Anjang Bakar, Nasi Ayam Penyet dan Hospital Kusta
[Alhamdulillah.. masih diberi Allah peluang hidup di dunia yang indah ini. Saya ingat selalu, 'dunia adalah ladang akhirat'. Saya masih di Kuching, dan post ini saya taip pada pagi 2 Januari 2009, sambil minum dan berborak dengan Pak Usu (sepupu ibu saya) dan isteri. Usu Jep saya masih muda juga. Rancangnya, pagi ini hendak membawa ibu dan adik-adik ke Serikin, tapi hujan, bimbang susah hendak berjalan-jalan di Serikin. Makanya, pagi ini saya berpeluang untuk meluangkan masa di jurnal ini. (Selamat juga kerana tidak jadi ke Serikin yang merupakan syurga membeli-belah- selamat untuk poket dan dompet;D)]
Catatan Hari Jumaat, 1 Januari 2009:
Hari ini adik perempuan saya yang baru lepas STPM itu akan mendaftar di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, di batu 13 Jalan Kuching Serian lama. Kolej ini berdekatan dengan hospital khas untuk penyakit kusta. Saya, ibu dan tiga orang adik perempuan saya sudah bersiap seawal selepas subuh. Kami keluar dari rumah pada jam 8 pagi bersama Pak Usu Jep dan sepupu saya, Emma.
Bermula hari ini, adik perempuan saya itu akan mengikuti kursus Diploma Kejururawatan di bawah tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia. Insya Allah, selepas tamat latihan tiga tahun, adik saya akan menjadi seorang jururawat. Menurut ibu, adik yang seorang ini memang sesuai menjadi jururawat kerana wajah yang manis dan perwatakan yang lemah lembut. Adik mendapat asrama di tingkat empat, kami berseloroh, 'makin kurus la adik yang seorang ini nanti'.
Alhamdulillah, bertemu dengan rakan saya di IKMAS dulu, abang Syahmi, yang kini bertugas di Miri dan sudah beristeri. Adik perempuan abang Syahmi adalah senior adik saya kini; sama seperti abang Syahmi yang merupakan senior saya dulu.
Urusan kami di sini selesai jam 12.30 tengah hari. Mujur saya sedang musafir yang terlepas kewajipan solat Jumaat. Selepas itu, Emma dan kami sekeluarga bersiar-siar di pasaraya popular di Kuching. Saya seperti biasa, kurang berminat untuk bersiar-siar bersama 'orang perempuan' di pusat membeli-belah. Saya membawa adik perempuan saya yang bongsu itu dan anak Usu Jep berehat pekena ABC di foodcourt ketika mereka bersiar-siar.
-<>--<>--<>--<>--<>--<>-
Waktu asar kami tiba di rumah keluarga Emma, ayah Emma- Ngah Said saya adalah sepupu ibu. Berehat sebentar di sana. Isteri Ngah Said adalah seorang kacukan Inggeris. Kemudian Ngah Said dan isteri membawa kami ke rumah Anjang Bakar di kampung Bintawa.
Anjang Bakar saya ini seorang yang tegas dan jenis cakap terus terang. tapi beliau baik hati dan sayangkan saudara mara. Terkena juga saya, kerana semasa saya 'berhidup' di Kuching selama empat tahun dahulu, saya jarang-jarang ke rumah beliau. Setelah berborak beberapa lama dengan beliau, kami menjadi semakin mesra juga.
Selepas maghrib, Anjang Bakar sekeluarga membawa kami makan di pangkalan perahu tambang di Kampung Boyan. Sebelum itu, beliau sudah menempah meja di Restoran Kampung The Baruk. Disebabkan sudah keletihan, saya tiada selera untuk makan, makanya chicken chop dengan kentang goreng adalah pilihan yang baik untuk saya bersama teh tarik. Ngah saya suami isteri dan Anjang Bibah saya juga, sudah jaga makan kerana penyakit.
Tidak sangka pula, Anjang Bakar saya memesan Nasi Ayam Penyet dan inilah kali pertama saya melihat nasi ayam ini. Siapa yang membaca blog Rohaizad dotcom tentu tahu tentang nasi ayam ini. Gambar yang saya gunakan di atas adalah diambil dari blog wanmus dotocom- rakan baik Rohaizad. Di sini ia dipanggil Nasi Ayam 'Penyek' mengikut bahasa Sarawak; saya difahamkan tukang masak adalah orang Semenanjung. Pelayan juga adalah ramai dari Semenanjung. Jika saya tidak letih, mungkin saya mencuba juga nasi ayam itu, di Bintulu belum ada lagi, tapi yang sebenarnya saya ini tidak makan pedas- nak awet muda;-)
Kami kembali ke rumah peninggalan arwah Nek Siti- tempat kami menginap, jam 10 lebih malam. Sampai di rumah, saya segar bugar pula. Tidak terasa letih pun, cuma kekenyangan. Hendak tidur pun mengambil masa juga, mungkin kerana teh tarik.
PS: Alhamdulillah, dapat juga menulis post untuk 1 Januari 2010. Untuk tahun ini, saya tidak mahu terlepas menerbitkan 'SATU POST SEHARI di blog ini.
sedapnyer nampak nasi ayam penyek tu. bilala ada rezeki nak ke Sarawak merasa nasi tu. Akk tak pernah lg sampai ke Sarawak.
BalasPadamNuradyani:
BalasPadamSalam Kak Nuradyani. Dengarnya, di Johor mudah nak dapat nasi ayam penyet tu. Aromanya memang menyelerakan kak, tapi itu la, saya tidak makan pedas.
Saya doakan akak berpeluang bercuti di Sarawak bila balik Malaysia nanti, amin;-)
ktk ex IKMAS ka??
BalasPadam