Azam Tahun Baru 2010
oleh:
Eruwan Gerry Norsen
Pakar Lelongan Online
www.RahsiaRajaLelong.com
Saya merasakan seperti baru semalam saya menulis artikel newsletter saya untuk Tahun Baru 2009. Kini saya sedang menulis artikel newsletter untuk Tahun Baru 2010 pula. Betapa pantasnya masa berlalu...
Setiap kali tiba tahun baru, anda pasti akan dapat melihat pelbagai artikel dan hasil penulisan di dalam pelbagai bahan bercetak seperti suratkhabar dan majalah yang akan bercerita mengenai penetapan
azam untuk tahun baru.
Mengapa semua orang amat prihatin tentang penetapan "azam" untuk tahun baru yang menjelang?
Ini adalah kerana mereka semua faham bahawa "azam" yang anda tetapkan pada awal tahun akan mampu memberikan halatuju kepada diri anda untuk mencapai sesuatu objektif pada tahun baru tersebut.
Niat untuk menggalakkan orang lain untuk menyimpan azam amat baik dan terpuji. Namun demikian, orang-orang tadi tidak memberitahu langkah seterusnya yang perlu anda lakukan selepas menyimpan "azam" tersebut.
Azam yang anda tanam pada awal tahun itu hanyalah imej akhir atau visi yang anda inginkan pada penghujung tahun tersebut.
Di dalam usaha anda untuk mencapai azam tersebut, anda memerlukan pemerincian yang betul tentang apa yang perlu anda lakukan untuk mencapai azam tersebut. Ini adalah kerana, tanpa langkah-langkah
atau jalankerja yang perlu anda lakukan, maka sudah pasti anda tidak akan mampu mencapai azam tersebut dengan sepenuhnya dan mungkin akan tersasar di dalam perjalanan anda.
Di sini saya ingin memberikan anda langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk memastikan anda akan mencapai azam anda untuk tahun 2010 ini:
1. Tetapkan azam anda
Sudah tentu sebelum bermula, anda sudah perlu tahu azam apa yang ingin anda tetapkan pada awal tahun ini. Sebagai contoh, anda boleh menetapkan azam untuk berjaya menjana jumlah keuntungan melalui internet sebanyak RM12,000 pada penghujung tahun 2010.

2. Bahagikan azam anda mengikut bulan
Langkah seterusnya adalah untuk membahagikan azam anda kepada setiap bulan dalam azam-azam kecil bermula dari bulan Januari sehingga Disember.
Mengambil contoh jumlah keuntungan RM12,000 tadi, anda boleh membahagikan keuntungan bulanan anda daripada bulan Januari sehingga Disember kepada RM1,000 pada setiap bulan. Dengan cara ini, anda akan dapat melihat apakah target atau objektif bulanan yang perlu anda capai.
3. Bahagikan azam anda mengikut minggu
Langkah seterusnya adalah membahagikan azam anda kepada peringkat yang lebih kecil iaitu mengikut minggu di dalam sebulan.
Oleh itu, daripada contoh RM12,000 tadi, peringkat bulanan adalah RM1,000 dan peringkat mingguan adalah RM250. Dengan melakukan sebegini, anda sudah dapat melihat apakah objektif atau target yang perlu anda capai pada setiap minggu.
4. Rangka pelan tindakan anda
Setelah mengetahui objektif anda sehingga kepada tahap mingguan, anda sudah boleh merangka pelan tindakan anda untuk mencapai objektif mingguan tersebut.
Mengambil contoh tadi, anda perlu mendapatkan RM250 pada setiap minggu. Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan keuntungan mingguan tersebut bergantung kepada model perniagaan internet yang anda lakukan. Anda boleh menjual produk digital anda, menjual barangan di Lelong atau eBay, melakukan promosi affiliate atau memberikan perkhidmatan rekaan laman web.
Daripada model perniagaan internet tersebut, anda sudah boleh menilai berapa produk digital yang perlu anda jual dalam seminggu, berapa jumlah barangan yang perlu anda jual di Lelong atau eBay, berapa banyak promosi produk affiliate yang perlu anda lakukan atau berapa banyak laman web yang perlu anda reka dalam seminggu.
Kesemua ini akan dapat memberikan anda gambaran terperinci tentang jumlah kerja atau usaha yang perlu anda berikan di dalam seminggu untuk mencapai target keuntungan mingguan anda.
5. Review dan perbaiki
Ini adalah langkah yang sering diabaikan oleh ramai orang iaitu melakukan review dan memperbaiki strategi perniagaan pada sekurang-kurangnya sekali pada setiap bulan.
Selepas menjalankan pelan tindakan, anda perlu review keberkesanannya kepada keuntungan anda. Jika anda mendapati ianya tidak memberikan keuntungan yang sepatutnya, anda mungkin perlu meningkatkan usaha atau mengubah teknik anda. Jika anda mendapati ianya memberikan keuntungan yang lebih baik daripada apa yang anda jangkakan, cuba kekalkan strategi tersebut dan jika boleh, cuba tingkatkan supaya anda boleh mencapai keuntungan yang lebih tinggi.

Jika anda mampu melakukan kelima-lima langkah di atas, sudah pasti tiada masalah untuk anda mencapai azam tahun baru anda untuk 2010.
Apa yang penting, kekalkan motivasi anda dan berikan sepenuh usaha anda untuk mencapai kejayaan pada tahun ini.
Saya doakan kejayaan anda untuk tahun 2010!
Sehingga berjumpa lagi di dalam artikel yang lain, salam hormat daripada saya.
insya-allah
BalasPadamkekalkan semangat dan daya juang
hingga ke garis penamat
Masayu Ahmad:
BalasPadamTerima kasih, Kak Mas. Insya Allah, Amin.