08/01/2010

Post Istimewa 50 Yang Kedua (POST KE 100)


  Post Istimewa 50 Yang Kedua (POST KE 100)






Photobucket 


INI BARULAH HARI JUMAAT! Kata saya dalam hati berulang kali ketika dalam perjalanan ke masjid tengah hari tadi. Mengapa saya berkata begitu berulang kali? Sebabnya ialah kerana cuaca dan keadaan hari ini yang sangat indah, santai dan menyamankan. Hari yang cerah, angin bertiup kuat, nyaman, walaupun saya kurang sihat tapi tetap bertenaga dan yang penting, kepala tidak sakit atau pening. Memang sejak zaman kanak-kanak dolu-dolu, saya sukakan hari Jumaat yang seperti ini. Namun, bila hari Jumaat adalah hari hujan, tetap saya suka juga, tambahan jika kebetulan hari itu tidak bekerja;-)


Alhamdulillah, ini adalah post yang ke-100 dalam blog ini. (Rujuk gambar di atas), hari ini 8 Januari 2010, tarikh post ini diterbitkan, post ini menjadi post yang ke-100. Sebenarnya, saya menetapkan untuk menulis SATU POST SEHARI di blog ini, namun, apakan daya saya, sebanyak 2 HARI iaitu pada 29 dan 30 Disember 2010, saya tidak dapat menulis untuk blog ini kerana urusan peribadi.



Photobucket


Syukur Alhamdulillah dan Terima Kasih saya ucapkan kepada individu tertentu, untuk beberapa rezeki dan peluang yang saya perolehi dalam tempoh 100 hari pertama blog ini. 100 hari sejak blog ini dimulakan, saya sudah memperolehi beberapa rezeki dan peluang daripada blog ini, ada yang sudah saya maklumkan dalam blog ini dan ada juga yang saya 'rahsiakan' atas sebab-sebab tertentu.


Dalam tempoh 100 hari yang pertama blog ini, TIGA PERKARA penting yang memberi motivasi dan peluang lain kepada saya ialah:

1. Peluang menjadi Penulis Tamu di MomBloggersPlanet.com

2. Menjadi pemenang Peraduan Menulis Ulasan Buku Zamri Mohamad.

3. Perkenalan dengan XXX, seorang --- (yang terpaksa saya rahsiakan nama beliau di sini).

Insya Allah, 3 perkara di atas bakal membuka jalan kepada saya untuk terus mengorak langkah dan membina masa depan dalam dunia penulisan, terutama penulisan di internet.

Walaupun blog ini baru berusia 100 hari, hanya baru 3 bulan 10 hari, masih bayi lagi; namun perjalanan saya dalam dunia blogging bermula sejak 2006. Tempoh dari 2006 hingga 2008 boleh dikatakan tempoh belajar. Ketika memulakan blog ini, Alhamdulillah, saya sudah sedikit bersedia dan yakin untuk menghadapi susah senang dunia blogging. Jurnal Online UstazCahaya ini bukanlah satu-satunya blog yang saya tulis dan uruskan, ada beberapa lagi. Namun, hanya di blog ini saya menulis setiap hari.

Sebenarnya, saya ingin juga memberi kredit kepada beberapa orang blogger yang saya kenali melalui blog ini, yang membantu saya dalam perjalanan awal blog ini, namun, Insya Allah, mungkin untuk POST ISTIMEWA 50 yang berikutnya.



"Saya berdoa dan berusaha, semoga Allah mengizinkan saya untuk terus menulis di blog ini dan semoga hari-hari mendatang adalah lebih baik daripada yang sudah berlalu, Amin. Begitu juga saya doakan untuk anda yang membaca post ini."
Syukur Allah
dan
Terima Kasih Saudara Semua;-)

 

2 ulasan:

  1. Salam ustaz. Tahniah sehingga dapat mencecah entri yang ke-100. Bukan calang-calang blogger yang boleh mencoret sebanyak itu, maksud saya dengan isi entri yang ilmiah bukan "cut & paste". Harap ustaz di kurniaan Allah kesihatan yang baik untuk terus menulis. Mengapa lama tak menjenguk saya?

    BalasPadam
  2. Mybabah:

    Salam Bang Samsudin. Saya membaca ini sejurus saya kembali dari blog abang. Cuba semak masa komen yang saya tinggalkan. Ada 'kimia' kata orang puteh;-)

    Terima kasih atas galakan dan doa Bang Samsudin kepada saya, saya juga mendoakan abang dan keluarga yang sama, Amin;-)

    BalasPadam