(Foto dari http://id.wikipedia.org/wiki/Berkas:Novel_tanpa_huruf_R.jpg)
Sila baca petikan di bawah...
ENGK_U S_NG_T BERH_RG_
Bil_m_n_ engk_u tergod_ untuk
ponteng seh_ri t_np_
memberit_hu _t_s_nmu
d_n engk_u berf_k_r
b_h_w_ kehil_ng_n s_tu or_ng tid_k
_k_n memberi b_ny_k perbez__n
seben_rny_ engk_u sed_ng menempatk_n
_t_s_nmu d_l_m keduduk_n seperti
men_ip deng_n s_tu huruf y_ng hil_ng.
(Dipetik dari buku 'Mencari Makna Hidup' oleh Parlindungan Marpaung)
Petikan di atas, hanya kehilangan huruf 'A'. Bagaimana rasa membacanya? Ada perbezaan? Ada susah atau lebih mudah?
Begitulah kebanyakkan kita bersikap dalam menunaikan tanggungjawab sosial dan tuntutan fardhu kifayah dalam Islam. Perhatikan contoh-contoh nyata di sekeliling kita. Berapa ramai orang melepaskan tuntutan mengimarahkan masjid dan surau kepada orang lain, atas alasan itu fardhu kifayah, 'orang lain sudah buat kita tak payah'. Apabila ada aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, ramai berfikiran bahawa 'ramai dah orang pergi tu gotong-royong, aku seorang ponteng tak jadi apa pun'.
Dalam banyak hal ramai bersikap seperti di bawah ini:
'Ala, saya seorang tak ada, tak jadi apa-apapun',
'ala aku seorang lambat, mesyuarat boleh jalan lagi, aku bukan orang penting pun',
'ala lambat 5 minit ja, no hal punya..',
'ala aku tipu seringgit je, tak jadi kudis pun. ? Tu orang lain tipu juta-juta'.
Oleh itu, pada malam Jumaat yang penuh berkat ini, saya mengajak diri sendiri dan anda yang membaca ini. Bagaimana sikap kita terhadap tuntutan-tuntutan sosial dan tuntutan fardhu kifayah? Jom, muhasabah dan jom berubah;-)
PS: Saja letak tajuk yang misteri sikit malam ini. 'Post Tanpa Huruf 'A''. Terinspirasi daripada salah satu filem Indonesia yang menarik perhatian saya iaitu filem 'Novel Tanpa Huruf 'R''. Filem itu menghidangkan kisah kekeliruan dan kekacauan minda manusia dalam memahami agama dan takdir. Sebenarnya, semua kekejaman yang dilakonkan semula dalam filem itu boleh dielakkan sekiranya semua manusia patuh kepada ketentuan ALLAH; iaitu telah ditetapkan satu (hanya satu) agama yang benar untuk manusia. Wallahu'alam.
rmi yg bersikap bla dh da yg tunaikan fardhu kifayah, yg len suma jdi fardhu x payah la...ehehe
BalasPadamTerima kasih ustaz. Cukup terkesan. InsyaAllah berusaha untuk menjadi hambaNYA yang lebih taat. Ameen.
BalasPadamramai yg terlepas pndang n ada yg lngsung x kisah
BalasPadamkreatif la Ustaz ni..tpi mmg betul ramai perlekeh perkara ni..tak rasa diri tu penting dan apa yg kita buat walaupun kecik ada effect pada org lain
BalasPadamit's interesting and definitely has affected the readers. BTW pd perkataan _ngkau tu tersilap sikit. masa baca tadi terperasan. jgn marah ye Ustaz, sy kan pernah jd cikgu mmg teliti sikit bila baca. :D
BalasPadamAssalammualaikum ust...
BalasPadamTerima Kasih atas peringatan yang baik dari orang yang baik dan untuk orang-orang yang baik (semua pembaca blog ust org yg baik2 belaka..hehhe):-)
Tendou Sani:
BalasPadamSalam Sani. Pertama kali respon di sini ya, terima kasih banyak-banyak. Kekal berhubung ya;-)
Iya, saya setuju dengan kamu, sebab itu istilah fardhu kifayah sudah ditukar orang ramai menjadi fardhu 'aku tak payah'.
hafizmd:
BalasPadamSalam Hafiz. Terima kasih ziarah ke sini dan respon pada tulisan saya. Datang lagi ya. Dan, tahniah kerana kamu menang peraduan di blog Rohaizad tempoh hari;-)
Samalah kita berusaha untuk menjadi hambaNYA yang lebih taat, Amin Ya Rabb Al-Alamin.
maiyah:
BalasPadamSalam Kak Maiyah. Salam hari Jumaat. Apa tazkirah kita hari ini di blog Kak Maiyah?;-)
Saya setuju dengan Kak Maiyah:
"ramai yg terlepas pndang n ada yg lngsung x kisah"
Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang ramai itu, Amin.
dbalkis:
BalasPadamSalam Puan Dayang Balkis. Saya kreatif? Amin Ya Rabb Al-Alamin. Terima kasih mendoakan saya;-)
Iya, ramai kan orang rasa tak penting dan rasa tak apa. Semoga kita sama-sama sedar tanggungjawab dan kepentingan kita sebagai manusia di bumi Allah ini, Amin.
temp. housewife:
BalasPadamSalam Kak Nuradyani;-)
Terima kasih banyak-banyak kat Nurad. Ngapa nak marah pulak, saya memang perlukan pruf reader ni ;D
Itu satu bukti, walaupun tersilap taip satu huruf, sudah menjejaskan tulisan ini, dan jika Kak Nurad tak tegur, saya tak perasaan kan kesilapan itu.
Sepatutnya, saya tulis juga, sumber petikan itu dari buku Parlindungan Marpaung. Dua kesilapan sudah..
Terima kasih Kak Nurad;-)
yatie:
BalasPadamSalam Ustazah Nurhayati. Ikut bahasa, Nur itu bermaksud 'cahaya'. Hayati itu bermaksud 'hidupku'.. Betul tak Ustazah?;-)
Amin Ya Rabb Al-Alamin, semoga Allah makbulkan doa orang yang baik2 macam Ustazah;-)
Jika Dr Tuah baca kata2 Ustazah itu, memang dia suka. Sebab Dr Tuah selalu ingatkan kita supaya fikir yang baik2 dan ucapkan yang baik2. Terima kasih ustazah..