24/01/2010

Berehat dan Menghibur Diri Dengan Novel


  Berehat dan Menghibur Diri Dengan Novel




(Gambar Dari Blog Lynn Dayana)
-Digunakan di sini dengan TIDAK ADA tujuan komersil-

(Review ini saya tulis pada tahun lepas dan tersimpan dengan selamat dalam hard disk komputer saya. Jika anda tidak percaya, anda boleh merujuk screenshot di bawah ;-D )



Photobucket



Pada suatu petang Sabtu yang santai (bertarikh 10 Mei 2009), saya terdengar dua orang adik perempuan saya bercerita tentang novel ini. Tertarik dengan apa yang saya dengar, saya pun melihat dan membaca sedikit novel itu. Ya, memang best! Namun, saya mula membaca novel ini pada hari Ahad keesokan harinya kerana pada petang Sabtu yang indah itu saya tidur untuk merehatkan diri yang kurang sihat ketika itu. Kepala pusing deh:-)

MENGHIBURKAN. Ya, novel ini memang menghiburkan. Sangat sesuai dengan situasi saya pada waktu itu yang sememangnya memerlukan 'santai minda'. Gurau senda, dan prosa-prosa lawak jenaka dalam novel ini memang menghiburkan saya. Bukan sahaja ia menghiburkan pada dialog-dialog yang terdapat dalam novel ini, juga pada gaya penulisan Lynn Dayana sendiri. Bagi saya, Lynn Dayana memang memiliki 'sense of humour'. Membaca novel ini saya banyak kali tergelak dan ketawa sendiri. Memang tidak sesuai untuk dibaca dalam kapalterbang, perhentian bas, klinik, dalam komuter atau tempat awam. Juga tidak sesuai dibaca dalam kempen 'Baca @ LRT'.

Sudah lama rasanya saya tidak membaca novel yang menghiburkan seperti ini. Pun begitu, novel ini tidak melupakan babak sedih yang menyentuh perasaan pembaca. Ya, seperti kata orang tua, banyak ketawa nanti menangis. Bukankah tawa dan tangisan itu adalah pasangan semulajadi.

Ringkasnya, novel ini adalah 'Kisah Cinta' Imanina yang terpaksa berkahwin kerana tidak mampu membayar saman sebanyak RM1 juta. Segalanya bermula, apabila Airel, Imanina dan Rezzal terpilih untuk merebut harta pusaka bernilai RM22.5 juta milik seorang multi jutawan yang sebatang kara. Kesiankan, walaupun beliau seorang multi jutawan tetapi beliau tidak memiliki anak sehingga terpaksa melakukan konspirasi terhadap Airel, Imanina dan Rezzal sehingga mahu tidak mahu mereka terpaksa bersetuju untuk bertanding bagi merebut harta pusaka tersebut. Maka bermulalah persahabatan antara Airel, Imanina dan Rezzal. Airel dan Imanina sejak pertemuan pertama tidak pernah sebulu. Mereka sering bergaduh, bertegak dan saling menyakitkan hati.




[Petikan-petikan menarik]

-----------------------------------

Airel mengaduh apabila rusuknya disiku oleh Rezzal.

"Mulut tak ada insurans," bisik Rezzal perlahan.

"Kau ada ke?" tanya Airel semula.

"Aku tak ada jugak, tapi aku jenis manusia yang pandai memelihara perbendaharaan kata." Rezzal begitu yakin men-•nb.

"Kau pernah kerja di Dewan Bahasa dan Pustaka ke?" tanya Airel masih tidak mahu kalah. Wajah Rezzal yang tenang ditatapnya sambil menunggu jawapan. Jika tentang Imanina, Rezzal memang selalu menyebelahi gadis itu. Sudah terkena minyak senyonyong agaknya. Hatinya ber-bicara, namun tidak dilafazkan.

"Mesti kerja di situ ke baru pandai menjaga mulut?" sergah Rezzal geram dengan tingkah Airel yang suka benar menyemai benci di hati Imanina.

"Sorry, aku bukan doktor gigi yang pandai menjaga kesihatan mulut!" balas Airel sambil ketawa dan mengambil fail di atas meja lalu beredar meninggalkan bilik yang luas itu.

---------------------------------------------------

SAMPAI di mejanya, Airel mencapai fail. Unjuran jualan untuk suku tahun yang ketiga dilihatnya sekali imbas. Dia bangun dan menuju ke meja Imanina. Tangannya mencapai bingkai gambar yang terletak di atas meja itu. Imanina sedang tersenyum berdiri di tepi pantai. Ombak membasahi seluar tiga suku yang dipakainya. Wajah gadis itu ceria dengan senyuman. Sinar matahari yang mahu tenggelam menyebabkan pemandangan di sekitar pantai itu nampak tenang.

Bersama bingkai gambar itu, Airel kembali ke mejanya. Gambar itu direnung. Betulkah anggapan Emmalin? Ah, hati-nya sendiri masakan orang lain pula yang memahami?

"Airel!" Suara Rezzal memanggil membuatkan Airel terkejut. Lacinya cepat dibuka dan bingkai gambar itu dicam-pak ke dalam. Fail segera dicapai.

"Amboi, sejak bila kau pandai baca fail terbalik?" Rezzal menegur Airel.

Airel segera melihat fail di tangan. Merah mukanya menahan malu. Dalam kalut, terbalik rupanya fail yang diletakkan di depan mata. Wajah Rezzal dipandang, namun wajah Imanina sedang bermain ombak pula yang datang di mata. Sudah mabukkah dia?

----------------------------------------

Nak lagi banyak petikan menarik? Bacalah novel. Memang menarik;-)
 




8 ulasan:

  1. saya dah lama tak baca novel BM...sebab saya rasa asyik2 cinta asyik2 cinta heheheh...zaman remaja dulu bukan main gigih lagi baca..le sebab faktor usia yang telah mengubah minat?
    org Jepun kata 'toshi no-sei'

    BalasPadam
  2. mama pulak terbalik. Masa remaja tak suka novel cinta dalam BM. Tapi ada juga koleksi sikit2 novel cinta dlm BI. Dah jadi 'orang lama 'ni le baru belajar2 minat. tu pun kerana ada kawan mulakan. Ada yg dihadiahkan , yg dipinjam dan beli sendiri.Bak macam ust kata....membaca untuk rileks. Mama suka Penulis Habiburrahman punya stail.

    BalasPadam
  3. saya pun dah lama tak baca novel..teringat zaman student2 adala masa baca novel..skarang surat khabar pun x abis baca

    BalasPadam
  4. Fid:

    Salam Fid. Oh ya Puan Fid kita ni pernah duk kat Jepun;-) Teringatkan saya novel Hatiku Di Harajuku oleh Ramlee Awang Mursyid dan Kamikaze Girl. If Fid rindu2 dengan Jepun, boleh try baca novel Ramlee tu.

    Saya macam Fid jugak, kureng minat sikit baca novel cinta ni. Tapi sekarang ni dah banyak tema dan persoalan lain dalam novel. Contoh, macam karya Sri Diah, Lynn Dayana ni, Ramlee Awang Mursyid, Dr Tuah dan banyak lagi..

    BalasPadam
  5. Mama Tanjong:

    Salam Kak MT;-)

    Saya sebenarnya jarang beli novel;-) Banyak pinjam je dan adik2 yang rekemenkan.

    Ada satu novel English tu, dia bentuk game. Lupa pulak tajuk dia. Novel tu femes masa saya kecik2 dulu. Best la novel game macam tu, cerita berjalan ikut pilihan yang kita buat. Agaknya Kak MT ada baca tak novel tu?

    Nak tahu rahsia saya? Karya Ustaz Habib (Habiburrahman), saya baru baca sebuah saja iaitu novel Ayat-ayat Cinta tu la;-) Rasa ketinggalan pula saya.

    Dari Indon, saya lebih suka novel Laskar Pelangi, ceritanya hidup sekali.. dan sangat hampir dengan kehidupan saya;-)

    BalasPadam
  6. dbalkis:

    Salam Puan Dayang Balkis..

    Dr Tuah kata, baca novel lebih bagus pada tengok drama TV. Sebab novel membuat kita berfikir dan berimaginasi.

    Nak tahu? Encik Azizi Ali, pilot pakar kewangan negara kita tu, ada juga tulis novel. Novel pertama beliau sudah keluar tahun lepas bertajuk 'Ekuinoks'. Bulih try test cuba baca;D

    BalasPadam
  7. Salam Ustd.
    Sy hanya berkesempatan menonton filem laskar pelangi di youtube..best....terasa kesal kerana pernah ada rasa kesal suatu masa dulu...

    Now, berusaha pulak utk beli n baca novel Ketika Cinta Bertasbih-mungkin ada jawapan disebalik persolan...

    BalasPadam
  8. ari:

    Salam Cikgu.

    Sama la kita. Pada beli dvd pirate, baik tengok on9. Saya suka ayat itu, "terasa kesal kerana pernah ada rasa kesal suatu masa dulu..."

    Saya pun belum baca dan tonton lagi Ketika Cinta Bertasbih.. Tapi, saya doakan cikgu jumpa jawapan disebalik persoalan;-)

    BalasPadam