuatkan kanak-kanak boleh menjadi anti-sosial.
PS: Suka baca tulisan Ustaz Hasrizal dalam majalah ANIS FEBRUARI 2010 yang bertajuk 'Dakwah Generasi Ipod'.
yatie:
BalasPadamSalam Ustazah Yatie;-)
Video-video itu adalah hiburan yang saya tidak pernah jemu tonton masa kecik-kecik dulu. Teringat pula nostalgia TV Pendidikan zaman kita dulu ya. Banyak rancangan yang menarik, tambahan pula, hanya itulah hiburan yang kita ada pada masa itu.
Oh, Ustazah pun berat hati pada hari Isnin ya. Ni mesti sebab seronok berhujung minggu, atau sebab Isnin ada perhimpunan? ;-)