Ikan Di Laut, Asam Di Darat...
Di Saujana Bertemu Juga
Ibu dan adik-adik dibawa oleh Usu Umi saya ke bandar Kuching. Ibu ingin membawa adik bongsu merasai pengalaman menaiki 'perahu penambang'. Saya berehat di rumah, membuat kerja yang perlu dengan laptop. Sempat tidur sekejap hampir pukul 12 tengah hari. Bangun tidur saya saya menghubungi adik perempuan saya, bertanyakan mereka sudah makan belum, kebetulan mereka sedang makan di Saujana. Saya menghubungi abang angkat saya- Bang Leman, yang dulunya adalah pengusaha van sapu ketika saya di Telaga Air (IKMAS-Kuching). Kebetulan Bang Leman juga di Saujana, saya mengajak beliau makan tengah hari. Saya ke Saujana di tengah bandaraya Kuching meminjam motorsikal sepupu saya. Sempat berjumpa ibu dan adik-adik perempuan saya di Saujana, kami menunggu Bang Leman. Bang Leman tiba dan setelah bercakap-cakap sebentar, ibu, adik-adik saya dan Usu Umi membawa haluan sendiri. Saya makan tengah hari bersama Bang Leman.
Kami berbual tentang diri masing-masing dan juga rakan-rakan saya di IKMAS dulu. Bang Leman sudah maju, sudah punya Isuzu D-Max. Dia sudah tidak membawa van apu lagi, kini sudah menjalankan perniagaan sendiri. Beliau yang dulunya agak 'susah' untuk mendapat anak, sudahpun mendapat seorang anak. Dia juga sudah tidak tinggal di Telaga Air, kini sudah punya rumah sendiri di Semariang Baru.
Semasa saya berborak dengan Bang Leman, seorang gadis berbaju T warna oren dan berseluar jeans menghampiri kami. Dia memjual Diari Islam dan beberapa produk Wholesale-Mart. Saya yang sedang menikmati ayam goreng menggunakan tangan, tidak dapat untuk membelek barang yang dipromosikan. Saya dan Bang Leman berbual serba sedikit dengan gadis itu.
Menurut gadis itu, dia adalah pelajar Kolej PTPL. saya meminta dia menunggu saya menbasuh tangan. Selesai membasuh tangan, saya meminta sebuah diari dan buku hadith yang dia promosikan. Jumlah harga yang perlu saya bayar RM16.
Sudah rezeki gadis ini. Dia di Kuching, saya di Bintulu, di Saujana kami bertemu dan berjual-beli. Bak kata pepatah, 'ikan di laut, asam di darat, dalam periuk bertemu juga'. Jangan salah faham pula;-), bukan soal jodoh. Ini soal rezeki. Ikutkan saya ini bukan 'pengguna' diari, saya ada beberapa buah buku nota khusus untuk 'pekerjaan-pekerjaan' saya yang pelbagai ini.
Lagi pula, di kedai juga saya boleh membeli diari dan buku tersebut. Namun, saya kagum dengan kegigihan dan kerajinan gadis muda ini, yang sanggup berjualan sedangkan gadis lain yang sebaya 'sedang enak-enak sahaja'. Makanya, saya pun membeli jualan dia dengan niat sedekah dan galakan untuk dia semakin gigih dan terus berniaga.
Jika berkesempatan ke Terengganu, boleh ke Seberang Takir menaiki perahu penambang dari Jeti Shahbandar. Salam perkenalan utk Ust Cahaya
BalasPadamWan Anie:
BalasPadamSalam Wan Anie. Doakan saya supaya ada rezeki sampai ke sana. Insya Allah, amin. Saya ini penggemar laut, pantai dan sungai. Salam perkenalan, terima kasih ya;-)